Nuffnang Adv

Friday 4 August 2017

Kebajikan > Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin di Sarawak.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama saya berhajat untuk mengkompilasikan semua lokasi dan alamat rumah anak-anak yatim dan miskin di seluruh Sarawak. Tujuan asal hanyalah sebagai rujukan sendiri. Bila-bila ada rezeki lebih, senang nak cari mereka. Sekampit beras pun mungkin sangat bermakna, terutama sekali bila bulan Ramadhan semakin menjauh dan Ramadhan akan datang lambat lagi.


Anak Yatim
Photo Credit: Unknown.


Saya pun tak tahu nak kata apa, biasanya rumah anak yatim ni orang cari bila bulan Ramadhan je. Bulan-bulan lain mereka tak wujud kot. Sila terasa....he he he.......just kidding.

Okay, dipendekkan cerita, mari kita melawat mereka.


Limbang.

Tiada data. Anak-anak yatim dari bahagian ini dihantar ke Miri. Memang jauh. Kasihan bagi mereka-mereka yang masih berwaris.


Miri.

Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup.


Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup
Photo Credit: Google Maps.
 
Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup,
Taman Desa Indah 3,
Permyjaya, 98000 Miri,
Sarawak.
Tel: 085-408422

Dirasmikan pada 28 Mei 2008. Di bawah kelolaan PERYATIM. Penghuni rumah anak yatim ini datang dari sekitar Miri, Bekenu, Limbang dan Lawas.

Saya pernah pergi ke rumah anak yatim ini masa mula-mula dibuka dulu. Tahun 2008 kalau tak silap. Saya ikut program CSR. Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup dibina dengan kemudahan facilities yang baik. Sekarang tak tahulah macam mana keadaannya. Harap lebih baik dari dulu.

Lokasi tempat ni agak tersorok. Kalau tak expert guna Google Maps susah sikit nak cari. Nak seribu daya.

Dari Bandaraya Miri, pandu menghala ke Brunei melalui Permyjaya, landmark paling mudah adalah E-mart Miri. Setelah nampak E-mart di sebelah kiri, pandu terus melepasi lampu isyarat sehingga nampak papan tanda SJK Chung Hua Tudan dan lampu isyarat simpang ke kanan, belok ke kanan dan masuk ke simpang tersebut. Pandu terus melepasi SJK (C) Chung Hua. Landmark seterusnya adalah menara tinjau milik Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Pemandangan di kiri dan kanan sepanjang perjalanan memang ada parit, belukar, rumah-rumah kampong dan jalan pun sempit dan tiada garisan. Jalan saja depan lagi, jangan belok-belok kecuali selekoh-selekoh wajib. Akhir sekali akan jumpa simpang 3, kalau ke kanan keluar semula ke jalan besar, kita masuk kiri. Jalan terus. Jalan mati ni, tiada simpang lain lagi. Maka sampailah kita ke rumah anak yatim ini. 2.5 km jauhnya dari simpang 3 E-mart Miri tadi.

Kalau datang dari arah Brunei atau Limbang, boleh guna landmark SJK (C) Chung Hua Tudan atau Shell / McDonalds Desa Indah.

Pautan berita:
09/03/2013; The Borneo Post: Anak Yatim Dipelawa Agar Daftar Dengan PERYATIM Miri.


Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami.


Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami

Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami (PJAKK) merupakan rumah kebajikan yang menaungi seramai 40 orang anak fakir miskin, broken family dan juga dari golongan asnaf zakat.

PJAKK berada di bawah naungan Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) dengan nombor pendaftaran 4700/90 (Selangor). Kanak-kanak di sini belajar di sekolah kebangsaan berdekatan. Pihak PJAKK menyediakan kemudahan tempat tinggal, makan minum, peralatan sekolah dan sebagainya sekadar yang termampu.


Asrama Lelaki
Photo Credit: http://alasmal.blogspot.my

Asrama Lelaki:
Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami
Lot 2673, Jalan Pujut 7B, Royal Garden,
98000 Miri, Sarawak.



Asrama Perempuan
Photo Credit: http://alasmal.blogspot.my

Asrama Perempuan:
Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami
Lot 2286, Jalan Pujut 8B,
98000 Miri, Sarawak.

PJAKK mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan seperti:

1. Makanan seperti beras, biskut, gula etc.
2. Produk kebersihan diri seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, syampoo etc.
3. Pakaian, cadar, tuala etc.
4. Peralatan sekolah, pakaian seragam, alat tulis etc.
5. Pakaian harian sama ada baru atau terpakai.
6. Wang tunai atau cheque.

Akaun bank:
Maybank, No Akaun: 5611 8100 3143

Sila hubungi:
Ustaz Ramli Mai Yadin, HP No: 012-8963268
Puan Jamaliah Syarif. HP No: 017-8062538

Website: http://anakkesayangan.my/


Bintulu.

