Nuffnang Adv

Wednesday 30 December 2015

Tips > Jimatkan Data Internet Smart Phone Anda.

Salam sejahtera.

Tips ringkas untuk dikongsi bersama.

Jika Smart Phone anda menggunakan aplikasi WhatsApp, Telegram, We Chat dan sebagainya, seringkali rakan-rakan anda menghantar gambar atau video yang sama atau sesuatu yang anda tidak mahu lihat pun. Sekiranya Smart Phone anda berada dalam setting Media Auto Download, ini sangat merugikan kerana apabila media tersebut sampai ke Smart Phone anda, terus auto download, lantas menggunakan kuota data yang ada dan juga memenuhkan memory Smart Phone anda.


Ikuti panduan di bawah untuk mematikan Auto Download tersebut:


Facebook:


1. Buka / log in Facebook.
2. Pilih "App Setting".
3. Pilih "Video > Play".
4. Pilih "Off / WiFi only".


WhatsApp:



1. Buka WhatsApp.
2. Pilih "Setting".
3. Pilih "Chat Setting".
4. Pilih "Media Auto-download".
5. Pilih "When using Mobile Data".
6. Buang semua tanda "tick" dalam kotak.




Telegram:



1. Buka Telegram.
2. Klik panel atas sebelah kiri.
3. Pilih "Setting".
4. Pilih "When using Mobile Data".
5. Buang semua tanda "tick" dalam kotak.




Play Store:



1. Buka Play Store.
2. Pilih "Setting".
3. Pilih "Auto-update apps".
4. Pilih "Auto-update apps over WiFi only".


Tertekan dengan kos sara hidup? Terkesan dengan GST? Ingin menambah pendapatan? Sila ke entri ini untuk maklumat lanjut, membaca jambatan ilmu!


No comments:

Post a Comment