Nuffnang Adv

Tuesday, 4 April 2017

Motosikal > Blowpipe Run di Borneo.

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Hari ni nak share tentang Blowpipe Run atau singkatannya BR. Suatu misi idaman para rider seluruh Borneo dan semua yang pernah menunggang motosikal jarak jauh di rantau sebelah sini.


Blowpipe Run 1300 km Patch
Photo Credit: Blowpipe Run Graduates Facebook Page


Apa itu BR? BR adalah satu event di mana kita menunggang motosikal mengikut kategori tertentu sama ada secara solo atau berkumpulan, dari Cat Statue di Kuching ke Marlin Statue di Kota Kinabalu atau sebaliknya, mesti bertolak dan sampai ke destinasi dalam masa 24 jam pada haribulan kalendar yang sama.

Saya adalah BR Graduate #77. Setelah sekian lama mengimpikan untuk melakukan BR, saya telah selamat melakukannya bersama dua orang lagi rakan saya iaitu Cikgu Atta dan Dr Syafiq pada 30/11/2016 dengan jentera Honda CRF250L.


Laluan Blowpipe Run 1300 km


BR dilakukan buat pertama kali oleh Alex Stmrock pada 25/02/2011 dengan menggunakan jentera KTM 690R Duke, seterusnya diikuti oleh Peter McGinnes dari Australia pada 05/04/2011 dengan menggunakan jentera Kawasaki ER6N. Sejak dari itu, BR menjadi acara sepanjang tahun hingga ke hari ini.

Jarak sebenar mungkin sekitar 1250 km saja, tapi dipermudahkan dengan menyebutnya 1300 km. Misi ini memang agak mencabar. Boleh dikatakan hampir 25 % peserta BR gagal menamatkan perjalanan.

Antara cabaran yang perlu diharungi antaranya:

1. Jarak yang jauh. 1300 km dalam masa 24 jam agak extreme bagi kebanyakan orang.
2. Keadaan jalan yang buruk terutama sekali antara Sibu ke Bintulu.
3. Keadaan cuaca tidak menentu. Hujan dan panas sepanjang jalan.
4. Terdapat 10 Pos Pemeriksaan Imigresen dan Kastam perlu dilalui. 5 Pos Pemeriksaan Sarawak, 4 Pos Pemeriksaan Brunei, 1 Pos Pemeriksaan Sabah. Masa operasi juga terhad.
5. Masa operasi Stesyen Minyak dalam waktu terhad.
6. Tersesat di Brunei dan Kota Kinabalu.

Sila klik untuk panduan merentasi Brunei (Sungai Tujoh ke Kuala Lurah):
Brunei: Sungai Tujoh Check Point ke Kuala Lurah Check Point.

Siapa yang layak melakukan BR untuk kategori motosikal?

1. Semua jenis jentera beroda dua tanpa mengira sesaran enjin.
2. Peserta mesti menunggang dari mula garis permulaan ke garisan penamat.

p/s: Terdapat juga acara BR berpembonceng dan BR berkereta. Kita cerita di masa yang lain kalau berkesempatan.

Apa yang perlu dilakukan jika ingin melakukan BR?

1. Kenali mekanisme BR.
2. Hubungi wakil BR.
3. Buka topic baru di halaman Facebook Borneo Blowpipe Run. Nyatakan nama peserta BR, jenis jentera, tempat dan masa bertolak.
4. Bertolak dari tempat dari tempat dan pada masa yang dirancang. Pelepasan dilakukan oleh wakil BR.
5. Kemaskini status lokasi dan masa di Facebook.
6. Wakil BR akan menunggu di garisan penamat. Update status di Facebook.

