Nuffnang Adv

Monday 12 January 2015

AzMi > Bermulanya episod baru.

Assalamualaikum.

Hari ini adalah hari pertama persekolahan, bermakna hari pertama persekolahan anak sulung kami, AzMi ke Tahun Satu di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz, SRIITIZ Bintulu. AzMi seorang Autistik.

Sebelum ini, AzMi telah dihantar belajar di sekolah PASTI Al-Mukminin untuk sesi 2013-2014, iaitu ketika usianya 5 dan 6 tahun. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Memang kami tidak berharap dia akan menjadi pelajar yang terbaik, tapi cukuplah untuk dia melihat dunia luar dan mengadaptasi dirinya dengan persekitaran secara normal. Terima kasih atas sokongan tenaga pengajar di PASTI seperti Ustazah Asmira, Ustazah Nur Hikmah, Ustazah Khairunnisa dan lain-lain.

Bersiap untuk ke sekolah (2014).



AzMi telah disahkan mengalami Autisme ketika berusia 4 tahun. Dia telah menjalani pemeriksaan pakar di Colombia Asia Hospital Bintulu, pemeriksaan susulan di Hospital Utama Bintulu dan mendapat kad OKU dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, JKM. Oleh kerana prasarana yang terhad untuk kanak-kanak seperti AzMi di sini, kami hanya mendapatkan segala informasi melalui atas talian, apa saja yang terpapar di alam maya, itu sajalah rujukan kami. Alhamdulillah, kami tidak punya banyak masalah menangani perlakuan AzMi sehari-hari.

Secara ringkasnya tidaklah susah menjaga AzMi ketika dia sihat. Dietnya hanyalah roti terutama roti Gardenia, sedikit nasi tanpa lauk, nugget dan sebagainya. Air sekadar air kopi, susu Dugro sebelum dia masuk tidur. Baru-baru ini, dia suka minum susu kotak Dutch Lady.

Antara habit AzMi sejak kecil adalah menghirup buih dari Nescafe Tarik.

Buih Nescafe Tarik memang dia punya.

Teman setia AzMi sejak kecil adalah seekor beruang lusuh yang diberi nama Dedek aka Buncit. Dedek sentiasa mengikuti ke mana sana AzMi pergi tanpa gagal.

AzMi dan Dedek.

Permainan hariannya ialah basikal yang disorongnya ke hulu ke hilir di dalam rumah. Belum pandai mengayuh seperti kanak-kanak normal yang lain.

Antara objek yang menarik perhatian AzMi.

Aktiviti wajib yang lain adalah menonton Dora the Explorer, Upin & Ipin dan Hagemaru.

AzMi jarang jatuh sakit, tetapi sekiranya dia diserang demam, ketika inilah kami terpaksa berjaga malam. Dia boleh diserang sawan sekiranya suhu badan menjadi terlalu tinggi. Selain itu, dia juga mengalami resdung yang ringan, hingus di waktu pagi.

AzMi dan adik-adik.

Sila klik di sini untuk melihat koleksi gambar-gambar AzMi bersama sesuatu yang sangat diminatinya, iaitu Tiang Lampu!

 AzMi and the Pole - The Series

Semoga AzMi berjaya menjadi seorang genius suatu hari nanti.

No comments:

Post a Comment