Nuffnang Adv

Thursday 22 June 2017

Sejarah > Peta Lama Pra-Malaysia dan Asia.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya nak kongsikan peta-peta lama sebelum terbentuknya Negara Malaysia yang sekarang.

Saya bukan pakar sejarah, cuma habit saya suka tengok peta sejak dulu. Maaf kalau tuan-tuan dan puan-puan tak jumpa apa yang diharapkan di sini.


Asia, 1542 M.

India Extrema XIX Nova Tabvla, 1542 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: India Extrema XIX Nova Tabvla.
Pelukis: Sebastian Munster.
Tempat / Tarikh: Basle, Switzerland / 1542 M.

Peta ini merupakan peta moden Benua Asia yang pertama.

Kelihatan dalam peta, Semenanjung Malaysia sebagai Malaqua manakala Pulau Borneo disebut Porne.

Pada tahun 1542, Melaka baru saja 31 tahun jatuh ke tangan Portugis. Kesultanan Brunei telah wujud ketika ini, berada di bawah Sultan ke 8 iaitu Sultan Saiful Rijal (1533 - 1581 M).


Asia, 1545 M.

India Extrema XXIIII Nova Tabvla, 1545 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: India Extrema XIX Nova Tabvla.
Pelukis: Sebastian Munster.
Tempat / Tarikh: Basle, Switzerland / 1545 M.

Jelas sekali ini adalah edisi tambahbaik dari keluaran 1542.


Asia, 1548 M.


India Tercera Nova Tabvla, 1548 M
Photo Credit: https://img.raremaps.com


Asia, 1574 M.

Asiae Nova Descriptio, 1574 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: Asiae Nova Descriptio.
Pelukis: Abraham Ortelius.
Tempat / Tarikh: Antwerp / 1574 M.

Keseluruhan Semenanjung Malaysia dilabel sebagi Malaca. Borneo telah ditanda dengan jelas, walau bagaimana pun, nama-nama tempat di dalam peta belum diketahui.


Asia, 1580 M.

Il Disegno Della Terza Parte Dell' Asia, 1580 M.

Tajuk: Il Disegno Della Terza Parte Dell' Asia.
Pelukis: Giacomo Gastaldi.
Tempat / Tahun: Rome / 1580 M.

Di sebelah Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, telah tercatat nama Pulolima. Saya percaya ia adalah Pulau Lima yang terletak dalam kawasan Pulau Sibu di Mersing.

Di luar pantai Sabah pula, tercatat nama Pulotiga, saya percaya ia adalah Pulau Tiga yang terletak di luar pantai Papar, Sabah.


Asia, Partium Orbis Maxima, 1593 M.

Asia, Partium Orbis Maxima, 1593 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com
Tajuk: Asia, Partium Orbis Maxima.
Pelukis: Gerard De Jode.
Tempat, Tahun: Antwerp, 1593 M.


Asia, 1594 M.


Asia, 1594 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: Asia.
Pelukis: Giuseppe Rosaccio.
Tempat, Tahun: Venice, 1594 M.


Eropah, Afrika dan Asia, 1600 M.

Christianographie, 1600 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: Christianographie.
Pelukis: Ephraim Pagitt.
Tempat, Tahun: London (?), 1600 M.


Asia, 1603 M.

Asiae Nova Descriptio, 1603 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com
Tajuk: Asiae Nova Descriptio.
Pelukis: Hernando de Solis.
Tempat, Tarikh: Valladolid, 1603 M.


Asia, 1606 M.

Asia Nova Descriptio Auctore, 1606 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: Asiae Nova Descriptio.
Pelukis: Joducus Hondius.
Tempat, Tarikh: Amsterdam, 1606 M.


Asia, 1612.

Asia, 1612 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: Asia.
Pelukis: Barent Langenes.
Tempat, Tarikh: Amsterdam, 1612 M.

Asia, 1625 M.

Asia, 1625 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: Asia.
Pelukis: Samuel Purchas & Jodocus Hondius.
Tempat, Tarikh: London, 1625 M.


Asia, 1635 M.

Asia, 1635 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: Asia Noviter Delineata.
Pelukis:Willem Janszoon Blaeu.
Tempat, Tarikh: Amsterdam, 1635 M.


Asia, 1636 M.

Christianographie, 1636 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: Christianographie.
Pelukis: Ephraim Pagitt.
Tempat, Tarikh: London, 1636 M.


Asia, 1638 M.

