Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Post ini saya tujukan khas buat sahabat saya, abam Naza yg hitam manis. Takde hujan takde ribut, tiba-tiba saja beliau membeli sebuah motor besar. Besarrrrrr!!! Jadi post ini sedikit-sebanyak dapat membantu meracuni rakan-rakan lain yang masih di atas pagar untuk memiliki jentera yang hebat ini.
Sebelum tu, kita intro dulu.....
Beberapa tahun kebelakangan ni jentera-jentera Adventure semakin mendapat tempat dikalangan rider yang seleranya agak besar. Yelah, dah puas main kapcai, mungkin juga nak upgrade dari RX-Z, FZ-150i dan sebagainya.
2017 Benelli TRK 502 Photo Credit: https://pandulaju.com.my |
Di kalangan abang besar, jentera-jentera orang kaya seperti BMW R1200GS, Ducati Multistrada, Suzuki V-Strom 1000, Honda Africa Twin dan sebagainya adalah pilihan yang popular. Namun bagi mereka yang kurang berada, KTNS RS3 menjadi pilihan, sebuah jentera Adventure 250 cc yang boleh tahan juga prestasinya. Baru-baru ini, satu fenomena baru pula melanda peminat-peminat jentera Adventure, dengan masuknya jentera Benelli TRK 502 ke pasaran Malaysia. Berapa cc? 499.6 cc bro! Dah kategori motor abang besar, dengan bangganya boleh parking sebelah GS.
Benelli TRK 502, cantik?
2017 Benelli TRK 502 Photo Credit: http://www.automotonews.com |
2017 Benelli TRK 502 Photo Credit: http://www.automotonews.com |
2017 Benelli TRK 502 Photo Credit: http://www.automotonews.com |
Memang cantik! Bukan saja cantik, ianya praktikal juga. Kalau pergi Bike Week gerenti tak kena halau dengan encik Rela....he he he.....Pemilik-pemilik KTN RS3 mesti goyang kan? Bukan goyang apa......goyang nak up grade!
2017 Benelli TRK 502 Photo Credit: https://www.avonmotorcycles.co.uk |
Jangan pandang gambar di atas lama-lama, demam nanti!
Benelli adalah jenama kelahiran Italy. Bukan jenama baru, ia antara jenama tertua di Italy. Mula bertapak sejak tahun 1911 di Pesaro, Italy. Setelah melalui sejarah yang panjang, Benelli kini bernaung di bawah Qianjiang Group, sebuah gergasi permotoran dua roda dari China. Walau bagaimana pun, Benelli masih mengekalkan ciri-ciri Italian yang asal. Jadi terpulang kepada anda semua, nak tengok Benelli ni sebagai Italian atau Chinese.
Harga? Sekitar RM 30,000 - 35,000. Good bargain.
Rival terdekat Benelli TRK 502 setakat ni adalah Honda CB500X. Walau jenama Honda terkenal dengan jangkahayatnya yang panjang dan ketahanan fizikalnya, tapi Benelli lebih Best Buy untuk mereka yang tight budget. Mana taknya, dengan harga yang sama, Benelli boleh dapat siap dengan bermacam-macam aksesori, Honda dapat body kosong saja, fork pun pakai telescopic.
Spesifikasi Benelli TRK 502.
Benelli TRK 502 Specifications Photo Credit: https://www.xbhp.com |
TYPE: In-line 2 Cylinders, 4 Stroke, Liquid cooled, 4 Valves, DOHC.
DISPLACEMENT: 499.6 cc.
BORE x STROKE: 69 x 66.8 mm.
COMPRESSION RATIO: 11.5 : 1.
RATED OUTPUT: 35 kW (47.6 hp) @ 8500 rpm.
MAXIMUM TORQUE: 45 Nm @ 4500 rpm.
FUEL SUPPLY: Electronic Fuel Injection with 37 mm Throttle Body.
