Nuffnang Adv

Friday 21 October 2016

Produk > Minyak Herba Asmak.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alkisahnya, kami ada 4 orang anak. Yang pertama 8 tahun, kedua 6 tahun, ketiga 4 tahun dan yang bongsu genap setahun bulan November ni. Daripada 4 orang, no 3 dan 4 ada asma. Setiap bulan bersilih ganti mereka ke klinik untuk neb. Duit pun banyak keluar. sekali neb RM 15, sehari 3 kali selama seminggu, bengkok juga. Walau pun mampu, tapi tetap juga kena keluar duit.

Kali terakhir anak anak saya yang bongsu masuk wad bulan May 2016. Selepas isteri saya diperkenalkan dengan Minyak Herba Asmak ni, Alhamdulillah, mujarab dan serasi pula. Selepas daripada tu, tiada lagi kami perlu berulang-alik ke klinik dan hospital.

Ok, dah tau minyak ni memang sesuai untuk anak-anak kami, di samping untuk kegunaan sendiri, kami ambil kesempatan untuk berkongsi dengan orang lain juga.

Harga? Cuma RM 39.00 saja sebotol 30 ml dan RM 18.00 sebotol untuk botol mini 10 ml. Siapa yang selalu hantar anak untuk neb taulah berapa nilai RM 39.00 tu. Berbaloi-baloi!


Tuesday 18 October 2016

Motosikal > Pilihan Scooter di Malaysia 2016.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kita tengok Scooter jom. Saya memang tak ada Scooter, tapi suka tengok design-design terkini. Mari kita tengok apa yang ada di pasaran Malaysia untuk tahun 2016. Manalah tau kalau ada yang berhajat nak beli scooter baru untuk pakai pergi sekolah kan....kan.......harga saya letakkan sekali sebagai rujukan.



Honda City Adventure (Concept)

Monday 10 October 2016

Autism > Filem, Drama dan Dokumentari Berkaitan Autisme.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya kompilasikan di sini tajuk-tajuk filem, drama dan dokumentari berkaitan Autisme yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada para ibubapa yang memiliki anak syurga.

Walau bagaimana pun tidak semuanya membawa mesej yang baik, contohnya, Bless the Child adalah sebuah cerita Horror Movie, Chocolate adalah sebuah cerita aksi seni mempertahankan diri. Sekadar untuk hiburan.

2016, Redha (Malaysia) - Movie.

2016 Redha

Wednesday 5 October 2016

Automotif > Mazda Familia "Baby Merc".

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Godek-godek internet, entah macam mana teringat kat satu model Mazda ni, Mazda Familia yang satu ketika dulu diberi jolokan "Baby Merc". Sekarang tak lagi kot sebab Mercedes pun dah macam-macam rupa. Model ni adalah dari 6th Generation (BG). Keluarga Familia berakhir dengan generasi ke 8 pada tahun 2003, digantikan dengan Mazda3 pada tahun berikutnya.


1989 Mazda Familia
Photo Credit: www.pinthiscars.com