Nuffnang Adv

Sunday 15 February 2015

Tahukah Anda? > Mishary Rashid Al Afasy.

Sebuah biografi ringkas berbahasa Melayu.

Assalamualaikum...

Siapa yang rajin menghayati bacaan ayat-ayat suci Al Qur'an dari qari-qari terkemuka dunia pasti mengenali Syeikh Mishary Rashid Al Afasy.




Kalau tak silap, pertama kali saya mendengar alunan bacaan AlQuran ulKarim dari beliau ialah pada tahun 2007. Bacaannya begitu merdu dan menusuk kalbu. Sejak dari itu, saya menanam azam untuk menamakan anak pertama saya sekiranya lelaki, sempena nama beliau. Maka secara rasminya, anak sulung saya yang lahir pada 15 Mac 2008 dinamakan sebagai Aziz Mishary Bin Hafiz.


Mishary Bin Rashid AlAfasy dilahirkan pada 5 September 1976 di Kuwait. Beliau adalah seorang Qari, Imam di Masjid Al-Kabir dan juga seorang penyanyi nasyid.




Mishary telah berkahwin dan dikurniakan dua orang anak perempuan dan seorang lelaki. Beliau juga digelar sebagai Abu Rashid.

Beliau mendapat pendidikan dalam bidang Al Qur'an dan Pengajian Islam di Universiti Madinah, pengkhususan dalam 10 bacaan dan terjemahan Al Qur'an. Beliau diiktiraf oleh tokoh-tokoh Islam tersohor dan pernah mengalunkan bacaan di hadapan tokoh-tokoh tersebut antaranya Ahmad Abdul Aziz Az Zaiat, Ibrahim Ali Shahata As Samanodei dan Abd urRarea Radwan.

Pada 24 Mac 2007, Mishary telah ke Amerika Syarikat dan melawat 3 buah masjid di sana iaitu di Islamic Center of Irvine, California, Islamic Institute of Orange County, California dan Islamic Center of Detroit di Michigan.

Pada 25 Oktober 2008, beliau telah dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Arab Creativity Oscar oleh Arab Creativity Union yang berpusat di Mesir. Majlis tersebut ditaja oleh League of Arab States Amr Mousa sebagai menghargai peranan Mishary dalam mempromosikan prinsip dan ajaran Islam menggunakan teknologi moden untuk menyampaikan mesej keamanan dalam Islam.

Pada September 2009, beliau telah ke Islamic Center of Irvine tetapi terpaksa bergegas pulang lebih awal kerana berlaku kecemasan di pihak keluarganya.

Pada bulan Ramadhan 2010, sekali lagi Mishary ke Islamic Center of Irvine untuk mengimamkan Solat Terawih di sana.

Terdapat dua saluran TV Satelit untuk Mishary, iaitu AlAfasy TV dan Al Afasy Q.

Senarai Album Nasyid terkini:


  1. Viper Eyes (Oyun A-'Afe'i) - 1425 H / 2004 M.
  2. Lays Al-Gharib - 1426 H / 2005.
  3. Yearning (Haniny) - 1427 H / 2006 M.
  4. Young Heart (Qalby Shagir) - 1429 H / 2008 M.
  5. Memories (Thekrayat) - 1429 H / 2008 M.
  6. Anaqeed 1 - 1430 H / 2009 M.
  7. Anaqeed 2 - 1431 H /2010 M.
  8. Daughters of Wind (Banaat Ar-Riih) - 1432 H / 2011 M.
  9. Hearts be Merciful (Tarahamy Ya Quluub) - 1433 H / 2012 M.


Semoga informasi ini memberi manfaat kepada semua. Wassalam.


P/S: Nikmati Hibah Bulanan dan Bonus Mingguan dengan ARBA Network.

No comments:

Post a Comment