Nuffnang Adv

Friday, 6 October 2017

Automotif > Toyota Innova 2.0G "MyCrysta" Ep. 1.

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Bagi yang pertama kali singgah ke blog ini, suka diingatkan, ini bukanlah blog automotif. Hanya blog peribadi untuk rujukan sendiri, tapi boleh juga dijadikan rujukan untuk semua.

Review ini tidak mewakili puji-pujian ke atas jenama Toyota, tetapi lebih kepada pandangan seorang pengguna. Saya baru saja membeli sebuah Toyota Innova 2.0G, model Innova Generasi ke 2. Toyota pertama saya.

Penceritaan dalam blog ini berdasarkan apa yang ditunjukkan dalam brochure rasmi Toyota Malaysia dan pengalaman pemanduan dalam tempoh Engine Break-in. Kebanyakan gambar-gambar saya ambil dari website Toyota Malaysia, sebahagiannya lain saya ambil dari luar negara, disusuli dengan gambar sebenar Innova saya yang diberi nama MyCrysta.

Saya memilih untuk membeli sebuah Innova 2.0G dengan full specification, kecuali Safety Tint dan Solar Film (windows tint) saya buat di luar.

ALL-NEW INNOVA. PRESTIGE PERFECTED. ASEAN NCAP GRAND PRIX AWARD 2016. Best Child Occupant Protection for MPV Category. Itu katanya di muka hadapan brochure. Mari kita tengok apa ada dengan Innova 2.0G ni.


Toyota Innova 2017


Toyota Innova 2017

Bentuk lampu belakang tu dipanggil Horizontal Boomerang-shaped Tail Lamp Cluster. Tapi saya tak berapa suka, sorry. Seram tengok part plastic timbul macam tu.

Rupa luaran masih nampak basic. Saya kena buat sesuatu untuk menampakkan kelainan. Mungkin kena pasang bodykit yang sesuai. Alphard dan Vellfire datang dengan bodykit yang cantik, Poor Man's Alphard ni datang macam tu je, kereta uncle-uncle......ha ha ha......


ENGINE:


Toyota Innova 2.0G 1TR-FE Dual VVT Engine

Model: 1TR-FE.
Type: 4-Cylinder In Line, 16 Valves, DOHC with DVVT-I
Displacement (Bore x Stroke): 1,998 (86.0 x 86.0)
Max. Output (SAE-Net): 102 kW (139 PS) / 5600 rpm
Max. Torque (SAE-Net): 183 Nm / 4,000 rpm

1TR-FE mula diperkenalkan pada tahun 2004 dengan 136 hp @ 5600 rpm. Kini 1TR-FE datang dengan kuasa dipertingkat iaitu 139 hp @ 5600 rpm.

Engine Innova ni sejak 1st Generation lagi bunyi dia macam kapal terbang. Memang bising. Nasib acoustic insulation agak bagus, dari dalam tak dengar.

Bagi menjawab persoalan kenapa Innova tak pakai je enjin Toyota Altis atau Camry 2.0 yang lebih senyap, jawapannya adalah....enjin 1TR-FE dibuat khas untuk kereta yang menggunakan pacuan roda belakang. Jadi kipas besar tu yang bunyi macam kapal terbang.

Selain Innova, enjin 1TR-FE ini digunakan juga oleh Toyota Hiace dan Hilux.


TRANSMISSION:

Type: 6-Speed Automatic with Sequential Shifter.


Toyota Innova 6 Speed AT Transmission
Photo Credit: https://toyota.com.my

Saya tak biasa bawa Innnova, feel di bila operate Gear Toggle ni macam seram-seram sikit. Lama-lama nanti biasalah kot.

Mileage dah lebih 2000 km setakat ni, tapi masih belum expert menggunakan function D-S tu.

Untuk info, Innova 2.0 2015 menggunakan transmisi Automatic 4 Speed with ECT dan 5 speed manual.


CHASSIS:

Tyres and Rims: 205 / 65R16.

Toyota Innova 2.0G dan 2.0E dilengkapi dengan tayar bersaiz 205/65R16, manakala Toyota Innova 2.0X dilengkapi tayar bersaiz 215/55/17.

Kalau Innova 2.0X dibekalkan dengan rim 17", bermakna rim 16" ni belum cukup ekslusif la. Tunggu habis warranty nanti tukar.