Tips BR dari Barat ke Timur, Kuching ke Kota Kinabalu:

1. Kuching - Serian: Laluan Samarahan Expressway lebih selesa berbanding Jalan Lama Kuching - Serian, kurang Traffic Light.
2. Serian - Sarikei: Selepas Stesyen Minyak PETRONAS Serian, tiada lagi stesyen minyak 24 jam sehingga sampai ke Sarikei. Serian - Sarikei 291 km!
3. Sibu - Bintulu: Berhati-hati lebih lagi bila melalui jalan Sibu - Bintulu. Banyak lubang yang berpotensi meragut nyawa.
4. Bintulu - Miri: Elakkan melalui jalan lama Bintulu - Miri, sila gunakan laluan Jalan Nyabau, Jalan Tg. Kidurong dan Jalan Samalaju. Jalan lama Bintulu - Miri lebih jauh dan sedang dalam pembinaan Pan Borneo Highway.
5. Sungai Tujuh - Kuala Lurah: Buat homework. Bagi yang tak biasa, bawa catatan laluan untuk ke Pos Imigresen Kuala Lurah.
6. Kimanis - Kota Kinabalu: Selepas dari Kimanis, jangan terlepas simpang ke Papar. Perjalanannya terasa sangatlah jauh tanpa melalui Pekan Papar.

Tips BR dari Timur ke Barat, Kota Kinabalu ke Kuching:

1. Kota Kinabalu - Lawas: Oleh kerana Pos Imigresen Sindumin hanya dibuka pada pukul 6.00 pagi, kebanyakan peserta BR bertolak pada pukul 4.00 pagi dari Kota Kinabalu. Awal sangat pun tak berbaloi tunggu Immigresen buka.
2. Solat Subuh: Boleh target berhenti Solat Subuh di Masjid Sindumin Sipitang. Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. AlFatihah dari kawan-kawan Facebook tak bermakna kalau kamu tak solat.
3. Kuala Lurah - Sungai Tujuh: Sama juga, kena buat homework untuk keluar ke Lebuhraya Tutong - Telisai.
4. Miri - Bintulu: Elakkan melalui jalan lama Miri - Bintulu, sila gunakan laluan Jalan Bakam, Jalan Sungai Saeh, dan Jalan Niah - Samalaju. Jalan lama Miri - Bintulu lebih jauh dan sedang dalam pembinaan Pan Borneo Highway.
5. Bintulu - Jalan Sibu: Dari Tanjung Kidurong, terus masuk ke Jalan Nyabau dan seterusnya ke Sibu. Secara asasnya akan melalui Stesyen Minyak Shell Jalan Samalaju, PSS Kidurong 2 dan PSS Kemena. Boleh isi minyak di mana-mana stesyen yang berkenan di hati. Tapi kalau nak berhenti solat, pilih Stesyen Minyak PETRONAS.
6. Bintulu - Sibu: Berhati-hati lebih lagi bila melalui jalan Bintulu - Sibu. Banyak lubang yang berpotensi meragut nyawa.

Berikut adalah senarai penuh para BR Graduates setakat hari ini:

2011:

1. Alex Stmrock Wong (Sarawak, Malaysia).
25/02/11 KTM 690R Duke, 19H 57M, KK - KCH (S, BR Open).
22/03/15 Ducati MTS 1200S, 13H 03M, KCH - KK (S, BR Open).
23/03/15 Ducati MTS 1200S, 17H 18M, KK - KCH (S, BR Open).
25/03/15 BMW K1600GTL, 13H 48M, KCH - KK (S, BR Open).

2. Peter McGinnes (Australia).
05/04/11 Kawasaki ER6N, 17H 00M, KCH - KK (S, BR Open).

3. Silas Dema Michael (Sarawak, Malaysia).
13/06/11 Kawasaki 750, 13H 10M, KK - KCH (S, BR Open).
01/01/13 Kawasaki Versys 1000, 15H 00M, KK - KCH, (WP, BR Open).
13/04/13 Kawasaki Versys 1000, 12H 57M, KK - KCH (S, BR Open).
01/07/13 Kawasaki Versys 1000, 13H 09M, KK - KCH (S, BR Open).
31/12/13 Ducati MTS 1200 ABS, 12H 50M, KK - KCH (S, BR Open).
29/05/14 BMW R1200GS, 12H 40M, KK - KCH (S, BR Open).
05/01/15 BMW R1200GS, 11H 34M, KCH - KK (S, BR Open).
*2nd Fastest Solo BR Open to date, record broken on 01/10/17 by Chan Wei (BR#21).
27/08/16 Aprilia Tuono V4R, 12H 16M, KK - KCH (S, BR Open).
09/03/17 BMW R1200GS, 12H 27M, KCH - KK, (G2, BR Open)

Sepanjang tahun 2011, 3 orang berjaya melakukannya. Mereka adalah lagenda.


2012:

4. ZaiBrunei PH Ahmad (Brunei).
13/06/12 Honda VFR1200F, 23H 20M, KCH - KK, (G12, BR Open).
10/06/13 Honda VFR1200F, 13H 56M, KCH - KK,  (G3, BR Open).

5. Sham Yamaha (Brunei).
13/06/12 Yamaha R1, 23H 20M, KCH - KK, (G12, BR Open).

6. Mamat Eddy Sabli @ Selipar Buruk (Brunei).
13/06/12 Yamaha FZ6, 23H 20M, KCH - KK, (G12, BR Open).

7. Aarone SiBiar (Brunei).
13/06/12 Honda CBR1000R, 23H 20M, KCH - KK, (G12, BR Open).

8. Joshua Foo (Brunei).
13/06/12 Honda CB1000, 23H 20M, KCH - KK, (G12, BR Open).

9. Dave Speedster @ Azri Bin Hj Md Taha (Brunei).
13/06/12 Honda CB1000, 23H 20M, KCH - KK, (G12, BR Open).
03/09/15 Suzuki V-Strom, 20H 41M, KK - KCH, (G6, BR Open).

10. Hafiz Kep (Brunei).
13/06/12 Honda CBR600R, 23H 20M, KCH - KK, (G12, BR Open).

11. Aliuddin Hs R Enam (Brunei).
13/06/12 Yamaha R6, 23H 20M, KCH - KK, (G12, BR Open).

12. Ali Radin (Brunei).
13/06/12 Yamaha Super Tenere 1200, 23H 20M, KCH - KK, (G12, BR Open).

13. Mohd Fadzlan Abdullah (Brunei).
13/06/12 Suzuki GSXR750R, 23H 20M, KCH - KK, (G12, BR Open).

14. Hj Ebbie (Brunei).
13/06/12 Yamaha Royal Star 1300, 23H 20M, KCH - KK, (G12, BR Open).

15. Malinda Nataniel (Sabah, Malaysia).
13/06/12 Kawasaki Versys 650, 23H 20M, KCH - KK, (G12, BR Open).
19/04/13 Kawasaki Versys 650, 17H 49M, KK - KCH, (S, BR Open).
31/08/15 Kawasaki Versys 650, 16H 50M, KK - KCH, (S, BR Open).
07/09/15 Kawasaki Versys 650, 16H 53M, KCH - KK, (S, BR Open).
20/03/17 Kawasaki Versys 650, 17H 05M, KK - KCH, (S, BR Open) > IBA Saddlesore 1600 km (< 24 hours).
21/03/17 Kawasaki Versys 650, 18H 20M, KCH - KK, (S, BR Open) > IBA Bun Burner 3200 km (< 36 hrs, recorded 35H 38M)

Malinda Nataniel adalah rider wanita pertama melakukan BR, juga rider wanita yang melakukan BR setakat ini. Bukan itu saja, beliau juga telah melakukan Saddlesore 1600 km (20/03/2017) dan Bun Burner 3200 km (21/03/2017) di bawah seliaan Iron Butt Association (IBA). Wanita bro......wanita! ;p

16. Doc M Alhady (Sarawak, Malaysia).
01/09/12 KTM SMT 990, 19H 51M, KCH - KK, (G4, BR Open).

17. Endy A Nawawie (Sarawak, Malaysia).
01/09/12 KTM SMT 990, 19H 51M, KCH - KK, (G4, BR Open).
02/03/13 KTM 990 SMT, 16H 55M, KK - KCH, (S, BR Open).
05/05/14 KTM 990 SMT, 13H 42M, KK - KCH, (S, BR Open).
13/07/16 KTM 990 SMT, 14H 59M, KK - KCH, (S, BR Open).
28/08/16 KTM 990 SMT, 19H 01M, KCH - KK, (G2, BR Open).
30/08/16 KTM 990 SMT, 15H 05M, KK - KCH, (G2, BR Open).

