Nuffnang Adv

Thursday 22 January 2015

Tahukah Anda? > Kereta Proton dan Sukan Bermotor.


Pasukan: PETRONAS EON Racing Team (PERT) - 1987


PERT


Jentera: Proton PERT

Proton Motorsport menggunakan Mitsubishi Lancer Evolution III (lebih dikenali dengan nama Proton 1784 di mana Karamjit Singh memenangi 2002 Production Car WRC) dan Mitsubishi Lancer Evolution VII sebagai Proton PERT di dalam pelbagai perlumbaan di Asia-Pacific Rally Championship dan siri APAC rally.




Pasukan: PETRONAS Syntium Proton (2001).


British Touring Car Championship - BTCC
Asian Touring Car Series - ATCC


Jentera: BTC-T Proton Impian (2002 - 2006).


Pada tahun 2001, Proton mengumumkan mereka akan menyertai British Touring Car Championship buat pertama kali pada tahun berikutnya dengan Proton Impian (Proton Waja), dengan tugas berat ini dipikul oleh pasukan PETRONAS Syntium Proton. Berpengkalan di Norfolk, pasukan ini telah dipaksa membeli kereta dari pembekal tempatan kerana kesukaran membawa masuk badan kereta dari Malaysia. Mountune Racing membekalkan enjin-enjin yang diperlukan, di mana telah mendapat pujian dari pemandu kereta tersebut semasa sesi ujian.David Leslie telah berjaya mencapai beberapa kemenangan atas podium pada tahun 2002, tempat keseluruhan ke 7, manakala rakan sepasukan Phil Bennet terpaksa berusaha keras untuk mengekalkan prestasinya semasa bersama pasukan lamanya Vauxhall Team pada 2001, dia hanya mencapai tempat ke 16, diikuti pelumba persendirian Carl Breeze dengan jentera Opel Astra.

Kedua-dua pemandu dikekalkan pada tahun 2003, tetapi kereta yang baru dibangunkan ternyata gagal memberi saingan, menamatkan perlumbaan tidak lebih dari tempat ke 5 di tangan Leslie. Leslie jatuh ke tempat ke 11 keseluruhan manakala Bennet kekal di tangga ke 16, manakala Proton kekal di tangga ke 4 dalam kedudukan Manufacturer.


#15 David Leslie

#20 Phil Bennet


Barisan pemandu baru diumumkan pada 2004 bagi menggantikan Leslie dan Bennet. Mereka adalah Shaun Watson-Smith dari Afrika Selatan dan Fariqe Hairuman dari Malaysia. Tahun 2004 telah membuktikan, pemandu kurang berjaya seperti Watson-Smith sekali pun dapat mencapai tempat ke 14 pada pusingan pengenalannya, tetapi Hairuman hanya mampu menduduki tangga ke 23 dalam kejohanan itu. Proton sekali lagi menduduki tempat ke 4 keseluruhan dalam kelas Manufacturer Championship, 325 mata di belakang pemenang tempat ke 3, Seat Sport UK yang baru menyertai dalam musim pertama Super 2000-spec Seat Toledo.

#20 Shaun Watson-Smith

#15 Fariqe Hairuman

At the end of the 3-year deal, Proton withdrew from the BTCC, instead opting to run Hairuman, Mashlino Buang and Michael Briggs in the Asian Touring Car Championship, with the cars rebadged as the Proton Waja. In a sparse field mixed with Super 2000 and Super Production machinery, the Waja proved competitive, with Hairuman managing to finish second in both 2005 and 2006. In 2007, Team PSP retired the cars, and instead opted to use the Super 2000-spec BMW 320si.


Jentera: Proton Satria Neo S2000 (2011)


Rakan kongsi Proton Motorsport British, Mellors Elliot Motorsport (MEM) telah menyediakan sebuah jentera yang menepati piawaian FIA Super 2000, Proton Satria Neo yang diasaskan dari kerangka jentera jalanan. Dikuasakan oleh enjin yang sama dengan enjin Proton Waja 1.8 liter. Pada 2011, pemandu yang dipilih menyertai perlumbaan di International Rally Challenge (IRC) ialah Chris Atkinson. Bermula dengan perlumbaan Rally Monte Carlo. Dia beraksi dalam semua 6 pusingan di 2011 Asia Pacific Rally Championship (APRC) dan Per-GunnarAndersson yang memandu kereta ke dua untuk pasukan Proton di dalam acara IRC.