Jadual di bawah adalah perbandingan antara tayar 205/65R17 (Innova 2.0G & 2.0E) vs 215/55R17 (Innova 2.0X).



Tire Comparison
Photo Credit: https://tiresize.com


Tire Size Comparison Visualizer
Photo Credit: https://tiresize.com

Jadual di bawah adalah saiz tayar paling hampir sekiranya saya ingin menukar rim lebih lebar tetapi mengekalkan lebar permukaan tayar.


Tire Comparison
Photo Credit: https://tiresize.com


Tire Size Comparison Visualizer
Photo Credit: https://tiresize.com

Berikut adalah maklumat terperinci rim yang digunakan untuk Innova 2.0G:

Rim:    6 JJ x 16 ET50 (positive offset 50 mm).
PCD:   5 x 114.3.
Center Bore: 60.1 mm.
Wheel Fasteners: Lug Nuts.
Thread Size: M12 x 1.5 mm.


Suspension:


Toyota Innova Suspension
Photo Credit: https://toyota.com.my

Sebuah Suspension System yang baru telah dipasang untuk pemanduan lebih selesa. Double Wishbone (hadapan) dan 4-link Suspension (belakang) bekerja bersama untuk memberi pengalaman lebih lancer di atas jalanraya, dengan fungsi tahan hentakan tambahan pada kelajuan sederhana dan tinggi. Suspensi belakang juga dipertingkat dengan penyerap hentak lebih besar.


MEASUREMENT:

Weight kerb / gross: 1720 kg / 2360 kg
Dimensions: Lihat gambarajah.

Toyota Innova 2016 vs Innova 2015
Photo Credit: https://www.oto.com

Toyota Innova 2016 lebih panjang, lebih lebar dan lebih tinggi dari model sebelumnya. Lebih sikit je......

Fuel Capacity: 55 litre

Kalau Fuel Consumption (FC) dapat 10 km / liter, maknanya 55 liter boleh pergi sejauh 550 km. Tapi lepas isi minyak penuh hari tu, Distance Range yang ditunjukkan pada panel meter cuma 353 km saja. Saya akan update FC bila saya buat perjalanan jauh nanti.


EXTERIOR FEATURES:

Headlamps: Halogen Multi-reflector (with Auto On / Off and Follow Me Home Function) and manual leveling.


Toyota Innova Automatic Halogen Multi-Reflector Headlamps with DRL and Follow Me Home Function
Photo Credit: https://toyota.com.my

Innova 2.0G saya ada auto function, pakai sensor. Bila cuaca gelap automatic lampu hidup sendiri.


Daytime Running Lights: With bulb type.

Aisehhh.....kalau pakai LED baru nampak up-to-date....apa boleh buat....Poor Man's Alphard. Kalau ada rezeki lebih nanti boleh tukar lampu Innova 2.0X, dia pakai Projector Light.


Fog Lamps Front / Rear: With.

Fog Light boleh dihidupkan depan sahaja, atau depan dan belakang sekali. Fog Light belakang ada satu saja, sebelah kanan. yang sebelah kiri tu Back-up Light aka lampu undur.


Radiator Grille: Chrome with Silver and Black Paint.

Radiator Grille ni pada saya, tak berapa menarik. Nantilah, akan difikirkan sesuatu yang lebih kreatif.


Wing Mirrors: Power adjustable & Retractable with Turn Signal & Puddle Lamp.


Toyota Innova Power Retractable Wing Mirror and Puddle Lamps
Photo Credit: https://toyota.com.my

Side mirror lipat-lipat ni lebih kepada kemewahan. Tak ada pun tak apa kot......he he he....selalu terlupa nak lipat Side Mirror masa parking.


Door Handles: Chrome.

Door Handles dirasakan lebih rigid. Maklumlah, selama-samanya pakai Proton Saga, yang kesemua Door Handle dah ditukar satu persatu sebab patah.


Rear Spoiler: With  LED High Mount Stop Lamp.

Rear Spoiler ni, nice. Bagus juga dia pasang as standard. Like it!


Wipers Front / Rear: Intermittent with Time Adjustable & Mist.

So far sangat berpuashati dengan performance wiper ni.


Shark Fin Antenna:

Dulu-dulu, kalau sebut Shark Fin Antenna, mesti terbayang kereta BMW. Sekarang banyak kereta dah pakai antenna jenis ni.


INTERIOR FEATURES:

Meter Panel: Optitron with Illumination Control and Multi-information Display (MID) with 4.2" TFT.


