Nuffnang Adv

Saturday 7 February 2015

Tahukah Anda? > 786.

Assalamualaikum.

Pernah nampak nombor 786 tertera di kebanyakan signboard kedai Mamak kan? Mungkin ramai yang dah tau, 786 bermakna BismillahirRahmanirRahim. Tapi macam mana pulak boleh jadi macam tu?





Ada bermacam-macam teori berkenaan kaitan 786 dengan kalimah Bismillah dan Mamak. Tetapi saya cuma yakin teori Nilai Nombor Huruf Hijaiyyah yang paling tepat.

Kalimah Bismillah dalam abjad Arab (huruf Hijaiyyah) terdiri daripada 19 abjad, bermula dengan Ba, Sin, Mim, Alif, Lam, Lam, Ha dan seterusnya. Setiap satu abjad mengandungi Nilai Nombor yang telah digunakan sejak abad ke 8 lagi.

28 Huruf Hijaiyyah dan Nilainya

Sekiranya dijumlahkan nilai semua 19 huruf dalam ejaan Bismillah tadi, maka semuanya berjumlah 786.

Contohnya:

Ba = 2
Sin = 60
Mim = 40
Alif =  1
Lam = 30
Lam = 30
Ha = 5
dan seterusnya.

Menurut ceritanya, angka 786 ini sangat popular di India dan Pakistan bagi menggantikan ayat Bismillah dalam ejaan Hijaiyyah bagi memelihara kesuciannya apabila digunakan di tempat-tempat awam seperti pada papan tanda. Sebab itulah restoren-restoren Mamak yang asalnya dulu datang dari India banyak meletakkan angka 786 ini pada papan tanda kedai-kedai mereka. Bagaimana pun, tiada satu pun nas yang mengharuskan ejaan Hijaiyyah boleh digantikan dengan nombor atau kod-kod lain. Wallahu alam.


P/S: Nikmati Hibah Bulanan dan Bonus Mingguan dengan ARBA Network.

No comments:

Post a Comment