Enjin Benelli TRK 502 mempunyai binaan enjin yang sama dengan Honda CB500X. Tetapi dengan enjin DOHC 8 Valves 471 cc, EFi dan throttle body 34 mm, Honda CB500X menghasilkan 35 kW (46.9 hp) @ 8500 rpm, maximum torque 43 Nm (31.7 lb.ft) @ 7000 rpm.
Dengan kuasa dan torque yang sama antara Benelli TRK 502 dan Honda CB500X, apa yang membezakan mereka berdua? Jawapannya adalah Power to Weight Ratio. Berat TRK 502 adalah 210 kg manakala CB500X hanya 196 kg. Berat tanpa Panniers. Berat Honda CB500X boleh diturunkan lagi kerana berdasarkan pengalaman saya dengan Honda, berat muffler original dia saja mungkin lebih 10 kg. Lagipun banyak bolt-on aftermarket parts untuk Honda ada di pasaran.
2017 Benelli TRK 502 Engine Photo Credit: http://www.motorkari.cz |
EXHAUST SYSTEM: With Catalytic Converter and Oxygen Sensors.
Manifold dan mid-pipe dia stainless steel, so tinggal tukar muffler je. Tengok kat bawah sekali tu, banyak aftermarket muffler dah ada di pasaran. Pasaran China la tapi.....
CLUTCH: Wet Clutch.
Tak tahulah susah ke senang nak dapat Friction Clutch jentera ni. Kalau saya, memang simpan stock spareparts awal-awal.
GEAR BOX: 6 Speeds.
Sedap ni untuk jalan jauh.
FINAL DRIVE: Chain drive.
Rantai original dah rosak nanti boleh tukar Regina Gold......fuhhhh......motor Italian mesti pakai rantai dari Italy juga.
FRAME: Trestle in Steel Tubes.
Frame jenis Trellis menampakkan karektor Italian pada jentera ni. Tinggal cat merah je pada frame tu untuk menyerlahkannya lagi ke"Italian"nya.
2017 Benelli TRK 502 Frame Photo Credit: https://riders.drivemag.com |
FRONT SUSPENSION: Adjustable Upside Down Forks 50 mm ∅.
USD Fork memang menjadi kemestian kepada jentera-jentera moden. Lebih ekslusif kalau dia bagi gold colour. Tunggu Special Edition kot.
FRONT SUSPENSION STROKE: 145 mm.
REAR SUSPENSION: Rear Swing Arm with central shock absorber spring preload adjustable.
REAR SHOCK ABSORBER STROKE: 45 mm.
FRONT BRAKE: Twin Floating Disc 320 mm ∅ with 4 pistons caliper and ABS.
2017 Benelli TRK 502 Front Brake System Photo Credit: http://www.bikesrepublic.com |
Twin Disc tuuuuu.....saya suka!
REAR BRAKE: Single Disc 260 mm ∅ with double pistons caliper and ABS.
FRONT RIM TYPE: Aluminum alloy (optional Aluminum spoked rim)
FRONT RIM DIMENSION: 17" x MT 3.5" DOT (optional 19" x 3.0").
REAR RIM TYPE: Aluminum alloy (optional Aluminum spoked rim).
REAR RIM DIMENSION: 17" x MT 4.5" DOT (optional 17" x 4.25").
FRONT TYRE: 120/70-ZR17 (optional 110/80-R19).
Tekanan angin: 220 kpa.
REAR TYRE: 160/60-ZR17 (optional 150/70-R17).
Tekanan angin: 250 kpa.
LENGTH: 2180 mm (2211 mm).
WIDTH EXCLUDING MIRRORS: 912 mm.
HEIGHT EXCLUDING MIRRORS: 1465 mm (1495 mm).
PILOT SEAT HEIGHT: 815 mm.
WHEELBASE: 1535 mm.
Wheelbase Honda CB500X adalah 1421 mm. Jauh juga jarak dia.
GROUND CLEARANCE: 230 mm (240 mm).
UNLADEN WEIGHT: 210 kg.
Berat jentera ni yang jadi highlight kepada para reviewer. Kiranya berat tak sepadan dengan kuasa yang dihasilkan dari enjin.
