Nuffnang Adv

Thursday 22 January 2015

Autism > Akta 685: AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008.


Assalamualaikum.

Entri kali ini adalah berkenaan hak-hak Orang Kurang Upaya, khasnya Autism menurut Undang-undang Malaysia. Tidak ramai yang sedar bahawa anak-anak OKU mereka mempunyai hak-hak istimewa dan dilindungi. Saya akan cuba mengemaskini entri ini dari masa ke semasa.



Berikut saya ringkaskan hak-hak anak Autism mengikut Undang-undang Malaysia, Akta 685, AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008.



Tarikh Perkenan Diraja: 9 Januari 2008.
Tarikh penyiaran dalam Warta: 24 Januari 2008.

Menurut Undang-undang Malaysia, Akta 685, AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008,

Tafsiran:


Seksyen 2:

"Kad OKU" ertinya kad yang dikeluarkan di bawah seksyen 25.

"orang kurang upaya" termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.

Pengeluaran Kad OKU:


Seksyen 25:

(1) Pendaftar hendaklah mengeluarkan Kad OKU kepada seseorang yang berdaftar sebagai orang kurang upaya.

(2) Kad OKU yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah, melainkan jika dibuktikan telah dibatalkan, menjadi keterangan muktamad bagi segala maksud bahawa orang itu telah didaftarkan dengan sewajarnya sebagai orang kurang upaya di bawah Akta ini.

(3) kad OKU hendaklah diserahkan kepada Pendaftar apabila seseorang terhenti menjadi orang kurang upaya.

Akses kepada pendidikan:


Seksyen 28:

(1) Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat.

## Baru-baru ini, selepas seminggu dua sesi persekolahan 2015 dibuka, ada ibu-bapa anak-anak AutismeTahun 1 mengeluh anak mereka dipaksa berhenti atau berpindah dari meneruskan persekolahan di sekolah-sekolah tertentu atas sebab kekurangan anak-anak ini.

(2) Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah, bagi membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan orang dan kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya.

(3) Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya mempelajari kemahiran hidup dan pembangunan sosial bagi memudahkan penyertaan penuh dan setara mereka dalam pendidikan termasuk yang berikut:

(a) untuk memudahkan pembelajaran Braille, akrip alternatif, kaedah augmentatif dan alternatif, cara dan format komunikasi dan kemahiran orientasi dan mobiliti, dan memudahkan sokongan rakan sebaya dan pementoran;

(b) untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia dan penggalakan identiti linguistik komuniti orang pekak; dan

(c) untuk memastikan bahawa pendidikan orang dan khususnya kanak-kanak, yang buta, pekak atau pekak-buta disampaikan dalam bahasa, kaedah dan cara komunikasi yang paling sesuai bagi individu, dan dalam persekitaran yang memaksimumkan pembangunan akademik dan sosial.


Akses kepada kesihatan:


Seksyen 35:

(1) Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk menikmati kesihatan atas asas kesetaraan dengan orang upaya.

(2) Majlis, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan orang kurang upaya mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan kesihatan, yang peka gender.

## Menurut Senarai Kemudahan dan Keistimewaan bagi Orang Kurang Upaya yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kerajaan telah bersetuju supaya semua golongan Orang Kurang Upaya yang berdaftar dengan JKM dikecualikan daripada bayaran rawatan perubatan di hospital kerajaan, tertakluk kepada syarat-syarat ditetapkan seperti memiliki Kad OKU, hanya Wad Kelas Tiga dan Warganegara Malaysia.







P/S: Nikmati Hibah Bulanan dan Bonus Mingguan dengan ARBA Network.

No comments:

Post a Comment