Nuffnang Adv

Thursday 19 November 2015

PERKESO > Faedah Orang Tanggungan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seringkali kita menerima info layang melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Whatsapp dan sebagainya mengenai hak-hak atau faedah orang tanggungan pencarum Social Security Organization (SOCSO) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang MENINGGAL DUNIA AKIBAT BENCANA KERJA. Jangan ada yang tak tau SOCSO dan PERKESO adalah entiti yang sama.

Berikut adalah print screen dari laman web PERKESO dari rujukan asal PERKESO: Faedah Orang Tanggungan:



Syarat Kelayakan:



Dari syarat di atas, yang paling penting adalah yang nombor satu. Memang wujud majikan-majikan durjana yang tidak mendaftarkan dan mencarum pekerjanya dengan PERKESO. Pastikan slip gaji yang diterima setiap bulan ada menyatakan jumlah potongan gaji, caruman pekerja dan majikan ke tempat yang sepatutnya.


Orang Tanggungan Yang Layak:


Jelas dinyatakan di atas, Orang Tanggungan Yang Layak adalah Balu ATAU Duda ATAU Anak. JIKA TIADA ketiga-tiga calon tadi, barulah hak tuntukan berpindah kepada Adik-beradik, Ibubapa, Nenek atau Datuk. Setiap turutan yang dinyatakan adalah mengikut hirarki yang ditetapkan.

Berdasarkan fakta di atas, saya mendapat maklumat bahawa ada di antara rakan saya yang menjadi balu, dirampas haknya oleh adik-beradik bekas suaminya. Wallahu alam. Ada harta anak-yatim di situ.


Pembahagian Dan Tempoh Bayaran Orang Tanggungan:


Jadual di atas jelas menyatakan BALU atau DUDA BERHAK MENDAPAT 3/5 BAHAGIAN DAN LAYAK MENERIMA FAEDAH SEUMUR HIDUP MESKIPUN BALU atau DUDA BERKAHWIN SEMULA (mulai atau selepas 1 Mei 2005).

Jelas?

Bagi ANAK-ANAK YANG MEMENUHI SYARAT pula, BERHAK MENDAPAT 2/5 BAHAGIAN SEHINGGA BELIAU BERUSIA 21 TAHUN atau BERKAHWIN, JIKA SEDANG BELAJAR, SEHINGGA MENERIMA IJAZAH PERTAMA atau BERKAHWIN, BAGI ANAK YANG TERENCAT MENTAL atau MENJADI TIDAK BERUPAYA SECARA FIZIKAL LAYAK MENERIMA FAEDAH SELAMA TIDAK BERUPAYA MENYARA KEHIDUPAN.

Tertarik dengan kenyataan di dalam kurungan, sekiranya Balu atau Duda meninggal dunia, bahagian anak menjadi 3/5 bahagian, adakah 2/5 bahagian berpindah kepada Adik-beradik simati?


Kadar Bayaran:


Berkenaan kadar bayaran, pengiraan berikut adalah anggaran saya berdasarkan maklumat di atas.

Contoh 1:

Sekiranya gaji simati adalah RM 900 sebulan. 90 % adalah RM 810. Purata harian adalah RM 27. Maka kadar bayaran adalah RM 30 sehari berdasarkan kadar minima bayaran yang ditetapkan.

Contoh 2:

Sekiranya gaji simati adalah RM 4000 sebulan. 90 % adalah RM 3600. Purata harian adalah RM 120. Maka kadar bayaran adalah RM 88.50 sehari berdasarkan kadar maksima bayaran yang ditetapkan.



Jadual di atas adalah kelayakan sekiranya simati tidak meninggalkan Balu atau Duda atau Anak. Perhatikan siapa yang layak mendapat faedah seumur hidup, dan siapa yang layak sehingga berumur 21 tahun sahaja!


Dokumen Yang Diperlukan Untuk Tuntutan:


Setelah diteliti jadual di atas, tidaklah sukar menyediakan dokumen-dokumen tersebut asalkan kita semua sentiasa berdisiplin menyimpan dokumen-dokumen penting tersebut di tempat selamat. Karenah birokrasi pasti timbul sekiranya salah satu dokumen asal gagal disediakan, sebagai contoh salinan Sijil Nikah, Sijil Beranak dan sebagainya.

Saya akan kemaskini lagi pos ini sekiranya saya ada maklumat terbaru yang lebih berintegriti. Harap pos ini bermanfaat untuk semua. Saya tiada pengalaman dalam berurusan dengan PERKESO, sekiranya ada apa-apa masalah silalah berurusan terus dengan PERKESO.

PERKESO: Direktori Pejabat-pejabat PERKESO.


Pautan Berita:

Sinar Harian, 24/11/2015: Kesal Majikan Tidak Carum KWSP, PERKESO

Sinar Harian, 09/11/2015; Ibu Terima Pencen Penakat Anak

Utusan Malaysia, 08/10/2015; Suriahanim Terima Pencen Penakat PERKESO

Utusan Malaysia, 09/09/2015; Empat Anak Arwah Zuarida, Mohd Rozi Terima Faedah PERKESO

Sinar Harian, 05/07/2015; Waris Terima Faedah PERKESO


No comments:

Post a Comment