Nuffnang Adv

Monday 28 December 2015

Petua > Mengatasi Bisa Sengatan Tebuan.

Assalamualaikum.

Pos ini mungkin menjadi talian hayat kepada mereka-mereka yang memerlukan disaat kecemasan. Kalau sebut sengatan serangga berbisa, tebuan antara yang paling legend. Kalau anda pernah disengat tebuan, bisa sengatan lipan, penyengat, lebah, semut api dan sebagainya mungkin tak terasa dah.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya dan petua yang saya aplikasikan untuk meredakan kesengsaraan tersebut.

Credit to: www.deviantart.net

Alkisahnya pada petang Krismas yang lepas, 25/12/2015, saya terpijak abdomen tebuan yang dah pun bercerai dari badan. Bisanya hanya tuhan yang tau. Dengan serta-merta kaki saya membengkak dan hampir tidak boleh berjalan. Sengatan itu betul-betul terpacak di tapak kaki. Keseluruhan bahagian kaki dari buku lali ke hujung jari membengkak.

Dalam kesakitan, saya mencari petua-petua di internet. Berikut adalah dua petua yang telah saya cuba dan rasai kesannya:

Pertama,

Seinci halia dan 2 ulas bawang putih ditumbuk halus dan ditampal pada tempat yang membengkak. Setelah dua kali mencubanya, saya dapat rasakan rasa kesakitan itu reda dan saya dapat tidur malam dengan nyenyak, walau bagai mana pun bengkak masih tidak surut dan kesakitan itu datang semula setelah saya mencucinya untuk solat subuh.

Kedua,

Setelah dua kali mencuba petua di atas dalam tempoh 18 jam, saya mencuba petua kedua, juga dari internet. Caranya ialah mencampurkan sedikit ubat gigi dengan cuka, kacau sebati dan sapukan pada tempat yang bengkak. Alhamdulillah,dalam tempoh 6 jam saja kawasan yang bengkak kelihatan surut.

Sewaktu blog ini ditulis, dah masuk hari ke tiga, masih ada rasa ngilu-ngilu sikit. tapi kaki dapat memijak lantai sepenuhnya. Sebenarnya, semalam saya driving long distance, 600 km. Nasib kereta gear auto. Kaki yang sakit tu kaki sebelah kiri.

Adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan doktor sekiranya terkena sengatan serangga atau binatang berbisa. Jangan ikut seperti saya, saya memang elak sebaik mungkin dari injection.....ha ha ha......


Iklan: Arba Network > Pasca Perlaksanaan GST, Pendapatan Tersisa Masih Positif!

3 comments:

  1. Assalam,utk utk halia dan bwang putih tu brp lama ye?

    ReplyDelete
  2. Yg petama petua tu sya da sapu
    .sya rasa makin panas pn ada..tpi ley tahan lgi..mgkn lagi dua jam try yg kedua plk..mmg kena tahap saba giler gak rasa sakit tebuan ni..tips tambahan sela

    ReplyDelete
    Replies
    1. Byk.zikir dan selawat semoga allah sembuhkan
      ...he he..sakit woii ..jeng kreng

      Delete