Nuffnang Adv

Wednesday, 22 June 2016

Motosikal > Yamaha Y15ZR "MyZaRa" Ep. 2.

Salam sejahtera.

Ini adalah laporan ke dua tentang MyZaRa.

MyZaRa
Photo Credit: Naza


Fuel Consumption (FC) Review.

Sebaik saja keluar dari kedai motor pada 10 Oktober 2015 yang lalu, tangki petrol terus diisi penuh dengan RON95. Mengikut spesifikasi, isian penuh tangki adalah sebanyak 4.2 liter. Saya gunakan setiap hari pergi dan balik kerja memandangkan jentera CRF250L saya terpaksa direhatkan buat sementara kerana menunggu Stator Coil dan Rectifier baru dari Thailand.

Pada 20 Oktober 2015, lampu amaran bahan api mula berkelip pada mileage ke 170 km (Trip Meter). Tidak berapa jauh berjalan saya pun membuat isian penuh semula. Saya isi penuh sebanyak lebih kurang 3.7 liter. Purata kelajuan sejak keluar dari kedai adalah 60 kmh dan total mileage setakat blog ini ditulis adalah di bawah 200 km sahaja. Jauh lagi untuk menghabiskan tempoh Break In.

Sebagai rumusan dari isian semula minyak petrol yang pertama, 170 km = 3.7 liter, Fuel Consumption at 60 kmh = 170 / 3.7 = 46.0 km / liter. Bila lampu amaran bahan api menyala, kita ada kurang dari dalam 0.5 liter petrol dan boleh bergerak sejauh 20 km saja lagi untuk mencari stesyen minyak!

Highlight: FC selepas isian semula yang pertama, 170 km / 3.7 liter = 46.0 km / liter. Purata kelajuan 60 kmh.

Pada 25 Oktober 2015, sewaktu melakukan pemeriksaan rutin, baru saya perasan yang pre-tensioned drive chain sewaktu keluar dari kedai motor adalah terlalu tegang! Kesilapan saya sendiri kerana hanya menyedari hal ini setelah lebih 200 km MyZaRa berada di atas jalanraya. Rantai yang terlalu tegang telah dikendurkan mengikut spesifikasi yang sepatutnya dan diminyakkan semula.

1 November 2015, saya melakukan isian semula petrol untuk kali ke 2. Trip Meter baru menunjukkan perjalanan sejauh 135 km dari isian semula yang lalu. Perjalanan saya berulang-alik ke tempat kerja memang tak jauh, sekitar 12 km saja pergi dan balik, malam hanya digunakan untuk ke surau, itu pun selang beberapa blok sahaja. Isian semula kali ini hanyalah sebanyak, 2.712 liter sehingga penuh.

Rumusan dari isian semula kali ke 2, 135 km / 2.712  liter = 49.7 km / liter. Terdapat pengurangan FC yang agak ketara walau pun purata kelajuan masih sama iaitu sekitar 60 kmh.

Highlight: FC selepas isian semula yang kedua, 135 km / 2.7 liter = 50.0 km / liter. FC lebih baik setelah ketegangan rantai dibetulkan mengikut spesifikasi. Purata kelajuan 60 kmh.

Highlight: FC selepas isian semula ketika mileage menghampiri 1000 km pertama, 133 km / 2.5 liter = 53.2 km / liter. Purata kelajuan 70 kmh.


Modifikasi.

Saya bukanlah jenis kaki Autoshow, kalau saya buat modifikasi, biasanya hanyalah pada bahagian yang praktikal dan tidak terlalu menyalahi undang-undang.

Teknik 100 % brake hadapan yang saya amalkan sejak dulu memerlukan saya menggunakan cakera brek yang lebih besar untuk cengkaman lebih efisyen.

