Nuffnang Adv

Sunday 4 February 2018

Numismatik > Wang Kertas Negeri-negeri Selat; Straits Dollar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat pertama kalinya, saya ingin kongsikan koleksi numismatic saya yang saya simpan sejak beberapa tahun lalu. Seingat saya, saya mula mengumpul koleksi numismatic sewaktu tinggal di Brunei dulu, iaitu antara tahun 2003 - 2006. Tak banyak mana pun, tapi amat bermakna dan saya rasa teruja setiap kali membeleknya.

Saya mulakan dengan satu-satunya Straits Dollar dalam simpanan, One Dollar keluaran 1935 (berusia 83 tahun pada 2018).


One Dollar, 1 Januari 1935.

One Dollar, hadapan.



One Dollar, belakang.

 Straits Dollar siri ini telah dihasil dan diedarkan selama 5 tahun bermula 1931, 1932, 1933, 1934 dan 1935.


Straits Dollar dalam Evolusi Malaysia sejak penjajahan British:


Evolusi Malaysia
Photo Credit: https://en.wikipedia.org

Jadual di atas menunjukan era penjajahan British sehingga terbentuknya Kerajaan Malaysia yang ada sekarang. Jadi anda boleh bayangkan masa bila Straits Dollar ini berada.

00/00/1826 Straits Settlements aka Negeri-negeri Selat ditubuhkan dan dikawalselia oleh British East India Company.

01/04/1867 Straits Settlements diletak di bawah British Crown Colony.

30/10/1906 Labuan menyertai Straits Settlements.



No comments:

Post a Comment