Nuffnang Adv

Tuesday 18 July 2017

Jalan-jalan > Masjid Al-Hidayah, Ranau.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini ada ternampak perkongsian Ustaz Nazrey Johani tentang Masjid Al-Hidayah, sebuah masjid tinggal di kawasan Sabah Tea Garden, Ranau di laman Facebook kepunyaan beliau. Agak menarik untuk disiasat kisahnya.

Masjid yang diberi nama Masjid Al-Hidayah ini sebenarnya berstatus surau. Ketika ia dibina dulu mungkin nampak besar dan selesa. Sehingga kisah masjid ini diceritakan semula di dalam blog beberapa tahun dahulu, ia hanyalah sebuah bangunan yang telah ditinggalkan dan keadaan struktur bangunan yang agak daif.

Masjid Al-Hidayah, Ogos 2015
Photo Credit: Blog Sabah Up 2 Date