Setakat ini, proses modifikasi masih diperingkat awal. Berikut adalah parts yang telah dimiliki tetapi belum sempat dipasang:

1. Integrated Tail Lamp: Lampu belakang LED siap dengan lampu isyarat bina dalam ini boleh dipasang bila-bila sahaja. Hanya plug n play. Tetapi saya perlu cari penyelesaian paling bijak dan efektif untuk lampu isyarat LED. Menggunakan Flasher Relay yang original akan mengakibatkan lampu isyarat LED tadi tidak berkelip. Jadi saya tangguhkan dulu.

2. Radiator Guard: Warna merah menjadi pilihan. Sesuai dengan konsep merah, hitam dan emas untuk MyZaRa.


LED Signal Light.

Saya nak share sikit pasal LED Signal Light ni, tak kiralah yang separate atau built-in sekali dengan tail light. Biasanya bila kita tukar lampu isyarat 12 V jenis filament ke LED, kadar kelipan dia akan terganggu samada terlalu laju atau tidak berkelip langsung. Apa yang kita perlu lakukan ialah menambah LED Load resistor bertujuan untuk mendapatkan kadar kelipan atau flashing rate yang dikehendaki. Tapi, secara mudahnya, tanya kat tokey kedai cakap nak beli relay untuk LED Signal. Ada jual.


13 Disember 2015 Rear Fender.

Rear Fender yang asal ditanggalkan untuk memberi laluan kepada aftermarket plate number holder.


8 Januari 2016 Akrapovic Full System.

Akrapovic Full System diambil dari Pejabat Pos. Kena tax RM 130.

MyZaRa


25 April 2016 Front Disc.

Ada masa terluang, sempat juga saya pasang Disc depan ni.

MyZaRa


Hang out with Bintulu Y15ZR Community


6 - 08 May 2016 5th Miri Bike Week.

Ini adalah perjalanan paling jauh bagi jentera ini. Tak jauh mana pun, kurang dari 200 km. Saya akan update kemudian pasal Miri Bike Week ni.

Gambar-gambar juga akan saya update kemudian.

Topik lain:

Motosikal > Yamaha Y15ZR.

Motosikal > Yamaha Y15ZR "MyZaRa" Ep. 1.

Motosikal > Yamaha Y15ZR "MyZaRa" Ep. 3.

52 comments:

  1. Selama abg pakai y15zr,,prnah ad apa2 masalah x dgn motor abg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat ni belum ada apa-apa masalah, Alhamdulillah. Tapi kena sentiasa peka dgn performance semasa. Jentera kita ada rpm meter, ada FC meter, ada odometer, sekali-sekala rekodkan data dan buat perbandingan dgn rekod terdahulu.

      Delete
    2. Alhamdulillah, baik bang!

      Delete
  2. Assalamualaikum.
    Nak tanya komen saudara pasal satu suspension Racing Boy, untuk Y15ZR. Secara khususnya yg ini:
    http://www.racingboy.com.my/products/underbone/suspension-absorber/monoshock/item/735-adjuster-db-line-y15zr
    Cuma nak tahu kalau pernah pakai atau tahu siapa2 yg pernah pakai dan apa komen dorang.
    Bukan nak guna untuk motor, tapi untuk special project kereta kecil single seater. Nak tahu kalau adjustability dia tu bagus ka tidak (ada yg adjust byk mana pun bukan ada perbezaan), nak tahu dia tahan ka tidak, macam tu lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Luar biasa soalan tuan. Harap ada pembaca yang sudi memberi pendapat lebih tepat.

      Cuma saya curious, kenapa tuan nak guna suspensi motosikal? Kalau ikut perkiraan secara kasar, berat Y15ZR tanpa penumpang dibahagi dengan dua adalah 115 / 2 = 57.5 kg, setiap suspensi depan dan belakang menanggung berat tanpa penumpang 57.5 kg. Jadi kalau projek kereta tuan ada 4 suspensi, berat jentera tanpa penumpang adalah 57.5 x 4 = 230 kg.

