Nuffnang Adv

Wednesday 20 January 2016

Kebajikan > Infaq Buku Ilmiah kepada SRIITIZ.

Assalamualaikum.

Bagi mereka yang ada lebihan rezeki berupa bahan bacaan seperti buku-buku baru atau terpakai, majalah kanak-kanak, buku rujukan dan sebagainya bolehlah diinfaqkan kepada Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz (SRIITIZ), Bintulu.

Untuk pengetahuan, SRIITIZ baru memasuki tahun ke dua penubuhannya. Kelas tertinggi setakat 2016 adalah murid tahun 2. Sebagai sebuah sekolah tahfiz swasta dan masih baru, sudah tentulah banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

Selaras dengan perkembangan sekolah, sebuah perpustakaan mini akan diwujudkan untuk keperluan para pelajar. Bahan bacaan yang diperlukan hendaklah bersesuaian dengan murid-murid tahun 1 hingga 6, walau bagaimana pun keutamaan sehingga tahun 2 bagi tahun 2016.

Semoga setiap sen yang kita keluarkan ke jalan Allah akan mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak.