Nuffnang Adv

Wednesday 14 January 2015

Autism > Buku-buku rujukan dan panduan.


Salam sejahtera, di tunjukkan di sini hanyalah maklumat ringkas berkenaan buku-buku rujukan yang ada di pasaran berkenaan masalah anak-anak Autisme. Tajuk-tajuk buku disusun mengikut keluaran terbaru dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.


DIY Terapi Pertuturan Di Rumah - Aishah Kassim

Tajuk Buku: DIY Terapi Pertuturan Di Rumah.
Pengarang: Aishah Kassim.
Tarikh Terbitan: .
Penerbit:
ISBN:
Harga: RM 90.00 (harga promosi termasuk pos).
Rujukan: Buku DIY Terapi Pertuturan Di Rumah


Genius Dari Syurga - Ainizal Abdul Latif

Tajuk Buku: Genius dari Syurga.
Pengarang: Anizal Abdul Latif.
Tarikh Terbitan: 23 Okt. 2014.
Penerbit: Karangkraf.
ISBN: 9 7898 3124 9956
Harga: RM 12.90
Rujukan: Buku Genius Dari Syurga

Sinopsis

MOHAMAD HAIKAL ARRIZQY, anak yang lahir normal dan sihat. Namun ketika usianya menjangkau dua tahun, barulah aku dapat merasai ''''kelainan'''' anak ini yang akhirnya disahkan autistik. Pasrah! Aku tetap menyayanginya sepenuh hati seperti adik-beradiknya yang lain.

Sejak itu, aku berusaha keras mendidiknya. Tapi entah kenapa, Rizqy seperti menjauhkan diri hingga aku hilang punca dan hampir menyerah kalah. Persoalan yang sering menggangguku, bolehkah Rizqy membaca sedang satu perkataan pun belum pernah terucap dari bibirnya? Mampukah Rizqy menguruskan dirinya sendiri jika aku dan ayahnya sudah tiada nanti? Sungguh… ibu bapa mana yang tidak gusar bila memikirkan hal ini?

Hinggalah suatu hari, aku seperti baru tersedar bahawa sikap serta tindakanku terhadap Rizqy selama ini adalah silap! Sebagai ibu, aku keterlaluan untuk mengharap perubahan drastik daripadanya yang perlukan bantuan.

Sejak itu, aku dekati Rizqy dengan penuh sabar dan kasih sayang. Belajar akan kekurangannya sambil berusaha membantunya sehabis daya. Saban hari, aku tidak putus-putus berdoa agar diberi petunjuk untuk mendidik Rizqy. Aku tahu, tiada daya dan kekuatanku melainkan dengan bantuan ALLAH SWT.

Benar, anak-anak ini luar biasa. Oleh kerana itu, mereka mengharapkan usaha dan doa yang luar biasa juga. Percayalah… jika kita pandang mereka berbeza, kita sebenarnya sudah melahirkan GENIUS DARI SYURGA.



Panduan Lengkap Ibu Bapa Kanak-kanak dengan Autisme - Adelle Jameson Tilton

Tajuk Buku: Panduan Lengkap Ibu Bapa Kanak-kanak dengan Autisme.
Pengarang: Adelle Jameson Tilton.
Tarikh Terbitan: 2013.
Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.
ISBN: 9 7896 7430 2597.
Harga: RM 30.00 SM/35.00 SS.


Memahami Golongan Autisme - Ellen Sabin

Tajuk Buku: Memahami Golongan Autisme.
Pengarang: Ellen Sabin.
Tarikh Terbitan: 2012.
Penerbit: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.
ISBN: 9 7898 3068 9494.
Harga: RM 20.00 SM/25.00 SS


Apa Itu Autisme - K.A. Razhiyah

Tajuk Buku: Apa Itu Autisme?
Pengarang: K.A Razhiyah.
Tarikh Terbitan: 2008.
Penerbit: PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
ISBN: 9 7898 3358 6448.
Harga: RM 22.00 SM/25.00 SS.

Topik dikemaskini: 22/10/2015.

No comments:

Post a Comment