Nuffnang Adv

Tuesday, 4 April 2017

Motosikal > Blowpipe Run di Borneo.

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Hari ni nak share tentang Blowpipe Run atau singkatannya BR. Suatu misi idaman para rider seluruh Borneo dan semua yang pernah menunggang motosikal jarak jauh di rantau sebelah sini.


Blowpipe Run 1300 km Patch
Photo Credit: Blowpipe Run Graduates Facebook Page


Apa itu BR? BR adalah satu event di mana kita menunggang motosikal mengikut kategori tertentu sama ada secara solo atau berkumpulan, dari Cat Statue di Kuching ke Marlin Statue di Kota Kinabalu atau sebaliknya, mesti bertolak dan sampai ke destinasi dalam masa 24 jam pada haribulan kalendar yang sama.