18. Rudy @ Dee More.
01/09/12 KTM SMT 990, 19H 51M, KCH - KK, (G4, BR Open).

19. Khairz Wongz.
01/09/12 Kawasaki Versys 1000, 19H 51M, KCH - KK, (G4, BR Open).

Tahun 2012 menutup tirai dengan tambahan 16 orang lagi BR Graduates.


2013:

20. Bohari Saee.
08/02/13 Triumph Tiger 800XC, 16H 00M, KK - KCH, (S, BR Open).
21/06/14 Triumph Tiger 800XC, 13H 00M, KK - KCH, (G2, BR Open).

21. Chan Wei (Sarawak, Malaysia).
28/02/13 Ducati MTS 1200S, 14H 46M, KK - KCH, (S, BR Open).
14/12/14 Ducati MTS1200S & Pike Peaks Edition, 11H 40M, KCH - KK, (G2, BR Open).
*Fastest Group BR Open to date.
01/10/17 BMW R1200GSA, 11H 26M, KCH - KK, (S, BR Open).
*Fastest Solo BR Open to date.


BR Open Solo Category Record Holder
Photo Credit: Alex Stmrock


22.Azahari Ahmat @ Cikgu Apai (Sarawak, Malaysia).
30/03/13 Kawasaki Versys 650, 16H 05M, KK - KCH, (WP, BR Open).

23. Aemyza Morshidi.
06/06/13 Kawasaki Versys 650, 16H 30M, KK - KCH, (G2, BR Open).

24. Mimie Mey Mey
06/06/13 Honda CBR600F, 16H 30M, KK - KCH, (G2, BR Open).
03/09/15 Honda CBR600F, 20H 41M, KK - KCH, (G6, BR Open).

25. Malcolm Meherji.
10/06/13 BMW 1200GSA, 13H 56M, KCH - KK,  (G3, BR Open).

26. Gpyan.
10/06/13 Yamaha R6, 13H 56M, KCH - KK,  (G3, BR Open).

27. Aki Anis (Sarawak, Malaysia).
23/10/13 Honda Wave, 23H 54M, KCH - KK, (G3, BR Cub).
01/09/14 Honda Future 125, 19H 38M, KCH - KK, (S, BR Cub).

28. Adam Patrick.
23/10/13 Honda EX5, 23H 54M, KCH - KK, (G3, BR Cub).

29. Namaku CT Yang.
23/10/13 Kawasaki KLX150, 23H 54M, KCH - KK, (G3, BR3).

30. Krist Joey (Sarawak, Malaysia).
29/10/13 Harley Davidson Ultra Limited, 17H 44M, KK - KCH, (G2, BR Open).

31. Hamzah Jumat.
29/10/13 Harley Davidson Ultra Limited, 17H 44M, KK - KCH, (G2, BR Open).

Hanya 12 orang BR Graduates yang baru pada tahun 2013.


2014:

32. Farhan Sufyan.
21/06/14 Suzuki GSXR, 13H 00M, KK - KCH, (G2, BR Open).

33. Gary Rungom (Sarawak, Malaysia).
09/12/14 KTM Duke 200, 23H 00M, KCH - KK, (G3, BR3)
11/12/14 KTM Duke 200, 19H 38M, KK - KCH, (S, BR3).
10/12/15 KTM Duke 200, 16H 54M, KK - KCH, (G2, BR3).
21/03/17 KTM Duke 200, 20H 12M, KCH - KK (G3, BR3)

34. Muhammad Irfan (Sarawak, Malaysia).
09/12/14 Modenas Jaguh 175, 23H 00M, KCH - KK, (G3, BR3)
10/12/15 Kawasaki Ninja 250, 16H 54M, KK - KCH, (G2, BR3).

35. Clarence Chin (Sarawak, Malaysia).
09/12/14 Demak DZM200, 23H 00M, KCH - KK, (G3, BR3)

36. Alvin Kiong.
14/12/14 Ducati MTS1200S & Pike Peaks Edition, 11H 40M, KCH - KK, (G2, BR Open).
*Fastest Group BR Open to date.