Asia, 1638 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: Asia.
Pelukis: Jan Jansson.
Tempat, Tarikh: Amsterdam, 1638 M.


India, 1650 M.

India, 1650 M.
Photo Credit: https://andrikyrychok.wordpress.com

Asia, 1657 M.

Asiae, 1657 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: Asiae Nova Descriptio.
Pelukis: Claes Jansson Visscher.
Tempat, Tarikh: Amsterdam, 1657 M.


Asia, 1660 M.

Nova Et Exacta Asiae Geographica Descriptio, 1660 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: Nova Et Exacta Asiae Geographica Descriptio.
Pelukis: Hugo Allard.
Tempat, Tarikh: Amsterdam, 1660 M.


Kerajaan Siam, 1700 M.

Kerajaan Siam, 1700 M.
Photo Credit: https://img.raremaps.com

Peta keluaran tahun 1700 M, tapi 4 nama sungai di Johor dah ada dalam peta antarabangsa:

1. Pontian Kecil.
2. Pontian Besar.
3. Sedili Besar.
4. Sedili Kecil.


East-Indies, 1710 M.

East-Indies, 1710 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com


Asia, 1808 M.

Asia, 1808 M.
Photo Credit: http://www.lib.utexas.edu

Label dalam peta:

Semenanjung Malaysia:

Malacca (Melaka).
Pahan (Pahang).

Borneo:

Borneo (Brunei).

Di dalam peta keluaran 1808 M ini, hanya terdapat perkataan Malacca dan Borneo dalam huruf besar, manakala dalam huruf kecil ditulis Pahan, Ini menunjukkan betapa tidak terkenalnya negeri-negeri lain selain dari Melaka dan Pulau Borneo.

Melaka di bawah pemerintahan Residen British bernama Willam Farquhan (1803 - 1818 M). Kalau baca sejarah, Residen British yang memusnahkan peninggalan Belanda pada tahun 1807 M, beliau ni la punya kerja. nasib baik Sir Stamford Raffles datang menyelamatkan peninggalan sejarah Belanda. Kalau tidak, Melaka sekarang tak ada apa nak ditengok, sama je macam tinggalan colonial yang lain. Melaka diserahkan kembali kepada Belanda pada tahun 1818 M di bawah perikatan Vienna.


William Farquhar

Ketika ini juga, Johor di bawah pemerintahan Sultan Johor ke 16 iaitu Sultan Mahmud Shah III (1762 - 1812 M).


Asia, 1840 M.

Asiatic Archipelago, 1840 M.
Photo Credit: http://www.britishempire.co.uk

Label dalam peta:

Semenanjung Malaysia:

Johor
Malacca
Rumbo (Rembau)
Salangore (Selangor)
Perak
P. Penang
Queda (Kedah).
Tringano (Terengganu)
Pahang

Borneo:

Serewa (Sarawak, kini Kuching).
Borneo (Brunei)
Kimanis River (Sungai Kimanis).
Pappal (Papar)
Keenaroot (Kinarut)
Keeney Ballo (Kinabalu)
Sandakan

Pada tahun 1840 M, James Brooke dating ke Sarawak buat kali ke 2 dan membantu Pengeran Muda Hashim menghentikan pemberontakan penduduk tempatan di Seniawan. Kawasan Sarawak pada waktu ini hanyalah di antara Tanjung Datu hingga ke Sungai Samarahan.

Ini adalah peta terakhir sebelum Sarawak diserahkan kepada Rajah Brooke oleh Sultan Brunei pada tahun 1841 M.


British Territory of Malacca, 1854 M.

British Territory of Malacca, 1854 M.
Photo Credit: http://www.lib.utexas.edu

Label dalam peta:

Malacca (Melaka).
Tanjen Cling (Tanjung Kling)
Tanjong Bidara
Pankallang Balla (Pengkalan Balak).
Boekit Gong (Bukit Gong).
Lingee (Linggi).
Boekit Broang (Bukit Beruang). Lokasi berbeza dengan Bukit Beruang yang sekarang.
Doorian Toongul (Durian Tunggal).
Jassin (Jasin).


East Indies, 1855 M.


East Indies, 1855 M.
Photo Credit: https://commons.wikimedia.org

Label dalam peta:

Semenanjung Malaysia:

Johore (Johor).
Mt. Ophir (Gunung Ledang).
Malacca (Melaka).
Parcelar Hill (Bukit Jugra).
Dinding (Manjung).
Prye (Perai).
Penang (Pulau Punang).
George Town.
Lancava I. (Pulau Langkawi).
Queda (Kedah).
Calantan (Kelantan).
Tringany (Terengganu).
Pahang.

Borneo:

Kuching
Patasan.
Sakarana (Skrang).
Rajang (Rejang).
Palo R. (Sungai Paloh).
Egan (Igan). Label merujuk kepada Sungai Igan.
Ury (kini Igan?).
Oyah (Oya).
Bintulu.
Mt. Mula (Gunung Mulu).
Maraboo (Miri).
Bruni or Borneo (Brunei).
Labuan.
Mt. Kini Balu (Gunung Kinabalu).
Kini Balu (Kinabalu).
Sandakan.
Sipadan.

Ulasan:

Patasan. Tak dapat trace apa nama tempat ni sekarang. Berada dalam laluan sungai Batang Lupar. Dilabel Patusan dalam peta di bawah.

Sakarana (Skrang). Nama tempat ni sangat masyhur pada zaman tu mungkin sebab peristiwa pemberontakan Rentap. Sekarang tinggal nama sungai je.

Bintulu. Lagenda menyatakan nama asal Bintulu dari perkataan Metu Ulau yang bermaksud kepala yang dibuang ke sungai.

Nota: Kuala Lumpur dibuka pada tahun 1857 M.


Sarawak, 1860 M.

Sarawak and Dependencies, 1860
Photo Credit: http://www.britishempire.co.uk


Borneo, 1872 M.

Borneo 1872 M.
Photo Credit: https://suluonlinelibrary.wordpress.com


Borneo en Celebes, 1880 M.

Borneo en Celebes, 1880 M.
Photo Credit: https://commons.wikimedia.org

Label dalam peta:

Tandjong Datoe (Tanjung Datu).
Serawak.
Sedang.
Redjang.
K. Sirik.
K. Igan.
Palo (Paloh).
K. Sisir.
Ilas
K. Baran.
Broenei (Brunei).
Laboean (Labuan).
Kini Baloe (Kota Kinabalu).
Sandakan.


Map of North Borneo, 1881 M.



Map of North Borneo, 1881 M.
Photo Credit: https://suluonlinelibrary.files.wordpress.com


Borneo, 1885 M.

Borneo, 1885 M.
Photo Credit: https://img.raremaps.com

British North Borneo, 1888 M.

British North Borneo, 1888.
Photo Credit: http://www.britishempire.co.uk


North Borneo, Labuan and Hong Kong, 1888 M.

North Borneo, Labuan and Hong Kong, 1888 M.
Photo Credit: https://commons.wikimedia.org


North Borneo, 1888 M.


North Borneo, 1888 M.
Photo Credit: https://commons.wikimedia.org

Label dalam peta:

Limbang R. (Sungai Limbang).
Trusan R. (Sungai Trusan).
Labuan I. (WP Labuan).
Kimanis Bay
Gaya I. (Pulau Gaya).
Mt. Kinabalu.
Marudu (Kota Marudu).
Sandakan Harb. (Sandakan).


Asia, 1892 M.

Asia, 1892 M.
Photo Credit: http://www.lib.utexas.edu


Asia, 1901 M.

Asiatic Archipelago, 1901 M.
Photo Credit: http://www.britishempire.co.uk

Label dalam peta:

Semenanjung Malaysia:

Johor Bharu
Johor Lama (Kota Tinggi).
Moar (Muar).
Lungga.
Mt. Ophir (Gunung Ledang).
Malacca (Melaka).
Johol.
Sungei Ujong.
Langat.
Klang.
Sabba (Sabak Bernam).
Dinding (Manjung).
Perak.
P. Pinang.
Kedah.
Kangor.
Kelantan.
Tringkanu (Terengganu).
Pahang.
Pekan. R. Rumpen (Sungai Rompin).