Kompleks Kebajikan Rumah Anak Yatim Bintulu.

Kompleks Kebajikan Rumah Anak Yatim Bintulu
Photo Credit: Google Maps

Kompleks Kebajikan Rumah Anak Yatim Bintulu.
Kampung Jepak,
97000 Bintulu, Sarawak.
Tel: 086-325049.

Mula beroperasi pada Mac 2015. Di bawah kelolaan PERYATIM.

Sebagaimana alamat yang tertera, Kompleks Kebajikan Rumah Anak Yatim Bintulu terletak di Kampung Jepak, Bintulu. Nak cari pun senang saja. Dari jalan besar menghala ke Bintulu Airport dan Sibu, masuk ke simpang lampu isyarat Kampung Jepak. Selepas SMK Kemena, sampai di bulatan, ambil susur keluar pertama, jalan terus menghala ke Kuala Tatau. Jalan terus sampai nampak Kompleks Kebajikan Rumah Anak Yatim Bintulu di sebelah kanan.

Pautan berita:
11/04/2014; The Borneo Post: Kompleks Kebajikan Rumah Anak Yatim Bintulu Kini Siap.
11/04/2014; Utusan Borneo: Kompleks Kebajikan Rumah Anak Yatim Bintulu Kini Siap.


Kapit.

Tiada maklumat.


Sibu.

Kompleks Kebajikan Anak Yatim Sibu.



PERYATIM
 
Kompleks Kebajikan Anak Yatim Sibu.
Batu 10, Kemuyang,
96000 Sibu, Sarawak.

Mula beroperasi pada Jun 2014. Di bawah kelolaan PERYATIM.

Kompleks Kebajikan Anak Yatim Sibu ni pun boleh tahan susah juga nak cari bagi orang luar. Silap-silap orang Sibu pun tak tahu.

Andaikan kita bermula dari Stesyen Minyak PETRONAS Jalan Tuanku Abdul Rahman yang terletak di Jalan Sibu - Bintulu. Jaraknya 8.8 km dari stesyen minyak ini. Mari kita mulakan sekarang:

1. Bertolak dari Stesyen Minyak PETRONAS menghala ke Sibu. Akan melalui Stesyen Minyak Shell juga.
2. Tiba di persimpangan lampu isyarat, belok ke kiri.
3. Tiba di simpang 3, belok ke kiri.
4. Tidak jauh dari simpang tadi, di simpang 3 pertama belok ke kanan. Jalan terus sampai jumpa SMK Jalan Oya.
5. Dalam 300 m selepas SMK Oya, ada simpang 4, belok ke kanan, jalan terus sampai jumpa taman perumahan di sebelah kiri.
6. Sampai taman perumahan, masuk ke simpang pertama sebelah kiri, jalan terus sampai hujung, lebih kurang 470 m.
7. Tiba di simpang 3, belok ke kiri, jalan lagi dalam 110 m.
8. Sampai di simpang yang pertama sebelah kanan, belok dan jalan terus dalam 230 m.
9. Di simpang yang ke 3 sebelah kanan, masuk dan Kompleks Kebajikan Anak Yatim Sibu ada di penghujung jalan ini, 150 m yang terakhir.

Koordinat: 2.344456, 111.965385


Mukah.

Tiada maklumat.


Sarikei.

Tiada maklumat.


Betong.

Tiada maklumat.


Sri Aman.

Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol.

Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol,
KM 5, Jalan Sabu,
95000 Sri Aman, Sarawak.
Tel: 083-323602, 083-323603, Fax: 083-324042

Dah cuba sedaya-upaya mencarinya di sepanjang Jalan Sabu via Google Maps, tak jumpa! Ada Bomba, Perkuburan Islam, Public Bank.....tapi tiada Rumah Kanak-kanak Datuk Ajibah Abol. Don't worry, kan ada nombor telefon tu. Kalau betul nak cari la kan.....

Pautan berita:
06/07/2015; The Borneo Post: SEDC Meraikan 61 Kanak-kanak Drpd Rumah Kebajikan


Serian.

Tiada maklumat.


Samarahan.

Tiada maklumat.


Kuching.

Kompleks Kebajikan Laila Taib.



Kompleks Kebajikan Laila Taib
Photo Credit: Google Maps
 
Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Sarawak
Kompleks Kebajikan Laila Taib,
Lot 459, Block 14,
Jalan Sultan Tengah, Petrajaya,
93050 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-446951, Fax: 082-446939

Dirasmikan pada 24 Jun 1993. Di bawah kelolaan PERYATIM.

Lokasi Kompleks Kebajikan Laila Taib ni berdekatan dengan Sukma, Kolej Komuniti Kuching dan sebagainya. Kiranya lokasi bukanlah di dalam hutan jauh dari masyarakat seperti di Miri sana.


Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah.

Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah.
Peti Surat 3293, KM 19, Jalan Kuching - Serian,
93250 Kuching, Sarawak.
Tel: 082-625055

Koordinat: 1.3919312,110.336604


Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Sarawak.

Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Sarawak.
142, Jalan Bunga Tanjung, Kampung Gita,
Peti Surat 3005,
Sarawak.
Tel: 082-247711.

Yang dekat Kampung Gita ni nanti saya cari. Tak tahu ada lagi ke tidak. Dalam Google Maps tak jumpa pulak.


Pusat Jagaan Nur Murni.


Pusat Jagaan Nur Murni

Rumah Amal Nur Murni
No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8E,
Taman Green Field, 93250 Batu Kawa,
Kuching, Sarawak.

Koordinat: 1.516084, 110.297511

Rumah Amal Nur Murni
No 58, Taman Shing Yu,
93250 Batu Kawa,
Kuching, Sarawak.

Koordinat: 1.507809, 110.280595

Memulakan operasi di awal tahun 2009, dikenali dengan nama Rumah Amal Nur Murni, didaftarkan atas nama Pusat Jagaan Nur Murni pada September 2010 (No Pendaftaran: 86668). Kapasiti jagaan sekitar 50 orang (2016).

Akaun bank:

Bank Muamalat, Acc No: 1101 0001 7607 12
PUSAT JAGAAN NUR MURNI

Maybank, Acc No: 5612 5700 0670
PERTUBUHAN KEBAJIKAN & PENDIDIKAN NUR MURNI

Pautan berita:
26/06/2013; Utusan Online: PTPL Sarawak Rai Kanak-kanak Rumah Amal Nur Murni.
06/07/2016; The Borneo Post; Children of RANM Enjoy a Hearty Breaking of Fast wit 127 Click Production.

Saya dah lawati Rumah Amal Nur Murni ni. Pada pandangan saya, rumah ini dioperasikan dengan baik dan mereka juga banyak menerima bantuan dari pelbagai pihak. Walau bagai mana pun penyertaan masyarakat sangat-sangat diperlukan setiap masa, bukan setakat di musim-musim bulan Ramadhan dan Syawal sahaja. Kanak-kanak di sini sangat memerlukan kasih-sayang. Para penjaga pula terdiri dari para sukarelawan saja yang telah mengorbankan masa mereka bersama keluarga sendiri untuk menjaga anak-anak di sini.


Akan dikemaskini kemudian.

27 comments:

  1. Wednesday January 3, 2018
    TO: Jewish Persons and All Ministers, Christians, and all persons in their care and concern, and all people having the fear of the LORD, YHVH Elohim, God Almighty, in the Indian Ocean Asia region especially those in West Malaysia (peninsular), Singapore in its entirety, Thailand’s gulf coast cities, Bali and all Indonesia Archipelago except West Timor.

    TO: International Employers – Expatriates and Nationals

    TO: Foundations and Charitable Organizations – Staff, Volunteers, Service Provider
    and Service Recipients

    TO: Hospital Administrators, Staff, Patients

    TO: Tourist and Foreign Residents

    SUBJECT: Led by the Holy Spirit to give wisdom’s early warning of the imminent, within days, catastrophic earthquake tsunami to occur very soon in the Indian Ocean Asia region, requiring immediate evacuation of Bali and all Indonesia Archipelago except west Timor, Singapore in its entirety, West Malaysia in its entirety, Thailand’s gulf coast cities to approximately 100 miles inland.
    Precious People of Elohim, our LORD God Almighty, and Souls having the fear of the LORD, YHVH Elohim, Lord of hosts:
    Grace and peace to you. All is well. My name is Darlene Felt. I am led by the Holy Spirit to give you wisdom’s early warning of the imminent, within days, catastrophic earthquake and tsunami which will occur very soon in the Indian Ocean Asia region of the world, making a clean sweep of Indonesia, except west Timor, cause Singapore to be gone, wiping it away, making a clean sweep also of west Malaysia, and affecting the Thailand gulf coast, causing damage but not total loss, requiring immediate evacuation from those areas; and that you please work with our Eternal Father Elohim, God Almighty, if you will, to make ready for it, by first asking the LORD God what He wants you to do. When we acknowledge the LORD in all our ways He will direct our path (Proverbs 3:6).
    THE CATASTROPHIC EARTHQUAKE TSUNAMI DESTROYING FORCES WILL INITIATE SOMEWHERE NEAR AN EARLY STRIKE VICINITY OF THE BALI ISLAND IN INDONESIA. . West Malaysia evacuees should go to East Malaysia for safety.
    Blessings,
    Darlene Felt
    I am a joyful disciple of Yeshua Messiah (Jesus Christ of Nazareth),
    anointed by the Holy Spirit as a prophetess in the Kingdom of Elohim