37. Roy Mustang
15/12/14 Kawasaki Ninja 250, 19H 35M, KCH - KK, (S, BR3).

38. Calvin Balang (Sarawak, Malaysia).
21/12/14 Kawasaki Versys 650, 13H 17M, KK - KCH, (S, BR Open).
10/12/15 Triumph Tiger 800XC, 13H 59M, KK- KCH, (S, BR Open).

Tahun 2014 sekali lagi menyaksikan pengurangan BR Graduates yang ketara. Hanya 7 orang BR Graduates pada tahun 2014.


2015:

39. Azrul Azmil Perali (Sarawak, Malaysia).
12/03/15 KTM Duke 390, 14H 06M, KK - KCH, (S, BR2).
04/05/16 KTM Superduke 1290R, 13H 20M, KK - KCH, (G2, BR Open).

40. Norazmi Ihsan @ Azmi Overlander (Perak, Malaysia).
13/03/15 BMW R1200GS, 18H 10M, KCh - KK, (S, BR Open).

41. Naresh Devaraj
27/05/15 Yamaha 135LC, 16H 45M, KK - KCH, (S, BR3).
25/11/15 Yamaha Lagenda 115Fi, 17H 15M, KK - KCH, (S, BR Cub).
*Fastest Solo BR Cub to date.
14/05/16 Yamaha FZ150i, 13H 58M, KK - KCH, (S, BR3).
*Fastest Solo BR3 to date.
15/05/16 KTM Duke 390, 16H 00M, KCH - KK, (S, BR2).

42. Matt Woodward (UK).
08/08/15 Honda TransAlp, 16H 33M, KK - KCH, (S, BR Open).

43. Redzadekk Ahmad (Brunei).
02/09/15 Harley Davidson StreetGlide, 16H 41M, KK - KCH, (S, BR Open).

44. Latif @ Gunung Man
02/09/15 Kawasaki Z1000, 19H 07M, KK - KCH, (G6, BR Open).

45. Razali Ahmad
02/09/15 Kawasaki Z800, 19H 07M, KK - KCH, (G6, BR Open).
05/12/16 Kawasaki Z800, 17H 43M, KCH - KK, (G4, BR Open).

46. Fahmi Adi El Famio
02/09/15 Kawasaki Ninja250R, 19H 07M, KK - KCH, (G6, BR Open).

47. Mazlan Em Moiz
02/09/15 Kawasaki ZX636, 19H 07M, KK - KCH, (G6, BR Open).

48. Mdnajib Lons
02/09/15 Kawasaki ZX10, 19H 07M, KK - KCH, (G6, BR Open).

49. Ali Bikers Man
02/09/15 Benelli TNT600, 19H 07M, KK - KCH, (G6, BR Open).
05/12/16 Honda CBR1000, 17H 43M, KCH - KK, (G4, BR Open).

50. Pg. Hj. Redzuan Bin Pg. Hj. Ahmad Pemoda Bersepadu (Brunei).
03/09/15 Harley Davidson Road Glide, 20H 41M, KK - KCH, (G6, BR Open).

51. Muhammad Al Amin Al Rayyan (Brunei).
03/09/15 Victory, 20H 41M, KK - KCH, (G6, BR Open).

52. Yussof Bin Emrin
03/09/15 Yamaha FJR, 20H 41M, KK - KCH, (G6, BR Open).

53. Nur Ana Marinah @ Sii Puteh EnamRr
03/09/15 Kawasaki 600RR, 20H 41M, KK - KCH, (G6, BR Open).

54. Bronnie Marshall (Sarawak, Malaysia).
06/11/15 Kawasaki Versys 1000, 15H 38M, KK - KCH,  (S, BR Open).

55. Bantang Hassim (Brunei).
04/12/15 Suzuki Hayabusa 1300, 14H 26M, KK - KCH, (G2, BR Open).

56. Sofian Hamdan (Brunei).
04/12/15 Honda ST1300, 14H 26M, KK - KCH, (G2, BR Open).

57. Mohammad Faisal Marusin @ Bibeh Faisal (Brunei).
04/12/15 Yamaha Fazer 1, 17H 32M, KK -KCH, (G3, BR Open).

58. Sapar Zin Said @ Saffarudin Zin Said (Brunei).
04/12/15 Honda CBR600RR, 17H 32M, KK -KCH, (G3, BR Open).

59.Muhammad Nur @ Adillah Yahya (Brunei).
04/12/15 Yamaha Fazer 800, 17H 32M, KK -KCH, (G3, BR Open).

