Nuffnang Adv

Sunday 7 June 2015

Petua > Kembalikan sinar lampu kereta yang kusam.

Assalamualaikum...

Lampu hadapan kereta zaman sekarang hampir semuanya diperbuat dari plastik. Masalahnya, selepas beberapa tahun digunakan, permukaan lampu menjadi kusam dan memberikan sedikit kesan kepada tahap sinaran dan sudah tentunya memberi impak kepada rupa paras kereta.

Kereta ini telah berusia 7 tahun, lihatlah lampunya yang kusam!


Tahukah anda, lampu hadapan kereta yang kusam boleh dibersihkan dan kembalikan sinarnya dengan kos yang sangat rendah? Cara yang biasa digunakan adalah dengan melakukan gilapan menggunakan kertas pasir paling halus, tetapi ia memerlukan sedikit kepakaran kerana sekiranya tersilap teknik, keadaan boleh menjadi lebih buruk.

Cara yang saya maksudkan sangat mudah. Sediakan ubat gigi, kain dan air untuk bilasan.

Ubat Gigi Colgate dan kain.

Sapukan ubat gigi terus ke permukaan lampu yang kusam itu, kemudian gosok dengan menggunakan kain.

Kerja-kerja menggosok dilakukan dengan teliti oleh pekerja mahir.

Setelah berpuashati dengan kerja-kerja menggosok, bilas dengan air bersih. Hanya beberapa minit saja permukaan lampu yang kusam tadi dapat dijernihkan.

Lihatlah perbezaan di bawah. Satu telah dicuci, satu lagi kusam. Anda tahu yang mana?

Anaqy the Boss.

Selamat mencuba!

2 comments:

  1. Assalamualaikum... Ramadhan Kareem! Aii... sejak bila ade blog ni? Tak tau pun. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam....saya bukan hardcore mcm kak Yana.....saya menulis di blog sekadar mengisi masa, dan melakar sejarah.....mana tau lagi 10 - 20 tahun anak2 jumpa blog kita kan? Blog ni rasanya dah ada dlm draft 2 - 3 tahun lepas, baru tahun ni start publish sikit2....bila ada masa. Selamat berpuasa!

      Delete