      Apa kata tuan cari suspensi high end untuk K-Car di kedai potong atau terpakai dari kawan-kawan, mungkin lebih berbaloi.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Memang jentera kami sangat ringan. Termasuk pemandu yang paling berat, kami anggarkan berat kira2 400 kg ke bawah.
      Suspension K-car terlalu keras dan besar untuk kegunaan kami. K-car yang paling ringan pun sudah lebih 700kg, dan jugak diselaraskan untuk membawa 4 penumpang.
      Kami juga bercadang untuk membuat spring custom, dan mungkin juga membina semula damper kalau sempat.

      Delete
    4. Nampaknya kos bukan masalah besar bagi projek tuan. RB adalah satu jenama tempatan yang bagus juga. Kalau nak mahal lagi, boleh cuba jenama Ohlins. Kualiti mungkin lebih baik. Semoga sukses!

      Delete
    5. Sebenarnya kos adalah masalah utama. Kalau tidak, pilihan pertama kami adalah Ohlins TTX25, atau Bilstein MDS860. Kedua2nya dibina khas. Kalau tidak pun mana2 Ohlins yg cukup pendek. Tapi dilihat semuanya mudah melepasi RM2000.
      Kebanyakkan budget sudah pergi kepada tayar; 2 set racing slicks. YSS juga menjadi pilihan, tetapi lebih mahal dari RB dan model yang sesuai susah dicari dan mungkin tidak dibuat lagi.
      Apa2 pun, terima kasih kerana meluang masa. :)

      Delete
    6. Terima kasih juga kerana sudi singgah di blog saya ni.

      Delete
  3. Salam bro. Ade pertanyaan sikit. Saya baru pakai jentera ni dalam 3 bulan, mileage baru 6xxx. Boleh tak first modified ke atas jentera ni saya gantikan full system exhaust dan ECU tuneboss sahaja tanpa ganti benda lain. Ade menjejaskan ape2 tak pade engine? *harap dibalas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Sorry naik lori lambat reply. Apa yang tuan nak buat tu kira 1st Stage modification. Kalau betul caranya mmg memberi kesan yang positive.

      Dalam keadaan standard, Jepun dah kira berapa capacity udara yg perlu, saiz throttle body, jumlah pancitan bahan api, kekuatan ignition, saiz exhaust dan sebagainya untuk memberikan prestasi optimum kpd jentera kita tanpa menyalahi undang2 Malaysia dan merosakkan alam sekitar di samping memberi penjimatan bahan api. ECU diberi tugas utama untuk membuat pengiraan berdasarkan maklumat dari sensor2 yang dipasang, memberi Air Fuel Ratio yg betul.

      Bila tuan tukar ke Full System Exhaust, sekiranya saiz masih dalam range factory setting, tiada masalah. Sekiranya out of range, akan berlaku ketidakseimbangan yang biasanya tanda2nya adalah berupa letupan pada exhaust. Ia bukan sesuatu yang baik. Kalau engine sentiasa running lean, akan memberi kesan jangka panjang kepada keselamatan piston, spark plug dan sebagainya.

      Aftermarket ECU biasanya dipasang untuk mengatasi masalah kekurangan pancitan bahan api. Sesetengah ECU memberikan putaran enjin lebih dari factory setting (cut off). Ya, memang jentera anda laju sedikit dari rakan-rakan yang lain, tapi jangkahayat jentera anda akan jadi lebih pendek! Sesetengah jentera yang diperah sampai 9000 rpm pun boleh pecah enjin, apa lagi kalau perah sampai 12000 rpm. Kan?

      Delete
  4. saya pun berminat nak tahu juga ni...

    ReplyDelete
  5. salam tuan.... moto saya skang problem xleh on guna starter.... kene tolak baru bole idup... check bateri ok..... bile enjin sudah hidup, saya tekan starter semula enjin terus mati.... tuan ade xpenah kene problem mcm tu.... harap tuan dpt bantu.

    ReplyDelete
  6. salam tuan.... moto saya skang problem xleh on guna starter.... kene tolak baru bole idup... check bateri ok..... bile enjin sudah hidup, saya tekan starter semula enjin terus mati.... tuan ade xpenah kene problem mcm tu.... harap tuan dpt bantu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Macam ada masalah elektrikal pada starter je. Tak banyak component yang terlibat: Ignition Switch, Starter Switch, Starter Relay, Starter Motor dan cable yang menghubungkan mereka. Mungkin ada salah satu yang fault. Jangan sampai barai pulak wiring tu, check satu2.

      Delete
  7. salam bro.. tayar ape yg the best untuk all around (ujan & kering) selamat untuk cornering.. tmasuk kalu jln bpasir skit.. bnyk kali hampir tbabas.. risau woo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Saya assume tuan dapat tayar Duro. Saya dapat tayar Dunlop, 1st batch kot. Ok juga tayar ni, hujan dan panas tiada masalah. Memang ada tayar yang tak sesuai untuk corak tunggangan kita. Jangan kedekut untuk melabur pada tayar, nyawa diutamakan. Paling tidak pun, kalau dah patah2 pun akan menyusahkan orang yang akan menjaga kita.

      Dari pembacaan saya, tayar yang dicadangkan:
      Pirelli, Bridgestone (Battlax), FDR, Maxxis dan Corsa.

      Tapi tayar yang saya suka dan terbukti terbaik dalam hujan dan panas adalah Shinko (Made in Korea). Tak pasti ada ke tidak size ni untuk Y15ZR. Satu lagi tayar yang saya dah cuba adalah Zeneos, tayar ni masa baru agak menyeramkan. Bila dah lama sikit pakai baru cemerlang, grip agak baik waktu panas, just nice masa hujan.

      Kalau nak jimat, cari tayar Dunlop terpakai yg org jual. Best buy!

      p/s: Jalan berpasir tu jangan cari pasal la.....tayar apa pun tergolek!

      Delete
  8. Salam tuan nak tanya kalau pakai Radiator Guard dgn Engine cover untuk y15zr ad effect pape x? Sbb ad org kata xelok untuk angin dan boley buat coolant leakeage dan engine xtahan lama. Tapi kawasan rumah sy berpasir, kwsn kuari, lori keluar masuk. Takut klau2 batu2 besar masuk kt tadiotor atau engine. Ad effect x pakai tuk long term

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Pasang saja tuan. No side effect.

      Untuk Engine Cover, sesetengah model akan berlaku sedikit touching pd hujung Front Fender. Terpulang sama ada tuan nak potong sikit hujung fender atau biar dia sagat sampai nipis. Saya biarkan saja.

      Utk Radiator Guard, lebih baik pasang drpd Radiator Fin rosak. Kalau fin tu rosak, dia boleh jejaskan Cooling Process. Saya punya dah drill tambah lubang utk Air Flow lebih baik.

      Delete
    2. Wa alaikumussalam. Pasang saja tuan. No side effect.

      Untuk Engine Cover, sesetengah model akan berlaku sedikit touching pd hujung Front Fender. Terpulang sama ada tuan nak potong sikit hujung fender atau biar dia sagat sampai nipis. Saya biarkan saja.

      Utk Radiator Guard, lebih baik pasang drpd Radiator Fin rosak. Kalau fin tu rosak, dia boleh jejaskan Cooling Process. Saya punya dah drill tambah lubang utk Air Flow lebih baik.

      Delete
    3. Bro mcm mna cara nk buat tmbh lubang

      Delete
    4. Drill saja.......tapi drill cantik2 la ikut pattern Radiator Guard tu.....cari area yg boleh drill.

      Delete
  9. saya pemilik y15zr version movistar. baru 2minggu pakai ada bau hangit bila berhentikan kenderaan. boleh explain kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hangit? Brake Pad? Cuba check.....

      Delete
  10. Tuan sya nk tnya exjos apa yg bolh masuk kt engin standard tu dan bolh di pakai sekali untuk engin yg dh modi..
    Cnth exjos.. yypang, cj ipoh, uma r...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak setting yang tepat, kena hantar Dyno la utk remap ECU lepas tukar apa-apa exhaust....lain exhaust, lain tahap kelawasan dia.....kalau tuan bernasib baik, dapatlah Exhaust System yg dalam range Air Fuel Ratio Standard ECU....kalau tak mampu buat Dyno, tak mampu tukar ECU yang boleh remap....terimalah seadanya....biarkan standard lebih selamat.

      Delete
  11. Replies
    1. Ada....jentera-jentera baru abad ke 21 ni kebanyakannya manja. Kalau tuan rajin baca maklumat yg ada di FB, ada mcm2 masalah Y15ZR ni. Tapi....tiada masalah yg tak dapat diselesaikan.

      Y15Zr je ke yg ada masalah? Rival terdekat iaitu Honda RS150R pun ada masalah dia tersendiri. Survival bro!

      Delete
  12. So dari pandangan tuan setakat ni Y15ZR memang xde masalah melibatkan bahagian enjin??

    ReplyDelete
    Replies
    1. jentera dulu2 beli dan lanyak tak ada masalah, 100 % tangan Jepun. Jentera zaman sekarang, parts dah franchise kpd banyak pihak, so banyak masalah. Paling common utk Y15ZR, Needle Bearing yg dipasang substandard, terpaksa tukar Made in Japan. Itu saja. Tapi kos tak mahal, yang mahal tu pengetahuan. Bila enjin dah pecah baru tahu part tu kena tukar. Tak tahulah, kalau kereta beli mahal2 (kecuali Proton), bila ada parts yg defect, dorang recall utk ganti parts tu. Ni senyap je, org pakai kapcai tak layak utk recall kot.

      Delete
  13. salam tuan..sy ingin bertanya..sy dh pkai motor ni 1700km mileage..so far ok..tp kalau redah hujan rasa macam engin mengerang..rasa mcm mendaki..atau pn normal untul motor y15zr ni klu redah hujah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Normal, jangan risau. Bukan itu saja, ride tgh panas, dalam hujan, waktu malam atau ride di kawasan pergunungan memberi pengalaman berbeza. Banyakkan ride di kawasan berbeza.

      Delete
  14. assalamualaikum, sy ingin bertanya.. motor sy bru kuar 3 hari.. tp enjin sy dh bunyi kasar ble bwk mcm ade bunyi knocking.. sy bwk paling laju pn 80km/j.. boleh sy tahu ape masalah die ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Dah 2 bulan ni....ok kan? Enjin SOHC mmg kasar. Tukar minyak enjin tepat pada masanya, tak perlu minyak enjin mahal sangat.

      Delete
  15. Salam, saya ni bercadang nak beli la Y15ZR ni, saya nak mintak pendapat tentang okay tak nak jalan jauh, fuel consumption, lepastu cadangan modification - part apa nak bagi lawa sikit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Jentera ni tak ada masalah nak jalan jauh, dengan syarat, Needle Bearing mesti tukar Made in Japan, itu saja part yang fragile. FC jentera ni dalam 40 - 42 km / liter. Setangki penuh boleh jalan dalam 175 km dengan kelajuan ekonomi. Modify bagi cantik? Buang ekor saja, sudah cantik. Tapi hujan air naik sampai kepala la.

      Delete
  16. Salam, saya baru guna y15ZR ni dalam masa kurang sebulan. Jadi saya ni kurang sikit ilmu pasal hal-hal motosikal. Jadi boleh tak bro terangkan pasal Needle Bearing and apa jenama yang sesuai untuk Needle Bearing ni. Sebab susah nak cari info pasal moto ni dalam Bahasa Melayu. Jadi kurang jelas sedikit. Satu lagi, di entry episod satu tuan ada mention pasal nak tukar eletroskopik ke USD? Ada perbezaan ke antara dua fork ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Info yang saya terima baru-baru ni, katanya model-model Y15ZR yang baru masuk (termasuk yg tuan beli ni) telah sedia menggunakan Needle Bearing yang berkualiti (made in Japan). Itu rumours yang saya terima. Kalau betul baguslah, kalau tak betul, kena tukar juga Made in Japan.