CURB WEIGHT: 235 kg.
USABLE TANK VOLUME: 20 Liter.
Masih menunggu maklumat dari pengguna TRK 502. sebagai rujukan, Honda CB500X ABS boleh dapat sekitar 26 - 27 km/liter.
Di dalam User Manual TRK 502 ada dinyatakan FC jentera ini adalah 3.9 l/100 km atau 25.6 km/liter. Jadi setangki penuh boleh pergi sejauh 512 km.
RESERVE: 3 Liter.
Kalau FC 20 km/liter, reserve light blinking boleh jalan lagi 60 km dalam keadaan susah hati.
Perbandingan Sekilas Pandang:
Ini bukan perbandingan apple to apple, sekadar nak membayangkan kalau mereka jalan beriringan, tidak jauh bezanya dari segi penampilan.
2013 BMW R1200GS SW-Motech Photo Credit: https://ultimatemotorcycling.com |
BMW R1200GS tak perlu diperkenalkan lagi. Bapa segala Adventure Bike. Bagi mereka yang mampu memiliki jentera ini, harap tidak memperkecilkan mereka-mereka yang kurang bernasib baik. Teruskan menjadi idola!
2017 Honda CB500X Photo Credit: http://www.hondaprokevin.com |
Penampilan CB500X agak minimalist. Kurang wow factor berbanding TRK 502. Tapi ianya sebuah Honda, hard to kill.
2017 Benelli TRK 502 Photo Credit: https://ultimatemotorcycling.com |
2018 Benelli TRK 251 Photo Credit: https://www.drivespark.com |
Semasa blog ini ditulis, Benelli TRK 251 baru saja muncul di internet. Untuk maklumat awal, boleh rujuk di sini: https://www.drivespark.com/auto-shows/milan/2017/benelli-trk-251-revealed-at-eicma-024117.html.
2016 KTNS RS3 Photo Credit: http://jbblog.fastlinxs.com |
2010 BMW R1200GS Adventure Photo Credit: https://www.totalmotorcycle.com |
2017 Honda CB500X Photo Credit: http://www.hondaprokevin.com |
2017 Benelli TRK 502 Photo Credit: https://ultimatemotorcycling.com |
2018 Benelli TRK 251 Photo Credit: https://www.drivespark.com |
2016 KTNS RS3 Photo Credit: http://jbblog.fastlinxs.com |
2013 BMW R1200GS SW-Motech Photo Credit: https://ultimatemotorcycling.com |
2017 Benelli TRK 502 Photo Credit: https://ultimatemotorcycling.com |
2018 Benelli TRK 251 Photo Credit: https://www.drivespark.com |
2016 KTNS RS3 Photo Credit: http://jbblog.fastlinxs.com |
Review:
03/04/2017 Paul Tan; Benelli Malaysia Range Adds TRK 502 Dual Purpose from RM 30621 and 302R Sports at RM 23201.
05/04/2017 Bikes Republic; First Impression: New Benelli TRK 502 Adventure Bike.
23/04/2017 Motorcycle News; Benelli TRK 502 First Ride.
08/05/2017 Motocycle News; Benelli TRK 502 (2017-on) Review.
Maintenance:
SPARK PLUG: NGK CR8E.
Tukaran Spark Plug yang disyorkan Benelli adalah setiap 13000 km. Jentera ni 2 cylinder, jadi Spark Plug pun 2 bijilah ya!
ENGINE OIL: 3.0 Liter without Oil Filter change, 3.2 Liter with Oil Filter Change.
Tukaran minyak enjin yang disyorkan oleh Benelli adalah pada 1000 km pertama, disusuli dengan tukaran seterusnya setiap 6000 km.
OIL FILTER:
Tukaran Oil Filter yang disyorkan oleh Benelli adalah setiap kali membuat penukaran minyak enjin. Setiap 6000 km, taklah teruk sangat.
FUEL FILTER:
Tukaran Fuel Filter yang disyorkan oleh Benelli adalah setiap 13000 km.
