Nuffnang Adv

Monday 26 October 2015

Numismatik > Kepingan Bersadur Emas Replika Wang Kertas Malaysia.

Salam sejahtera.

Gold Banknote katanya. Siap ada Certificate of Authenticity lagi!

Ini bukan kali pertama orang bercerita tentang Wang Emas atau Gold Banknote menyerupai Wang Kertas keluaran Bank Negara Malaysia (BNM). Gold Banknote ni banyak dijual di atas talian samada melalui Facebook, mudah.net dan sebagainya. Dah lama saya tahu tentang perkara ini, tapi buat tak endah saja sebab saya tau memang tiada nilai pun melainkan dibeli dan dimiliki untuk suka-suka sebagai kenangan. Cantik Gold Banknote tersebut sebenarnya. Saya tergerak nak tulis ni pun bila saya lihat ada orang mengiklankan replika tersebut dgn harga sehingga RM 100. Siap ada yang tulis caption boleh diguna sebagai wang hantaran perkahwinan! Maka berbondong-bondonglah mangsa meminta "pm".

Kepingan Bersadur Emas dengan denominasi RM 100

Untuk pengetahuan, kepingan replika tersebut adalah kepingan emas palsu dan pengeluarannya tiada kena mengena dengan Bank Negara Malaysia. Oleh sebab rupa bentuknya menyerupai Wang Malaysia yang masih sahlaku, penghasilan, penjualan dan pemilikannya adalah salah di sisi Undang-undang Malaysia! Kepingan menyerupai wang kertas ini juga boleh didapati dalam matawang dunia yang lain dan telah muncul sejak 2013, atau mungkin lebih awal lagi.

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan kenyataan dan amaran di dalam laman facebook rasmi BNM seperti di bawah:

This is in reference to the "Gold Plated Ringgit Malaysia" being sold to members of the public through various online platforms and websites.
 
Bank Negara Malaysia would like to state that the act of reproducing any Malaysian currency notes and coins, or using any photograph, drawing or design resembling any Malaysian currency note or coin, in any advertisement, merchandise or products without the express permission of Bank Negara Malaysia is prohibited under the Central Bank of Malaysia Act 1958.
 
Bank Negara Malaysia views this matter seriously and urges all parties including members of the public not to participate or be involved in any sale and purchase of the "Gold Plated Ringgit Malaysia".

Petikan akhbar:

17/12/2014 Pictures showing new RM 50 and RM 100 notes making rounds in social media.

17/12/2014 Report those who produce and sell fake notes, says Bank Negara.

Gold Banknote yang dijual berharga antara RM 40 hingga mencecah RM 100 sekeping. Kalau replika tersebut diperbuat dari emas tulen, sekurang-kurangnya masih lagi ada nilai emas pada fizikalnya. Malangnya, material yang digunakan hanyalah dari kepingan saduran seperti emas, siap ada sijil ketulenan yang langsung tidak diiktiraf oleh mana-mana badan bertauliah. Fikir-fikirkanlah.


Set Lengkap Kepingan Ringgit Malaysia Bersadur Emas Palsu

Nasihat saya, kalau minat mengumpul Wang Kertas, belajar dulu asas-asas Numismatik. Kalau minat mengumpul emas, belajar serba-sedikit tentang ketulenan emas. Ambil tau apa itu Karat, apa itu 916, 999 dan sebagainya. jangan terlalu rambang mata melihat sesuatu yang terlalu indah.

Walau apa pun, terpulang kepada individu. Boleh kumpul kalau berminat, cantik juga sebenarnya, tapi jangan berharapan terlalu tinggi untuk jadikan ia sebagai pelaburan, atau lebih hebat lagi, jadikan wang hantaran, kesian pengantin!


Set Lengkap Kepingan Dollar Australia Bersadur Emas
Set Lengkap Kepingan Dollar Amerika Bersadur Emas

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kepingan Gold Banknote yang asli dan ada sijil pengesahan, sila browse Orchids Gold. Syarikat yang berpusat di Taiwan ini memang menghasilkan produk-produk berasas Gold Foil. Harga Gold Banknote yang asli bukan murah ya!

No comments:

Post a Comment