      Mmg ada Needle Bearing jenama lain yg katanya bagus juga, tapi saya sarankan cari saja Needle Bearing original Made in Japan. Harga pun murah.

      Telescopic vs USD masing2 ada pro & contra dia. Telescopic tahan lebih lama, tapi USD lebih teguh. Itu pun kalau USD tu betul-betul berkualiti. USD Fork yg sebenar, Outer Tube sama saiz atas bawah, so T-Clamp mesti tukar juga. Ada sesetengah USD Fork yg dijual mempunyai Outer Tube yg kecil di bahagian T-Clamp, kiranya tak perlu tukar, yang inilah bahaya sbb ada joint tambahan di situ. So far saya belum jumpa lagi USD Fork utk Y15ZR yg betul2 berkualiti selain dari replica standard Autoshow semata-mata.

      Delete
  17. ekzos acrapovic tu yg tuan pkai tu blh terangkan x jnis model,piping serta pemasangan nya dan juga harga.mana beli ekzos tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akra tipu saja itu tuan. Lebih baik tuan beli yang proper Made in Malaysia, lebih selamat dan tidak menyeksa enjin, label tu boleh tukar Akra. Tak berbaloi beli Akra ori, lagi pun mmg tak ada Akra utk jentera kecik, setakat yang saya tau la.....

      Delete
  18. Salam tuan, motor sy kasar la, dah dua bulan guna odo 4k km dh, apa penyebab enjin ni kasar sngat, tp so far ok je, bunyi atas enjin tu kuat, dgn knocking la, x tau la bunyi apa , sy xtau bunyi tappet dan bunyi lain2, harap tuan beri pandangan tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya takut bunyi tu bunyi bearing ke atau bunyi lain2, bercampur bunyi semua bila dgr enjin

      Delete
    2. Ada bunyi rattle bila memecut

      Delete
    3. SOHC Engine dengan Timing Chain ni mmg bising sikit. Tapi kalau luarbiasa bising dengan knocking kat bahagian atas Cylinder Block, mungkin kena periksa kelegaan Tappet. Masalah bearing biasanya tak lama, lepas tu kaput enjin....boleh cuba guna Minyak Enjin yang lain, pereferably Semi-synthetic.

      Delete
  19. Tuan.. tumpang tanya.. ada diagram cara pasang intergrated signallamp led tail lamp y15zr x...
    Sebab yg ori wayar signal ada 2 kiri 2kanan.. yg intergrated tu cuma ada 1 kiri 1 kanan....
    Kalo ada emailkan yerr....
    mangoax@gmail.com
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan kena faham basic dia dulu.....untuk DC cuma perlu +ve dan -ve, itu saja.....+ve datang dari punca 12 VDC iaitu Signal Switch (2 point), Rear Brake Switch dan Tail Light....so ada 4 cable saja.....selebihnya adalah Ground Cable....terminate ke body. Cuba satu-satu, mana yang menyala....itulah dia.

      Delete
  20. Assalam tuan, saya nak tanya. Kalau kita nak tukar minyak hitam, minyak hitam apa yg bagus eh? Sekian itu saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Kalau saya, saya syorkan PETRONAS Syntium Semi-synthetic. So far sangat bagus untuk semua jentera saya. Tiada masalah overheat, minyak hitam hilang, berat dan sebagainya. Saya tukar setiap 2000 km.

      Delete
  21. kalau pakai motor ni kena jaga - jaga dengan needle bearing kat engine. Dah kena dah dengan motor saya. melayang rm 700 sebab needle bearing rosak + shart untuk omboh makan tepi. needle bearing kena tukar selepas beli. lepas tu tiap - tiap 15000 kmh kena periksa needle bearing (RM 70) kalau motor bunyi kuat dan ada rasa gegar kat kaki. Itulah pengalaman saya setakat ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman. Saya dengar Y15ZR keluaran 2017 dah ditukar kepada Needle Bearing yang lebih baik, tapi masih kurang reliable. Kena cari Needle Bearing Made in Japan juga.

      Delete