Toyota Innova 2.0G Optitron Meter
Photo Credit: https://toyota.com.my

Dah main-main dengan features yang ada dalam bacaan meter ni. So far ok. kena biasakan diri dulu. Banyak info untuk dibaca.


Instrument Panel: Wood and Silver Trim.


Toyota Innova 2.0 Instrument Panel
Photo Credit: https://toyota.com.my

Innova 2.0G didekorasikan dengan trim perak dan kayu untuk sentuhan kemewahan moden.

Audio System: CD Player with Tuner, MP3, AUX-Jack, USB & Bluetooth and 6 Speakers. Ini Audio System standard, saya dah upgrade ke DVD-AVN.




Audio System Upgrade 1: DVD-AVX System (Audio Video Auxilliary) with Reverse Camera.



Toyota Innova DVD-AVX

DVD Player with 8" Capacitive Touch Screen, Smartphone Connectivity, Wifi, Internet Browser, Voice Recognition, HDMI, USB, Bluetooth & Reverse Camera with Guide Lines.

Harga untuk package ini adalah RM 2109.40 termasuk GST.


Audio System Upgrade 2: DVD-AVN System (Audio Video Navigation) with Reverse Camera.


Toyota Innova DVD-AVN
Photo Credit: https://toyota.com.my


DVD Player with 8" Capacitive Touch Screen, Smartphone Connectivity, Wifi, Internet Browser, Voice Recognition, HDMI, USB, Bluetooth, Navigation & Reverse Camera with Guide Lines.

Saya pilih package ini sebab Navigation Function. Saya adalah pengguna tegar Google Maps, leceh juga kalau setiap kali nak kena gantung handphone dalam kereta.

Setakat ni sangat berpuashati dengan ketepatan Navigator ni. Cuma ada beberapa tempat baru dia belum cover, contohnya Matang Metrocity di Kuching, langsung tiada dalam peta navigasi.

Harga untuk package ini adalah RM 3169.40 termasuk GST.


Air-conditioning: Automatic Front and Rear.


Toyota Innova 2.0 Air-conditioning
Photo Credit: https://toyota.com.my

Angin dari Air Blower agak bising dalam kelajuan tinggi. So just guna Fan Speed 1 - 3 just nice. Performance sistem penghawa dingin pun bagus.


Steering Wheel: 3-spoke Leather Wrapped with Wood and Silver Trim, Tilt and Telescopic Adjustable. Equipped with Audio, MID, Bluetooth Hands-free Switches.

Steering Wheel yang dibalut kemas dengan kulit dengan bermacam-macam button memang lain macam rasa dia. Tilt and Telescopic Adjustable memberikan keselesaan yang maksima.


Smart Entry and Start System:


Toyota Innova Smart Entry and Start System
Photo Credit: https://toyota.com.my

Mula-mula memang kekok pakai Smart entry dan Start System ni. Seumur hidup tekan Remote Control, tiba-tiba masuk dalam kereta lenggang kangkung, agak pelik la.

Nak start engine, tekan Brake Paddle, tekan ENGINE START button sekali saja. Nak matikan engine, tekan button tu juga.


Power Windows: Auto Up / Down with Jam Protection for All Windows.


Toyota Innova Power Window
Photo Credit: https://toyota.com.my

Untuk keselamatan anak-anak, saya lock semua Power Window.


Sun Visor:

Sun Visor dia dua-dua ada cermin siap lid. Bila buka lid, ada lampu menyala.


Drive Mode:


Toyota Innova Drive Mode Switch
Photo Credit: https://toyota.com.my


Terdapat 3 Drive Modes iaitu Normal untuk kegunaan harian, ECO untuk penjimatan bahanapi maksima dan juga Power untuk kuasa pecutan tambahan bagi pemanduan lebih menarik.


Gear Knob: Leather Wrapped with Silver Ornament.

Gear Knob ok, nampak menarik.


Accessory Power Outlet: 12 V x 2 no's.

Bagus ni pakai charge handphone.


Assist Grip: Roof x 6.

Kami semua pendek-pendek belaka, tak terpegang kot Assist Grip ni. Tapi ada hook untuk gantung barang.


Door Trim: Fabric Wrapped with Silver & Piano Black Finish.

Fabric Wrapped ni agak pelik rupa dia. Much better kalau dorang guna Leather Wrapped, confident sikit.


Seats: Spacious 8-seater and Versatile Seating Arrangement.