#4 Chris Atkinson

#33 Per-Gunnar Andersson


Dua buah Proton Satria Neo S2000s telah digunakan di dalam satu episod rancangan Top Gear, di dalam satu perlumbaan di antara pengacara rancangan British tersebut dengan rakan mereka dari Australia di Cornbury Park, dahulunya tapak perlumbaan Rally GB.

Pautan video: Top Gear vs Top Gear Australia

Jentera: NGTC Proton Persona (2011)


Welch Motorsport telah membawa masuk Proton kembali dalam perlumbaan BTCC pada tahun 2011 dengan menggunakan jentera Proton Persona. Ini adalah penyertaan kali pertama sejak 2004.


#48


Pautan Video: Proton Persona dalam perlumbaan BTCC

Jentera: Proton Satria R3 (2004)


Proton Satria R3 adalah kereta edisi terhad yang dijual di Malaysia. Perkataan R3 bermakna Race, Rally, Research. R3 adalah versi peningkatan Satria Gti oleh pasukan Proton Racing development dan juga Lotus. Ia menempatkan enjin Mitsubishi 1800 cc 4G93p yang sama tetapi telah melalui beberapa perubahan kecil oleh Lotus. Kerangka badan telah ditambahbaik dengan Double Stitch Welded Monocoque Chassis dengan Tower Brace Bar hadapan dan belakang. Berat kerangka telah dikurangkan. Ia didatangkan dengan Recaro SR4 semi-bucket seats, roda steering dan tombol gear Momo.


Photo Credit: autoworld.com.my


Photo Credit: autoworld.com.my


Photo Credit: autoworld.com.my



Jentera: Proton Satria Neo R3 (2008).


Sebagai pengganti Proton Satria R3 yang asal, Proton memperkenalkan Proton Satria Neo berprestasi tinggi pada tahun 2008. Dengan enjin Naturally Aspired 1.6 liter menghasilkan 100 kW (136 PS; 134 hp) atau 135 bhp (101 kW; 137 PS). Penambahbaikan lain termasuk bodykit lebih sporty, tayar 17 ", Lowered Suspension setup dari Lotus, sistem brek dipertingkat, Recaro lighweight seats dan Momo steering wheel. Kesemua 50 unit yang terhasil didatangkan dengan warna Incognito Black dan "race, Rally, Research" decal di bahagian tepi.


Photo Credit: Kereta Dot Info

Photo Credit: Kereta Dot Info


Jentera: Proton Satria Neo R3 Lotus Racing (2010).


Hanya 25 unit Proton Satria Neo R3 Lotus Racing diperkenalkan pada 30 Mac 2010. Dijual pada harga RM 115,000, versi istimewa ini memperkenalkan beberapa penambahbaikan berbanding model sebelumnya, Proton Satria Neo CPS. Rupa parasnya serupa dengan Proton Satria Neo R3, tetapi dilengkapi beberapa kelengkapan ekslusif. Enjin ditala oleh R3 dengan R3 Engine Management System, R3 Camshaft dengan Adjustable Alloy Cams dan Sistem Ekzos R3. R3 Carbon Fibre Air Intake dengan Sistem Penapis Udar K&N.

Enjin sekarang menghasilkan kuasa 125 bhp (108 kW; 147 ps), lebih kurang 13.8 % lebih kuasa dari enjin CamPro CPS biasa dengan peningkatan torque kepada 168 N.m (124 lb.ft). Kelajuan maksima mencecah 205 kmh (127 mph) dan 0-100 km dalam 9.2 saat.

Nisbah gear juga ditambahbaik sesuai dengan peningkatan prestasi enjin.

Casis dan pengendalian dipertingkat dengan penggunaan Ohlins Adjustable Coilovers. Roda 16 " dengan tayar Bridgestone Adrenalin. Brek dari AP Racing termasuk kaliper dan pad.

Untuk kemasan dalaman, papan pemuka kekal sama tetapi di berikan kemasan kehijauan untuk mengekalkan identiti kehijauan Lotus. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan seperti Engine Start Button, kemasan kulit hijau gelap Nappa, Alloy Pedal Set dan tombol gear.







Jentera: 2011 Proton Satria Neo CPS R3 (2011)



Photo Credit: paultan.org



Photo Credit: paultan.org


Photo Credit: paultan.org



Photo Credit: paultan.org



Photo Credit: paultan.org


Jentera: Proton Satria Neo Cusco Edition (2011).






Jentera: 2013 Proton Satria Neo R3 (2013).


Photo Credit: Hussein


Photo Credit: Hussein


Photo Credit: Hussein


Photo Credit: Hussein


P/S: Nikmati Hibah Bulanan dan Bonus Mingguan dengan ARBA Network.

No comments:

Post a Comment