Nuffnang Adv

Sunday 31 December 2017

Motivasi Diri > Di Ambang 2018.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Harap semua pembaca setia berada di dalam kesihatan yang baik dan bersedia untuk menghadapi cabaran seterusnya di tahun 2018.

Photo Credit: http://thedailyquotes.com

Menghadapi tahun baru, lain orang lain ragamnya. Ada yang tak sabar, ada yang gemuruh, ada yang tak peduli. Saya mungkin dalam kategori yang gemuruh kot.

Dulu-dulu, malam tahun baru disibukkan dengan macam-macam program duniawi. Paling kurang pun, mana nak pergi di malam tahun baru. Nak dating, nak ride, nak photoshoot bunga api dan sebagainya. Zaman itu dah berlalu, zaman sayalah.

Kalau disingkap kembali, banyak kesilapan dah saya lakukan sepanjang tahun-tahun berlalu. Bukan sengaja nak buat silap, tapi tersilap percaturan. Kadang-kadang kita rasa dah betul, tapi hujung-hujung salah. Saya sentiasa berhati-hati. Tapi malang tetap tak berbau. Kita dah plan betul-betul, ada perkara dan masanya Allah nak uji kita. Kehilangan, kemalangan, kena tipu dan sebagainya. Anyway, not so bad untuk saya. Saya masih lagi seorang yang beruntung dan bersyukur dengan kehidupan saya yang sederhana.

Untuk tahun 2018 ni, in sya Allah. Saya akan terus berdiri. Meneruskan perjuangan dengan sisa-sisa usia yang masih ada, mengukuhkan lagi foundation untuk generasi saya yang seterusnya meneruskan kehidupan mereka. Saya ingin menjadi seorang ayah yang lebih baik.

Anak saya yang sulung akan meneruskan pengajiannya di sekolah tahfiz untuk tahun ke 4, anak yang ke dua di sekolah rendah agama di tahun ke 2, yang ke 3 di kelas 6 tahun di PASTI, dan yang ke 4 diberikan sepenuh kasih sayang selayaknya untuk kanak-kanak 3 tahun. Alhamdulillah, semua di jalan menuju akhirat, tapi kena melalui dunia yang fana dulu. Mana boleh terus ke akhirat, kan?

Untuk diri sendiri sendiri, saya akan terus menjadi seorang pekerja yang baik dan efisien untuk majikan. Banyak lagi saya nak buat untuk 2018. Rasa macam nak naik Gunung Kinabalu lagi, nak ride pusing sabah, bak buat 2nd Blowpipe Run. Tengoklah nanti macam mana.

Untuk isteri tersayang, saya tak pernah menjanjikan dia apa-apa. Saya dah hadiahkan dia 4 orang cahayamata dengan tanggungjawab masih di atas bahu saya selagi saya bergelar ketua keluarga. Untuk perkara duniawi, memang saya tak mampu menyediakan apa yang lebih dari kadar sederhana.

Saya masih ada emak, tempat saya berbakti selagi ada hayat saya. Di kalangan adik-beradik, saya yang paling jauh, di seberang laut. Tapi saya tetap cuba mendekatkan diri serapat mungkin. Setahun saya dapat balik berjumpa emak antara 2 ke 3 kali, memang tidak cukup. Tapi saya kena bahagi-bahagikan masa yang ada untuk bapa mertua yang sedang sakit juga. Kedua-duanya jauh.

Sekian sahaja coretan ringkas saya. Jumpa lagi tahun hadapan! Semoga terus sukses.

No comments:

Post a Comment