Toyota Innova Spacious 8-seater and Versatile Seating Arrangement
Photo Credit: https://toyota.com.my


Innova Model 2.0 E & G untuk pasaran Malaysia cuma diberi Fabric material. Hanya Innova 2.oX saja dapat Leather Seat, tapi 2nd Row dapat Captain Seat.

Driver Seat dipasang 6-way Manual Adjustable manakala Front Passanger Seat pula dipasang 4 -way Manual Adjustable.

2nd Row Seat dipasang dengan 60:40 Split Fold, One Touch Tumble dengan 3 Headrests. Armrest dengan Cup holder. Terdapat juga Seat Back Table dan 12 V Power Socket untuk kegunaan penumpang 2nd Row.


Toyota Innova 2nd Row Seat Back Table

3rd Row pula dipasang dengan 50:50 Split Fold, One Touch Tumble dengan 3 Headrests.


Storage Compartment: A Storage Compartment That Fit's All.

"Punca sebenar" saya terpaksa beli MPV adalah keperluan storage compartment. Anak dah 4 orang. Perjalanan pulang ke kampung pula sejauh 600 km. Dah berbulu telinga dengar dorang bergaduh. 3rd Row mungkin pakai 1 seat saja kot.

Plan asal nak beli SUV atau Crossover, tapi sayang pula duit nak belanja sampai dekat RM 200k. Kalau RM 160k baru dapat basic model. Untuk Innova ni, belanja RM 130k dah dapat Full Specification, Poor Man's Alphard.


Storage: Center Console Box with Soft Lid, Lower Glove Box with Lock and Damper, Upper Glove Box with Cooler, Sunglass Holder, Front Seat Back Pockets with Foldable Seatback Table & Shopping Hook and Cup Holders.



Toyota Innova Multiple Storage Spaces
Photo Credit: https://toyota.com.my


Toyota Innova 2.0 Cool Box
Photo Credit: https://toyota.com.my

Box atas dilengkapi system penyejukan untuk memastikan minuman disimpan sejuk sepanjang perjalanan. Dia pakai system Aircond untuk cooling function. Ada lid dalam tu untuk blow cool air ke dalam compartment..


Lamps: Roof Ambient Lighting, Personal Front / Rear, Dome Lamp, Luggage Room and Ignition Key / Push Start Button.


Toyota Innova LED Ambient Lighting
Photo Credit: https://toyota.com.my

Cool. Salah satu sudut yang menampakkan ciri-ciri mewah. Tahap pencahayaan boleh dilaras ikut sesedap mata memandang.


Engine Compartment and Cabin Insulation:


Toyota Innova Acoustic Insulation
Photo Credit: https://toyota.com.my

So far agak senyap la, tapi tak 100 %. Ada juga dengar sikit-sikit angin luar sip-in.


Easy Closer Back Door:


Toyota Innova 2.0 Easy Closer Back Door
Photo Credit: https://toyota.com.my

Tiada lagi kereta bergegar sewaktu menutup bonnet belakang. tarik saja sampai bawah, ada mekanisma automatic yang akan merapatkannya dengan penuh sopan-santun. Tarik saja pintu sampai bawah, lepas tu dia tutup sendiri. Tapi berat juga pintu dia. Belakang pintu tu mungkin kena pasang sedikit aksesori supaya permukaan cat Super White II saya tidak berdaki.


SAFETY:


ACTIVE SAFETY:

Anti-lock Brake System (ABS): With Electronic Brake-force Distribution:


Toyota Innova 2.0 ABS and EBD
Photo Credit: https://toyota.com.my

Sistem ABS dapat mengelakkan tayar dari terkunci semasa membrek untuk pemberhentian yang lebih stabil terutama di jalanraya yang licin.


Vehicle Stability Control (VSC) with Brake Assist and Traction Control (TRC):

Toyota Innova Vehicle Stability Control (VSC) with Brake Assist (BA)
Photo Credit: https://toyota.com.my

Vehicle Stability Control (VSC) mengelakkan kereta terpusing ketika melakukan brek kecemasan dengan mengawal kekuatan cengkaman brek setiap tayar secara individual. Traction Control (TRC) System boleh dimatikan bila perlu contohnya ketika tersekat di dalam selut.

Brake Assist membantu memberikan lebih kuasa membrek ketika brake ditekan secara tiba-tiba.


