Nuffnang Adv

Thursday 15 January 2015

Tahukah Anda? > Buaya Lagenda Sarawak.


Sarawak memang terkenal dengan buaya. Faktor muka buminya yang memiliki banyak sungai yang berliku-liku dan populasi penduduk di tepi sungai yang jarang menjadikan ia habitat buaya yang baik. Kes-kes serangan buaya sehingga membawa maut memang tidak asing lagi. Kebanyakan buaya yang mengganas adalah dari jenis buaya air masin atau nama saintifiknya Crocodilus porossus.

Bujang Senang (1992):


Bujang Senang



Tengkorak Bujang Senang (credit to: Kulanz Salleh Blog).

Rekod: Mengganas sejak tahun 1941, berjalur putih di belakang, paling terkenal di Sarawak, seramai 14 orang mangsa direkodkan dari 1982 - 1992.
Mangsa Terakhir: Dayang anak Bayang, Sungai Pelaban.
Habitat: Sungai Lupar.
Status: Dibunuh pada 22 Mei 1992.
Panjang: 6 m (20').
Berat: NA.

Bujang Subis (2001):


Rekod: Anggota badan mangsa ditemui di dalam perut buaya.
Mangsa Terakhir: Jaba anak Kana, 10.
Habitat: Sungai Niah, Miri.
Status: Ditembak mati dengan senjata M16 oleh 4 anggota Batalion 12 PGA.
Panjang: 4.5 m.
Berat: NA.

Pautan Berita:

Utusan Malaysia 12 Feb. 2001

Bujang Saribas:


Rekod: NA
Mangsa: NA
Habitat: Sungai Saribas.
Status: Bebas.
Panjang: NA
Berat:NA

Pautan Berita:

NA

Bujang Suai / S. Jibeng (2013):


Bujang Suai aka S. Jibeng

Rekod: Dipercayai pernah menyerang manusia termasuk mangsa terakhir Jerry Apat di Sungai Suai, buta mata sebelah kiri.
Mangsa Terakhir: Jerry Apat anak Angsa, 11 pada 22 Dis. 2012.
Habitat: Sungai Suai.
Status: Dibunuh pada 23 Jan. 2013.
Panjang: 4 m.
Berat: 300 kg.

Pautan berita:

1. Aku Bayar Dendam Aku
2. duniaitu.blogspot.com


Bujang Selang (2013):




Bujang Selang dibawa naik ke atas tebing.



Rekod: Tiada rekod jenayah.
Mangsa Terakhir: Tiada.
Habitat:
Status: Ditangkap pada 29 Jan. 2013 dan dipindah ke Pusat Hidupan Liar Matang.
Panjang: 5 m.
Berat: 629 kg.

Bujang Seblak (2013):


Rekod: Dipercayai membaham 8 orang mangsa sejak 2007 (2 selamat, 6 mati).
Mangsa Terakhir: Andrian Thomas, 32.
Habitat: Sungai Seblak.
Status: Bebas.
Panjang: NA.
Berat: NA.

Pautan Berita:

www.pengerindu.com 28 Nov. 2013

Bujang Raja Hitam (2013):


Bujang Raja Hitam

Bujang Raja Hitam

Rekod: Disyaki pernah membunuh 4 orang mangsa.
Mangsa Terakhir: NA.
Habitat: NA
Status: Ditangkap Indet Senabong pada 2 Dis. 2013.
Panjang:  16'.
Berat: NA.

Pautan Berita:

http://www.theborneopost.com/2013/12/03/lagi-buaya-ganas-ditewaskan-indet-senabong/


Kompilasi berita ini belum siap sepenuhnya, saya akan mengemaskini dari masa ke semasa. Hanya sumber-sumber yang sahih dijadikan rujukan.

No comments:

Post a Comment