Nuffnang Adv

Wednesday 5 October 2016

Automotif > Mazda Familia "Baby Merc".

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Godek-godek internet, entah macam mana teringat kat satu model Mazda ni, Mazda Familia yang satu ketika dulu diberi jolokan "Baby Merc". Sekarang tak lagi kot sebab Mercedes pun dah macam-macam rupa. Model ni adalah dari 6th Generation (BG). Keluarga Familia berakhir dengan generasi ke 8 pada tahun 2003, digantikan dengan Mazda3 pada tahun berikutnya.


1989 Mazda Familia
Photo Credit: www.pinthiscars.com


Saya cukup minat dengan model ni suatu ketika dulu, tapi hasrat memilikinya tak kesampaian kerana harganya agak mahal ketika itu, ialah sekitar RM 30,000 bagi sebuah unit terpakai. Memang mahal bagi orang baru mula bekerja. Gaji pula ciput. Model ni menjadi tumpuan kaki kereta di era penghujung 1990an. Siapa pakai model ni ketika tu kira up-to-date la. Tahun 2016 ni, dah 20 tahun sejak keluaran terakhir di pasaran. Model-model selepasnya gagal menyerlah sampai sekarang. Anyway, saya sempat memiliki Ford Laser B5, kira adik-beradiklah tu. Mazda Familia "Baby Merc" terkenal dengan enjin B8 yang sinonim dengan kegilaan enjin turbo ketika itu.

Macam mana Mazda Familia ni dipanggil Baby Merc? Tengok saja gambar di bawah ni. Sekali pandang atau berkali-kali pandang memanglah tak sama langsung, cuma shape belakang tu ada iras-iras sikit. Sikit saja!

Photo Credit: www.moibbk.com


Mercedes Benz W201
Photo Credit: en.wikipedia.org

Berikut adalah versi enjin yang dikeluarkan untuk keluarga Familia 6th Generation (BG):

1989 - 1991 : 1.3L, 1323 cc, B3, 1 Barrel, 8 Valve, 76 PS (56 kW) / 101 Nm.
1991 - 1994 : 1.3L, 1323 cc, B3, EGI-S, 8 Valve, 79 PS (58 kW) / 103 Nm.

1989 - 1991 : 1.5L, 1498 cc) B5-M, Carburetor, 16 Valve, 91 PS (67 kW) / 122 Nm.
1989 - 1991 : 1.5L, 1498 cc) B5-DE, EFi, 16 Valve DOHC, 110 PS (81 kW) / 127 Nm.
1990 - 1994 : 1.5L, 1498 cc, B5-M1, EGI-S, 16 Valve, 94 PS (69 kW) / 123 Nm.
1991 - 1994 : 1.5L, 1498 cc, B5-DE, EFi, 16 Valve DOHC, 110 PS (81 kW) / 127 Nm.

1989 - 1991 : 1.6L, 1597 cc, B6, 1 Barrel, 8 Valve, 86 PS (85 hp, 63 kW) / 125 Nm.
1989 - 1994 : 1.6L, 1597 cc, B6, Fi, 16 Valve SOHC, 104 PS (103 hp, 77 kW) / 146 Nm.


1989 - 1994 : 1.8L, 1839 cc, BP, Fi, 16 Valve DOHC, 142 PS (140 hp, 104 kW) / 160 Nm.
1989 - 1994 : 1.8L, 1839 cc, BPT, Fi, 16 Valve DOHC, Turbo, 180 PS (132 kW) / 237 Nm. *Familia GTX.
1991 - 1994 : 1.8L, 1839 cc, B8, Fi, 16 Valve SOHC, 103 hp (77kW).
1992 - 1993 : 1.8L, 1839 cc, BPD, Fi, 16 Valve DOHC, Turbo, 210 PS (152 kW) / 255 Nm.

1989 - 1994 : 1.7L, 1720 cc, PN, Diesel, 8 Valve, 57 PS (42 kW) / 112 Nm. *European Spec.

Sekarang ni kalau ternampak model-model Baby Merc atas jalan, kira rare la. Peminat kereta retro pastinya menganga........






No comments:

Post a Comment