Borneo:

P. Datu.
Lundu.
Sarawak.
Jami.
Batang Lupar R. (Batang Lupar).
Sarebas (Saribas).
Kobong (Kabong).
Rejang R. (Sungai Rejang).
Palo (Paloh).
Bobos.
Bruit.
Pt. Sirik.
Bruit R. (Sungai Bruit).
Egan.
Bakong.
R. Oya (Sungai Oya).
Mukah.
R. Mukah (Sungai Mukah).
Balinean (Balingian).
Tatan R. (Sungai Tatau).
Bintulu.
Bintulu R. (Sungai Kemena).
Kanowit.
Rejang R. (Sungai rejang).
Balleh.
Soi R. (Sungai Suai).
Sohuti R. (Sungai Sibuti).
Mt. Silungen (?).
Mt. Lambir (Bukit Lambir).
Pt. Barram (?).
Barram R. (Sungai Baram).
Mt. Mulu (Gunung Mulu).
Batu Gading (?).
Brunei
Limbang R. (Sungai Limbang).
Sundar R. (Sungai Sundai).
Padas (?).
Kimanis B. (?).
Papar.
Kini Balu Mt. (Gunung Kinabalu).
Kudat.
Marudu B.
Sandakan Harb.
Kinibatangan R. (Sungai Kinabatangan).
Mt. Silam (?).
Kalabacking R. (Sungai Kalabakan).

Tahun 1901 lagi orang Eropah dah ada peta yang lengkap, patutlah mereka senang nak jajah kita. Maknanya seawal abad ke 19 lagi, habis segala cerok rantau dah kena selongkar. Tiada lagi yang rahsia.


Istana Sultan Johor, 1902 M.

Istana Sultan Johor, 1902 M.
Photo Credit: http://ppunlimited.blogspot.my

Lebih dari 100 tahun usia peta ini, tetapi 90 % jalan-jalan yang ditunjukkan masih wujud hingga kini, hanya beberapa bangunan asal lenyap ditelan zaman.


British North Borneo, 1903 M.

British North Borneo, 1903 M.
Photo Credit: http://www.britishempire.co.uk


North Borneo, Brunei & Sarawak, 1906 M.


North Borneo, Brunei & Sarawak, 1906 M.
Photo Credit: http://www.britishempire.co.uk


Asia, 1926 M.

Medieval Commerce (Asia), 1926 M.
Photo Credit: http://www.lib.utexas.edu

Peta tahun 1920an, hanya Malacca dan Brunei saya dilabelkan di dalam peta Asia. Ini menunjukkan betapa besar pengaruh dan empayar kedua-dua negeri ini suatu ketika dahulu.


Sarawak, 1930 M.

Sarawak, 1930 M.
Photo Credit: https://anthonyfward.com


The Government of Sarawak, One Dollar, 1935 M.
Photo Credit: http://www.cgbfr.com

The Government of Sarawak, One Dollar, 1935 M.
Photo Credit: http://www.cgbfr.com


East Borneo, 1944 M.

East Borneo, 1944 M.
Photo Credit: http://www.britishempire.co.uk

Peta di atas adalah peta Borneo Timur atau pun Kalimantan Utara, Indonesia. Sengaja saya masukkan di sini kerana ada sebahagian kecil bahagian Sarawak ada dalam peta tersebut. Ini menunjukkan bahawa sejak pertengahan abad ke 20 lagi pihak tentera Amerika telah memiliki butiran terperinci tentang rupabentuk negara kita.


Colony of North Borneo, 1949 M.

Colony of North Borneo, 1949 M.
Photo Credit: http://www.safarimuseum.com

North Borneo diletakkan di bawah Jajahan British sejak 15 Julai 1946 setelah North Borneo Chartered Company tidak mampu membangunkan semula North Borneo selepas Perang Dunia ke 2 tamat. Pusat pemerintahan atau ibunegeri juga dipaindahkan dari Sandakan ke Jesselton.


Air France, 1952 M.

Air France, 1952 M
Photo Credit: https://www.raremaps.com

Tajuk: Air France.
Pelukis: Lucien Boucher.
Tempat, Tarikh:  1952 M.

Dalam peta dunia yang dibuat untuk Air France ini, hanya Singapore dan Labuan saja dilabel. Ini menunjukkan pengaruh yang kuat kedua-dua tempat ini pada zaman itu.


Colony of North Borneo, 1956 M.

Colony of North Borneo, 1956 M.
Photo Credit: http://www.britishempire.co.uk

Rasanya kesemua label dalam peta masih ada sehingga hari ini kecuali Jesselton yang telah ditukar nama kepada Kota Kinabalu pada 22 Disember 1967.

2 comments:

  1. Salam

    Saya minta izin untuk save atau screenshot salah satu peta Asia untuk kajian.

    ReplyDelete
  2. Patasan (Borneo/ berhampiran Sri Aman / Simanggang) itu mungkin Negeri Patusan (antara senarai negeri yang hilang di Sarawak.

    ReplyDelete