Nuffnang Adv

Wednesday, 8 November 2017

Motosikal > Benelli TRK 502.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Post ini saya tujukan khas buat sahabat saya, abam Naza yg hitam manis. Takde hujan takde ribut, tiba-tiba saja beliau membeli sebuah motor besar. Besarrrrrr!!! Jadi post ini sedikit-sebanyak dapat membantu meracuni rakan-rakan lain yang masih di atas pagar untuk memiliki jentera yang hebat ini.

Sebelum tu, kita intro dulu.....

Beberapa tahun kebelakangan ni jentera-jentera Adventure semakin mendapat tempat dikalangan rider yang seleranya agak besar. Yelah, dah puas main kapcai, mungkin juga nak upgrade dari RX-Z, FZ-150i dan sebagainya.


2017 Benelli TRK 502
Photo Credit: https://pandulaju.com.my

Di kalangan abang besar, jentera-jentera orang kaya seperti BMW R1200GS, Ducati Multistrada, Suzuki V-Strom 1000, Honda Africa Twin dan sebagainya adalah pilihan yang popular. Namun bagi mereka yang kurang berada, KTNS RS3 menjadi pilihan, sebuah jentera Adventure 250 cc yang boleh tahan juga prestasinya. Baru-baru ini, satu fenomena baru pula melanda peminat-peminat jentera Adventure, dengan masuknya jentera Benelli TRK 502 ke pasaran Malaysia. Berapa cc? 499.6 cc bro! Dah kategori motor abang besar, dengan bangganya boleh parking sebelah GS.

Friday, 6 October 2017

Automotif > Toyota Innova 2.0G "MyCrysta" Ep. 1.

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Bagi yang pertama kali singgah ke blog ini, suka diingatkan, ini bukanlah blog automotif. Hanya blog peribadi untuk rujukan sendiri, tapi boleh juga dijadikan rujukan untuk semua.

Review ini tidak mewakili puji-pujian ke atas jenama Toyota, tetapi lebih kepada pandangan seorang pengguna. Saya baru saja membeli sebuah Toyota Innova 2.0G, model Innova Generasi ke 2. Toyota pertama saya.

Penceritaan dalam blog ini berdasarkan apa yang ditunjukkan dalam brochure rasmi Toyota Malaysia dan pengalaman pemanduan dalam tempoh Engine Break-in. Kebanyakan gambar-gambar saya ambil dari website Toyota Malaysia, sebahagiannya lain saya ambil dari luar negara, disusuli dengan gambar sebenar Innova saya yang diberi nama MyCrysta.

Saya memilih untuk membeli sebuah Innova 2.0G dengan full specification, kecuali Safety Tint dan Solar Film (windows tint) saya buat di luar.

ALL-NEW INNOVA. PRESTIGE PERFECTED. ASEAN NCAP GRAND PRIX AWARD 2016. Best Child Occupant Protection for MPV Category. Itu katanya di muka hadapan brochure. Mari kita tengok apa ada dengan Innova 2.0G ni.


Toyota Innova 2017

Friday, 8 September 2017

Motosikal > Demak DTM 150.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya nak kongsikan sedikit informasi tentang jentera yang pernah saya miliki ini. Demak DTM 150.

Demak DTM 150 2011

Bermulanya saya berjinak-jinak dengan jentera Supermoto apabila pada tahun 2011 saya mengambil keputusan untuk kembali menunggang setelah terhenti tanpa rela pada tahun 2000 akibat kekangan tugas. Maka pada 2011, saya telah membeli sebuah Demak DTM 150 yang ketika itu agak hangat di pasaran. Sekitar penghujung tahun 2011 demam Supermoto melanda Malaysia. Pada tahun 2013, saya telah membeli sebuah Honda CRF250L yang masih digunakan sehingga kini. Walau bagai mana pun, Demak DTM 150 tetap dalam ingatan.

Friday, 18 August 2017

Jalan-jalan > Brunei: Sungai Tujuh Check Point ke Kuala Lurah Check Point.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk menggunakan jalan darat dari Sarawak ke Sabah, kita perlu merentasi Negara Brunei Darussalam sebanyak 2 kali iaitu (dari Miri) kita akan melalui daerah Belait, Tutong, Brunei-Muara, kemudian kita masuk ke Limbang (Malaysia), akhir sekali kita masuk ke daerah Temburong, sebahagian lagi Negara Brunei sebelum masuk ke Lawas (Sarawak) dan Sindumin (Sabah). Keseluruhannya ada 10 Pos Kawalan Imigresen dan Kastam untuk dilalui.

Panduan ini saya sediakan khas bagi mereka yang baru pertama kali, atau dah banyak kali tetapi masih was-was untuk merentasi Brunei Darussalam dari Sungai Tujoh ke Kuala Lurah dan sebaliknya. Kalau ada GPS atau peta di tangan, mungkin tiada masalah.


Sungai Tujoh ke Kuala Lurah
Photo Credit: Google Maps

Friday, 4 August 2017

Kebajikan > Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin di Sarawak.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama saya berhajat untuk mengkompilasikan semua lokasi dan alamat rumah anak-anak yatim dan miskin di seluruh Sarawak. Tujuan asal hanyalah sebagai rujukan sendiri. Bila-bila ada rezeki lebih, senang nak cari mereka. Sekampit beras pun mungkin sangat bermakna, terutama sekali bila bulan Ramadhan semakin menjauh dan Ramadhan akan datang lambat lagi.


Anak Yatim
Photo Credit: Unknown.


Saya pun tak tahu nak kata apa, biasanya rumah anak yatim ni orang cari bila bulan Ramadhan je. Bulan-bulan lain mereka tak wujud kot. Sila terasa....he he he.......just kidding.

Tuesday, 18 July 2017

Jalan-jalan > Masjid Al-Hidayah, Ranau.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini ada ternampak perkongsian Ustaz Nazrey Johani tentang Masjid Al-Hidayah, sebuah masjid tinggal di kawasan Sabah Tea Garden, Ranau di laman Facebook kepunyaan beliau. Agak menarik untuk disiasat kisahnya.

Masjid yang diberi nama Masjid Al-Hidayah ini sebenarnya berstatus surau. Ketika ia dibina dulu mungkin nampak besar dan selesa. Sehingga kisah masjid ini diceritakan semula di dalam blog beberapa tahun dahulu, ia hanyalah sebuah bangunan yang telah ditinggalkan dan keadaan struktur bangunan yang agak daif.

Masjid Al-Hidayah, Ogos 2015
Photo Credit: Blog Sabah Up 2 Date

Thursday, 22 June 2017

Sejarah > Peta Lama Pra-sejarah Malaysia dan Asia.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak kongsikan peta-peta lama sebelum terbentuknya Negara Malaysia yang sekarang.

Saya bukan pakar sejarah, cuma habit saya suka tengok peta sejak dulu. Maaf kalau tuan-tuan dan puan-puan tak jumpa apa yang diharapkan di sini.


Asia, 1542 M.

India Extrema XIX Nova Tabvla, 1542 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com