Nuffnang Adv

Thursday 30 July 2015

Petua > Menghindari cicak dari kediaman.

Assalamualaikum.

Hari ni kita cerita pasal cicak ok...saya ni walaupun gagah perkasa, saya tak boleh pegang reptilia berdarah sejuk. Minta maaf banyak-banyak. Itu semua anugerah tuhan.

Kehadiran cicak di kediaman kita memang menyusahkan. Siapa tak geli dengan tahi cicak warna hitam putih tu, kalau dia dapat makan serangga besar lagilah besar tahi dia. Uwekkkk!!!


Di bawah ini saya senaraikan petua untuk menghindari cicak dari kediaman kita:

1. Cili kering.

Gantungkan cili kering di tempat yang menjadi laluan atau hot spot cicak.

2. Air dan cili api.

Campurkan air bersama potongan cili api, sesetengah orang dia tumbuk cili api tu, mana-manalah,  masukkan dalam botol spray, spray ke dinding. Anda bayangkanlah kesannya, hati-hati jangan spray ke mata pulak!

3. Serangga.

Serangga adalah makanan cicak. Sekiranya rumah anda banyak serangga, maka cicak pun banyak jugalah. Hapuskan semua serangga.

4. Kulit telur ayam.

Dikhabarkan cicak alergi kepada kulit telur ayam. Caranya basuh dan keringkan kulit telur, hancurkan dan kemudian tabur di sekitar tempat yang menjadi tumpuan cicak. Ada orang suka buat keping-keping besar kulit telur tu dan tampal di dinding...errr....tampal atas kertas la dulu.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment