Nuffnang Adv

Thursday 3 November 2016

Motosikal > Pilihan Tayar 110/70-17 dan 150/60-17.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Topik ni khas untuk rujukan peribadi, tapi boleh juga jadi rujukan tuan-tuan bagi yang berkenaan.

Sylvain Bidart, Luc1 Motorsport

Alkisahnya saya ni seorang Supermoto rider sejak 5 tahun lepas, jadi saya memang memerlukan tayar bersaiz 110/70-17 untuk tayar hadapan dan 150/60-17 untuk tayar belakang. Sekarang ni saya menggunakan rim 3.0" x 17" untuk tayar hadapan dan 4.25" x 17" untuk tayar belakang.

Sebelum itu mari kita tengok serba-sedikit tentang kod-kod yang terdapat pada setiap tayar.

Typical Tyre Markings
Photo Credit: www.lowbrowcustoms.com

M/C membawa maksud "Motorcycle".


Speed Rating.

Speed Rating Chart

Dari carta di atas, jelaslah saya tidak memerlukan tayar dengan Speed Rating lebih dari 160 kmh. Cruising speed saya sekitar 110 kmh saja, kadang-kadang saja jejak sampai 150 kmh.

Berikutnya adalah kompilasi tayar yang ada saiz tersebut untuk sepasang depan dan belakang.



Continental.

Continental ContiMotion 110/70ZR17 M/C 54W TL.
Continental ContiMotion 150/60ZR17 M/C 66W TL.

Continental ContiMotion

Continental ContiRoadAttack 2 110/70ZR17 M/C 54W TL.
Continental ContiRoadAttack 2 150/60ZR17 M/C 66W TL.

Continental ContiRoadAttack 2


Michelin.

Michelin Pilot Power 110/70ZR17 54W TL.
Michelin Pilot Power 150/60ZR17 66W TL.


Michelin Pilot Power

Michelin Pilot Series.

Berikut adalah jenis-jenis tayar yang terdapat dalam Michelin Pilot Series. Malangnya hanya Michelin Pilot Power saja yang ada kombinasi saiz yang saya perlukan.


Michelin Pilot Series


Pirelli.

Pirelli Diablo Rosso II 110/70R17 M/C 54H TL.
Pirelli Diablo Rosso II 150/60R17 M/C 66H TL.

Pirelli Diablo Rosso II 110/70ZR17 M/C 54W TL.
Pirelli Diablo Rosso II 150/60ZR17 M/C 66W TL.

Pirelli Diablo Rosso II

Sedang dalam perancangan untuk menggunakan tayar Pirelli Diablo Rosso II untuk musim 2017.

Pirelli Diablo Rosso II


Pirelli Diablo Rosso III 110/70-ZR17 M/C 54W.
Pirelli Diablo Rosso III 150/60-ZR17 M/C 66W.

Berada di pasaran bermula Januari 2016.

Pirelli Diablo Rosso III


Shinko.

Shinko 006 Podium 110/70R17 V54 TL.
Shinko 006 Podium 150/60R17 V66 TL.

Shinko 006 Podium

Saya pernah pakai set Shinko 006 Podium ni. Kebetulan ada rezeki jumpa orang boleh tolong beli dari JB. Kira tayar murah la ni, rupa pun tak berapa ada. Tapi memang best buy! Tayar terbaik saya pernah pakai setakat ni. Cemerlang ketika hujan dan panas. Susah cari brand ni sebelah Sabah dan Sarawak. Entahlah, dorang tak pandang brand Korea kot.

Satu lagi tayar keluaran Shinko yang mendapat tempat di hati Supermoto rider adalah Shinko 010 Apex. Tapi tayar dalam siri ni tak ada saiz 110/60-17, cuma ada 120/60-17.


Zeneos.

Zeneos Turino ZN33 110/70-17 S54.
Zeneos Turino ZN33 150/60-17 S66.

Zeneos Turino ZN33

Zeneos ZN62 110/70-17 S54.
Zeneos ZN62 150/60-17 S66.

Zeneos ZN62

Saya sedang menggunakan tayar ini sekarang. Tayar ni agak licin ketika baru dan ketika hujan, walau macam mana pun sangat cemerlang ketika cuaca panas. So next tyre boleh cuba tayar Zeneos ZN91 kot.


Zeneos ZN91 110/70-17 S54.
Zeneos ZN91 150/70-17 S66.


Zeneos ZN91

Senarai pengedar tayar motosikal di Sarawak:

Airish Tyre.
Batu Kawa, Kuching.
FB: Tayar Superbike Murah Kuching.
HP: 016-576 2249

Artic Tayar.
Lot 3458, No 14, Taman Duranda Emas,
Batu 18, Jalan Kuching / Serian.
FB: Artic Tayar Kuching.
HP: 019-233 6714

Stunning Bike.
Miri.
FB: Stunning Online Store.
Tel: 085-321 665

Senarai pengedar tayar motosikal di Sabah:

Smart Bike.
K6, Block K,
Cyber City, Jalan Lintas,
88200 Penampang, Kepayan, Kota Kinabalu.
FB: Smart Kepayan Bike.
HP: 016-5522669 (Ben), 010-9329690 (Smart Bike).

No comments:

Post a Comment