Hill Start Assist Control (HAC):


Toyota Innova Hill-start Assist Control (HAC)
Photo Credit: https://toyota.com.my


Emergency Stop Signal (ESS):

Dalam keadaan kecemasan selepas brake ditekan dengan kuat, Hazard Light akan menyala secara automatic.


Parking Sensor: Front and Rear:

Feature ini memang agak berguna sebab parking space di kediaman saya agak sempit. Kereta sebelah adalah sebuah Toyota Land Cruiser dengan Off Road set up yang teramatlah besarnya.


PASIVE SAFETY:

SRS Airbags: 7 no's (Driver, Front Passenger, Side, Curtain and Driver's Knee).


Toyota Innova 2.0 SRS Airbags
Photo Credit: https://toyota.com.my


Impact Absorbing Body and Frame Structure:


Toyota Innova Impact Absorbing Body and Frame Structure
Photo Credit: https://toyota.com.my


Seatbelt: 3-point ELR x 2 with Pretensioner and Force Limiter untuk Tempat Duduk Hadapan dan 3-point ELR x 3 untuk Tempat Duduk Row ke 2 dan 3.

Seat belt driver dan passenger hadapan ada alarm, so wife saya yang tak suka pakai seat belt kenalah pakai.......ha ha ha........


Height Adjustable Seatbelt Anchor:

Belum faham lagi system ni berfungsi macam mana.


ISOFIX (Child Restraint System):


Toyota Innova ISOFIX with Tether Anchor
Photo Credit: https://toyota.com.my

Anak saya dah dah pakai Child Seat, so function ni tak pakailah kot.


ASEAN NCAP Award:


Toyota Innova ASEAN NCAP Award
Photo Credit: https://toyota.com.my

Toyota Innova mendapat peniktirafan ASEAN NCAP Grand Prix Award 2016 Best Child Occupant Protection for MPV Category.


SECURITY:

Alarm System: 2 Remote Control Keys, Immobilizer, Siren with Back-up Battery, Ultrasonic Sensor, Glass Break Sensor, Double Locking and Speed Auto Door Lock.

Remote Control Keys dia mmg menarik. Dah disarungkan dengan Silicone Cover, hitam untuk saya, merah untuk wife.


Aksesori Pilihan:

Toyota Premium Security & Solar Film:


Toyota Innova with Toyota Premium Security & Solar Film
Photo Credit: https://toyota.com.my

Stock Innova yang saya dapat tiada dipasang dengan package ini, malas nak tunggu stock baru, ambil sajalah. Lagi pun tak berapa confident dengan function Premium Security tu, adakah selamat di waktu kecemasan bila kita perlu memecahkan cermin?

Harga untuk package ni adalah RM 2109.40 termasuk GST.


Toyota Essential Solar Film:

Harga untuk package ni adalah RM 1166.00 termasuk GST.


Piawaian Cermin Gelap di Malaysia:

Sedikit info tentang tinted, jenis-jenis tinted diukur menggunakan peratusan Visible Light Transmission (VLT). Bermula 1 Januari 2018, semua kenderaan baru yang didaftarkan perlu mematuhi piawaian yang ditetapkan iaitu mengikut MS2669.


Piawaian Cermin Gelap di Malaysia
Photo Credit: www.carlist.com


Pilihan Warna:

Warna yang ditawarkan oleh Toyota Malaysia adalah:

Super White II (040)
Silver Metallic (1D4)
Medium Silver Metallic (1F8)
Grey Metallic (1G3)
Attitude Black (218)
Avant-garde Bronze Metallic (4V8)

Saya memilih warna Super White II (040) atas factor ia lebih menyerlah, terutama sekali jika dipadankan dengan aksesori yang betul seperti Bodykit Ativus, rim dan tayar lebih lebar dan sebagainya.



Anggaran Harga:


Toyota Innova 2017


Pautan:

5 Disember 2016; New Toyota Innova Launched in Malaysia - paultan.org

20 Disember 2016; Toyota Innova - The Poor Man's Alphard - www.carlist.my


AKSESORI:

Kereta dah ada dalam tangan, langkah selanjutnya adalah mencari aksesori untuk memberi kelainan dan kepuasan diri.


Bodykit:


Toyota Innova with Ativus Bodykit

Dalam banyak-banyak bodykit moulder, Ativus menarik perhatian saya. Harap jumpa supplier di Malaysia.