60.Amirul Hafiz (Sarawak, Malaysia).
07/12/15 Yamaha Y15ZR, 17H 07M, KK - KCH, (S, BR3).

61. Ruly Sibat Masiga (Sabah, Malaysia).
12/12/15 Kawasaki Versys 650, 20H 06M, KCH - KK, (S, BR Open).

23 orang BR Graduates sepanjang 2015.


2016:

62. Reynold Jarau
06/02/16 KTM RC 200, 17H 50M, KK - KCH, (G2, BR3)
21/03/17 KTM RC 200, 20H 12M, KCH - KK, (G3, BR3)
23/03/17 KTM RC 200, 15H 50M, KK - KCH (S, BR3)

63. Mohammad Shahrulnizam Rambly
06/02/16 Yamaha R25, 17H 50M, KK - KCH, (G2, BR3)

64. Syam De'single Personvip
21/04/16 Yamaha 135LC, 22H 45M, KCH - KK, (S, BR3).

65. Nelson Bijack (Sarawak, Malaysia).
25/04/16 Kawasaki Versys 650, 16H 47M, KCH - KK, (G2, BR Open).

66. Ruby Wong (Sarawak, Malaysia).
25/04/16 KTM Duke 690, 16H 47M, KCH - KK, (G2, BR Open).

Graduate #65 dan #66 adalah suami isteri.

67. Papamus Mustafa Othman
29/04/16 Kawasaki Versys 650, 19H 06M, KCH - KK, (S, BR Open).

68. Anas Jupry
04/05/16 KTM Superduke 1290R, 13H 20M, KK - KCH, (G2, BR Open) *with #39.

69. Alex Kong
21/05/16 Kawasaki Versys 650, 14H 28M, KK - KCH, (S, BR Open).

70. Sebandi Le (Sarawak, Malaysia).
06/06/16 Yamaha Y15ZR, 19H 20M, KK - KCH, (S, BR3).

71. Jap Kueh Jong (Malaysia).
07/02/17 BMW R1200GS, 15H 46M, KCH - KK, (G5, BR Open)

72.Cbr Amran.
28/08/16 Honda CBR650F, 19H 01M, KCH - KK, (G2, BR Open).
30/08/16 Honda CBR650F, 15H 05M, KK - KCH, (G2, BR Open).

73. AG Mohd Rizam Mahmud (Sabah, Malaysia).
05/09/16 Yamaha XJ6 Diversion, 13H 48M, KCH - KK, (S, BR2).
*Fastest Solo BR2 to date.
04/05/17 Yamaha XJ6 Diversion, 15H 47M, KCH - KK, (S, BR2).


74. Nadel Veldes Joseph (Sabah, Malaysia).
06/09/16 BMW GS1200LC, 16H 35M, KCH - KK, (S, BR Open).

75. Kadir Talip (Sabah, Malaysia).
06/09/16 BMW R9T, 18H 07M, KCH - KK, (S, BR Open).

76. Blues Baik (Sabah, Malaysia).
25/09/16 KTM 1050Adventure, 14H 25M, KCH - KK, (Solo, BR Open).

Blues Baik atau Allahyarham Jaludin Dullah telah terlibat dalam kemalangan jalanraya di Bandaraya Kota Kinabalu pada 25 November 2016. Salam takziah untuk keluarga Allahyarham.

Sumber: Berita Harian
Sumber: Harian Metro

77. Jebat Junior @ Hafiz M (Johor, Malaysia).
30/11/16 Honda CRF250L, 23H 10M, KCH - KK, (G3, BR3).

Saya ingin kongsikan kenangan manis ini bersama semua rakan-rakan dari 9DX-Riders, MLNG SSRC Bikers Club dan seluruh Komuniti CRF250L Malaysia.

78. Shafiq Sibol (Kelantan, Malaysia).
30/11/16 Honda CRF250L, 23H 10M, KCH - KK, (G3, BR3).

79. Atta Nattalie (Melaka, Malaysia).
30/11/16 Honda CRF250L, 23H 10M, KCH - KK, (G3, BR3).

Graduates #77, #78 & # 79 adalah group Supermoto pertama melakukan BR. Mewakili 9DX-Riders, Bintulu.