COOLANT: 2.4 Liter untuk keseluruhan system, 0.3 Liter isi Tangki Simpanan.
Tukaran Cecair Coolant adalah pada setiap 13000 km atau 2 tahun yang mana terdahulu.
AIR FILTER: Sponge Filtering Element.
BRAKE FLUID: DOT 4.
BATTERY: YTX9-BS, 12 V 8AH.
HEADLIGHT BULB: H7, 55 W.
FUSES:
Main Fuse: 40 A.
Light Fuse: 15 A.
Signal System Fuse: 7.5 A
Ignition Fuse: 10 A.
Parking Light Fuse: 7.5 A.
Radiator Fan Motor Fuse: 15 A.
Fuel Injection System Fuse: 15 A.
ABS Motor Fuse: 40 A.
VALVES CLEARANCE:
Periksa dan tala semula Valves Clearance setiap 22000 km.
Aksesori:
Exhaust System.
Akrapovic Photo Credit: https://www.aliexpress.com |
Akrapovic Photo Credit: https://www.aliexpress.com |
TRK 502 Photo Credit: https://www.aliexpress.com |
So, macam mana? Jadi beli? ;p
Heard about the new TVS 2018?
ReplyDelete2018 TVS Apache RR 310 launched – from 0-100km/h in just 2.9 seconds!
https://imotorbike.my/news/2017/12/2018-tvs-apache-rr-310-launched-from-0-100kmh-in-just-2-9-seconds
We do not have this brand entering Malaysia. But if this bike brought in, for sure selling like hot cakes. Nice design!
Deletebest blog ni!
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi bertandang!
DeleteSteady la abam punya review...😁😁😁
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah!
Deletebest review abg..xbyk sgt review trk 502 mcmni..mmg trk 502 first list skrg..tnggu masa nk g kedai..hehe
ReplyDeleteAgak2 gaji 2500 larat tak nak bela motor nie?? Akan datng nak jarak perjalanan ulang alik keje hampir 200km.tj karang ke pj..
ReplyDeleteKlau motor bru,sng nk jg...bajet kena pndai2 le...smpai time servis, ada bajet. Servis ikut ms yg direkomen pngeluar, insya-Allah x byk meragam. Ini pun motor idamn bila nk upgrade sym vts200 nnti...(org tg.krg juga ni).
DeleteOwner sejak november 2017. Memang best
ReplyDeleteOwnrr sejak NOv 2017...sepanjang bro guna TRK 502 nie.. Ada problem apa2 x.?
ReplyDeleteCun... Bebaloi ni.. Ushar2 gak..huhuhu menabong..dlu.. Tq bro info..
ReplyDeleteAbs menyala X padam,Ada Cara pnyelesaian X selain ke pusat servis
ReplyDeleteBoleh try reset ECU...Step by step cara dia ada kat youtube... Selain tu boleh check ABS sensor in case sensor dia buat hal(kotor,gap berubah/longgar boleh try adjust & ketatkan balik atau sensor bergesel ngan disc...)
DeleteBerbalaoi tak trk502
ReplyDelete..kalau nak compare cb500x
Terima kasih ats review bos memang terbaik byk gak ilmu dpt tentang motor ni maklumlah saya jugak baru ambik motor jadi segala ilmu yg bos bg saya guna pakai...terima kasih memang terbaik bos
ReplyDeleteInfo 👍... cuma selitkan sedikit kesesuaian ketinggian utk rider... bleh dijadikan rujukan...
ReplyDeleteBlog ni terbaek.. cuma poket belum mengizinkan. Kaki plak kene gaot.. tak leh nak songket pedal gear..😭😭
ReplyDeleteStarter motor ni kalau t9ak tendang rosak ke, sebab motor saya kalau stat bunyi macam starter motor tak tandang. Apa yang patut saya buat ya, bagi cadangan. Tq
ReplyDeleteKalau tukar ejos kena buat fid Tak. Ke sama saya result dgn ejos Ori.
ReplyDeleteadmin tak reply ..banyak yg tanya tu
ReplyDelete