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas information ni, memang tengah cari. niatnya new year resolution nak bagi sekampit beras every month untuk yang memerlukan, tapi tak tau mana nak cari orang yg memerlukan. nak terjah je rasa tak appropriate, so this is a good list to start. thanks again

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang itulah tujuannya. Bulan lepas ada saya melawat Pusat Jagaan Amal Nur Murni di Batu Kawa, Kuching. Saya bawa isteri dan anak2 sekali, memang terkedu melihat penghuninya. Tak dapat nak dibayangkan anak-anak seawal usia 4 - 6 tahun tinggal beramai-ramai dalam jagaan orang yang bukan darah daging mereka. Mereka dahagakan kasih sayang.

      Delete
  3. salam...no acc rumah anak yatim Pusat Jagaan Nur Murni tak valid...tolong betulkan supaya senang untuk orang nak menderma....terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam tuan. Terima kasih atas makluman. Ada 3 digit missing. Saya dah update dan tambah satu lagi number akaun.

      Sesiapa yang berdekatan dialu2kan untuk melawat mereka, in sya Allah, akan terbuka hati untuk membantu lebih lagi bila melihat wajah-wajah yang dahagakan kasih sayang.

      Delete
    2. di manakah harus saya merujuk utk pengambilan anak angkat yg berusia 10 tahun ke bawah?

      Delete
    3. saya berminat utk mengambil anak angkat.ada sesiapa dpt bantu sy?

      Delete
    4. Harap maklumat dari link / URL di bawah dapat membantu.....

      http://anak.jkm.gov.my/paponline/index.php?menu=info

      Delete
    5. Assalammualaikum .. boleh terangkan macam mana prosedure melawat anak2 ni X ? Saya dh lama berniat nak ambil ank angkat walaupn dh ada ank sendiri . Niat saya tu dh lama sejak saya blom kawen lagi . Suami X galakkan ambil ank angkat walaupn saya kecewa dihati tapi sekurang2nya saya boleh melawat anak2 ni . Teringin nk peluk cium dn berkasih syg dngn ank2 mcm ni . Cita2 paling besar saya dari dulu lagi .

      Delete
  4. rumah anak yatim pusat jagaan nur murni ada contact no tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply....sila hubungi Ibu Shima di talian 011.2307.7937.

      Delete
  5. Kalau nak derma pakaian terpakai tapi masih elok..agak2 pusat2 penjagaan anak yatim ni nak terima x ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tempat lain saya tak tahu. Tapi Pusat Penjagaan Nur Murni tu boleh dipertimbangkan sebab ia diuruskan oleh NGO dan sukarelawan. Kewangan mereka agak terbatas untuk membeli pakaian yang cantik-cantik untuk anak-anak jagaan mereka.

      Delete
  6. ..s pagi..d pusat anak yatim miri, tudan ada tak court tennis..? Kita boleh buat latihan secara percuma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setahu saya tiada. Seeloknya tuan buat lawatan muhibah ke sana. Mungkin ada sesuatu yang boleh dilakukan dengan kemudahan sedia ada.

      Delete
  7. Assalamualaikum.. nak tnya waktu melawat terhad ke ?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum.boleh bg no akaun rumah anak yatim bintulu?

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Sekolah kami ada cadangan untuk adakan lawatan ke rumah ini... Adakah dibolehkan... Jika boleh apakah prosedur yang perlu dibuat.. Tr kasih

    ReplyDelete
  10. Salam. Pertubuhan kebajjkan kanak2 di gita tu di area mana?

    ReplyDelete
  11. Aslm..kalau nak bt lawatan saya bawak anak2 blh x ..

    ReplyDelete
  12. Semua anak yatim yg diberada di pusat jagaan tsebut semua muslim or non muslim... Klu ada non muslim niat nak ambil anak angkat... Jika ada mohon bantuan tuan... Plzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak apply anak angkat Non Muslim macam mana caranya

      Delete
  13. Kalau seseorang ibu tunggal itu.. Tidak mampu untuk menjaga anak nya buat sementara waktu.. Kerana tiada yg hendak menjaga anaknya semasa ibu bekerja... Boleh ke si ibu menghantar anaknya ke pusat² jagaan ini? Dan apabila sudah tiada kesulitan untuk si ibu menjaga nya.. Masih boleh kah si ibu menuntut balik anak nya?? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  14. Nak cari anak angkat non muslim ...sekiranya ada bagaimana cara nak apply...mohon pencerahan..

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Boleh x nyatakan barang kperluan yg boleh kami sumbangan selain drpd wang tunai ?

    ReplyDelete