Penutup Tayar Ganti:

Penutup tayar ganti ni nampak menarik dan berfungsi melindungi tayar dari kekotoran. Diperbuat dari plastik, sudah semestinya ringan. Harga di Indonesia sekitar Rp. 750,000 atau RM 235.


Hood Acoustic Shield:

Penyerap bunyi di bawah bonnet enjin untuk menyerap bunyi yang luarbiasa kuat dari enjin Innova.


Rear Bumper Step Cover:

Penting juga ni untuk melindungi permukaan bumper terutama ketika memunggah barang.

31 comments:

  1. Replies
    1. Belum ada masa nak mengarang.....he he he....kereta pun baru 2 kali servis.

      Delete
    2. Brapa anggaran kos utk servis tuan? 40000km?

      Delete
  2. Dah ada ke jual kt msia bdykit tu

    ReplyDelete
  3. Mmg cun...nk cri kt mane ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya belum nampak bodykit Ativus ni on the road......saya dah pasang bodykit Modellista.....ok la....cantik juga, tapi kalau dapat Ativus lebih menarik. Modellista senang cari, order dah siap cat ikut warna body.

      Delete
  4. Avirus da ada kat klang.. agen sah avirus.. da tanye dan harganye 4300 siap cat dan psg.. kikiki

    Episod 2 tuan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhhhh....RM 4300 utk Avirus.....ehhhh.....Ativus......boleh dapat 3 set Modellista siap installation!!

      Delete
    2. Bukan 3 tuan.. Skang ni harga modellista dpt 900 siap psg.. So boleh dpt 4 set.. Lbh tu boleh beli back tail lamp led..

      Delete
    3. Share la kat mana boleh pasang modelista di kl 013 9990171 nak pasang bodykit

      Delete
  5. Replies
    1. Typo dah di"print screen"...akan diviralkan sedikit masa lagi.....he he he.....

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. tuan.. nak tanya cm mana nk guna DVD avx semasa memandu.. anak2 nak tgk youtube.. dia block

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pasang alatnya rm250 tanpa potong waya... semua family dpt tgk semasa memandu mirrolink/dvd on

      Delete
    2. bagi detail tuan,,sy pun nk buat tu

      Delete
  9. Tuan mcm mana nak ttp lampu depan tu even siang pun menyala.time tgh parking ddk dlm kereta pn menyala.mmg auto ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul....ha ha ha....saya dah tinted windscreen lagi cepat dia hidup......lalu tempat redup bawah pokok pun dia hidup.....so far belum jumpa lagi org dapat off lampu tu....setakat off headlight boleh, tapi lampu belakang tetap hidup.

      Delete



  10. Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.

    Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.

    saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.

    Pembayaran yang fleksibel,
    Suku bunga rendah,
    Layanan berkualitas,
    Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan

    Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)

    Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)

    ReplyDelete
  11. Aduh..ptg td nk tukar lampu daytime innova 2018..lepas tu lampu daytime.lampu kabus dan lampu belakang tak menyala pulak..sape yg tau puncanya..ingat nk bawak ke pusat service je..ke tukar mentol kena.setting kereta balik..

    ReplyDelete
  12. Slm sdra hafiz.. Innova diesel bila akan di jual di Malaysia ye... Kut ada dengar cerita terkini

    ReplyDelete
  13. Kenapa tayar belakang innova selalu makan sebelah yer?

    ReplyDelete
  14. Lampu blkg melintang tu brp? Pecah smlm masa ngundur.. Sbb pagar tetiba bergerak tutup. Sedih betul

    ReplyDelete
  15. Salam...
    Jadi utk pakej tuan Ni, berapa downpayment n ansurans bulanan?
    Thanz, tuan...

    ReplyDelete
  16. Assalam ....sy baru guna innova setahun ..baru baru ni ada masalah engine tak boleh start bila kereta berhenti dan parking .Perlu tunggu setengah jam ..baru boleh start semula.Ada komen tak ttg masalah ni

    ReplyDelete
  17. Assalam ....sy baru guna innova setahun ..baru baru ni ada masalah engine tak boleh start bila kereta berhenti dan parking .Perlu tunggu setengah jam ..baru boleh start semula.Ada komen tak ttg masalah ni

    ReplyDelete
  18. lampu undur Innova 2019 mmg menyala satu shj ke bila kita mengundur

    ReplyDelete
  19. Nk tanye yg model baru ni mnyak gearbox pkai jenis ape ye....

    ReplyDelete