Nuffnang Adv

Showing posts with label Supermoto. Show all posts
Showing posts with label Supermoto. Show all posts

Friday, 8 February 2019

Motosikal > Honda CRF250L; Alat Ganti.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tujuan utama saya kongsikan senarai Alat Ganti jentera Honda CRF 250L di sini adalah untuk rujukan peribadi, saya tiada kompetensi untuk menceritakan lebih lanjut apa-apa masalah teknikal berkaitan jentera ini. Sekiranya perkongsian ini bermanfaat kepada anda, sila gunapakai apa-apa maklumat seadanya.

Sebahagian maklumat juga boleh dijadikan rujukan untuk jentera Honda CRF250M dan CRF250 Rally.



Honda CRF250L

Semua ilustrasi saya ambil dari Parts Catalogue Honda CRF250L 2012 - 2017.

Friday, 8 September 2017

Motosikal > Demak DTM 150.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya nak kongsikan sedikit informasi tentang jentera yang pernah saya miliki ini. Demak DTM 150.

Demak DTM 150 2011

Bermulanya saya berjinak-jinak dengan jentera Supermoto apabila pada tahun 2011 saya mengambil keputusan untuk kembali menunggang setelah terhenti tanpa rela pada tahun 2000 akibat kekangan tugas. Maka pada 2011, saya telah membeli sebuah Demak DTM 150 yang ketika itu agak hangat di pasaran. Sekitar penghujung tahun 2011 demam Supermoto melanda Malaysia. Pada tahun 2013, saya telah membeli sebuah Honda CRF250L yang masih digunakan sehingga kini. Walau bagai mana pun, Demak DTM 150 tetap dalam ingatan.

Wednesday, 15 February 2017

Motosikal > Bikers Event 2017.



You touch my bike....I kill you!!!

Bikers Event sepanjang tahun 2017. Harap dapat join sebanyak yang mungkin.

Thursday, 3 November 2016

Motosikal > Pilihan Tayar 110/70-17 dan 150/60-17.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Topik ni khas untuk rujukan peribadi, tapi boleh juga jadi rujukan tuan-tuan bagi yang berkenaan.

Sylvain Bidart, Luc1 Motorsport

Alkisahnya saya ni seorang Supermoto rider sejak 5 tahun lepas, jadi saya memang memerlukan tayar bersaiz 110/70-17 untuk tayar hadapan dan 150/60-17 untuk tayar belakang. Sekarang ni saya menggunakan rim 3.0" x 17" untuk tayar hadapan dan 4.25" x 17" untuk tayar belakang.

Tuesday, 22 September 2015

Motosikal > Yamaha Y15ZR.

Assalamualaikum.

Dah lama saya tak update blog ni. Kali ni nak bercerita tentang sesuatu yang bersarang dalam kepala sekarang ni. Yamaha Y15ZR. Cinta pandang pertama......he he he.....orang upgrade, saya downgrade!


Yamaha Y15ZR teaser.

Ok, siapa yang sedang membaca blog ini sekarang, ini bukanlah review Yamaha Y15ZR. Ini hanyalah sebuah preview sebelum saya membelinya. Nawaitu dulu.

Walaupun sejak 2013 dah ada Honda CRF250L yang di"convert" sepenuhnya menjadi sebuah Supermoto yang comel, tetapi kecintaan terhadap jentera-jentera underbone sejak dibangku sekolah tetap berkembang mekar. Kalau dah nama biker la kan......sentiasa je rambang mata.....Harley Davidson pun minat juga....ahhh...itu cerita lain.

Saturday, 24 January 2015

Motosikal > Pitsterpro LX450.


Senario permotoran di Malaysia dan peminat-peminat jentera Off Road dan Supermoto khasnya merasa sangat teruja apabila Pitsterpro (M)Sdn Bhd melancarkan model terbaru Pitsterpro LX450 pada 26 Ogos 2013 yang lalu. Jentera dengan enjin 449 cc ini mampu menjana sehingga 43.5 hp ditawarkan pada harga mampu milik, sekitar RM 22,123.43 atas jalan. Walau bagaimana pun, sikap berhati-hati rakyat Malaysia terhadap jentera model baru ini agak merencatkan jumlah jualan di seluruh Malaysia.


Pitsterpro LX450