80. Hazmie Razak (Brunei).
01/12/16 Yamaha R1, 15H 15M, KK - KCH, (G2, BR Open).

81. Aming.
01/12/16 Yamaha R6, 15H 15M, KK - KCH, (G2, BR Open).

82. Daniel Fabian (Sabah, Malaysia).
01/12/16 Honda CBR1000RR, 17H 22M, KK - KCH, (G2, BR Open).

83. Adrian Ang (Labuan, Malaysia).
01/12/16 Kawasaki ZX10R, 17H 22M, KK - KCH, (G2, BR Open).

84. Jeffrey Jalaludin (Sabah, Malaysia).
05/12/16 Honda CB500X, 15H 35M, KCH - KK, (G2, BR Open).

85. Adi @ Aegidius Bin Odoh.
05/12/16 Kawasaki Versys 650, 15H 35M, KCH - KK, (G2, BR Open).

86. Sobr1
05/12/16 BMW 1000RR, 17H 43M, KCH - KK, (G4, BR Open).

87. Yeoh @ Fadzil Mohamad (Sabah, Malaysia).
05/12/16 Kawasaki Z800, 17H 43M, KCH - KK, (G4, BR Open).

88. Meng Willmin Shahimin (Sabah, Malaysia).
05/12/16 Yamaha R25, 18H 05M, KCH - KK, (S, BR3).

89. Boyja Renjer (Sarawak, Malaysia).
25/12/16 KTNS RS3 250, 20H 25M, KK - KCH, (G3, BR3)

90. NisAzizi KamiPunya (Sarawak, Malaysia).
25/12/16 KTNS RS3 250, 20H 25M, KK - KCH, (G3, BR3)

91. Udean Dean (Sarawak, Malaysia).
25/12/16 Honda CRF250M, 20H 25M, KK - KCH, (G3, BR3)

Graduates #89, #90 dan #91 adalah wakil dari Kelab Motard Kuching (KMK).

92. Juliuz Dino (Sarawak, Malaysia).
28/12/16 KTM 200 Duke, 18H 33M, KCH - KK, (S, BR3).

31 orang BR Graduates sepanjang 2016. Tahun teramai BR Graduates setakat ini.


2017:

93. Azzam @ Dontcross Theline (Sabah, Malaysia).
02/01/17 Yamaha 135LC, 16H 49M, KK - KCH (S, BR3).
03/06/17 Yamaha 135LC, 16H 18M, KCH - KK (S, BR3).

94. Syahirsalim Chenko (Sabah, Malaysia).
28/01/17 Kawasaki Ninja 250, 15H 14M, KK - KCH, (G2, BR3)

95. Glenn Zeus (Sabah, Malaysia).
28/01/17 Kawasaki Ninja 250, 15H 14M, KK - KCH, (G2, BR3)

96. Apai Nia (Sarawak, Malaysia).
06/02/17 Honda CBR250R, 22H 40M, KCH - KK, (G4, BR3)

97. Arifin Talep (Sarawak, Malaysia).
06/02/17 Yamaha 135LC, 22H 40M, KCH - KK, (G4, BR3)

98. Johnlee Joe (Sarawak, Malaysia).
06/02/17 Yamaha 135LC, 22H 40M, KCH - KK, (G4, BR3)

99. Ritchie Chie (Sarawak, Malaysia).
06/02/17 Kawasaki Ninja 250SL, 22H 40M, KCH - KK, (G4, BR3)

100. George Lai (Brunei).
07/02/17 BMW R1200GS, 15H 46M, KCH - KK, (G5, BR Open)

101. Salvatore Lina Intrigila (Italy).
07/02/17 Suzuki Bandit 1200, 15H 46M, KCH - KK, (G5, BR Open)

102. Raymond Chia (Brunei).
07/02/17 Yamaha FJR1200, 15H 46M, KCH - KK, (G5, BR Open)

103. Hj. Hairi Hj. Katril (Brunei).
07/02/17 Victory Vision 1700, 15H 46M, KCH - KK, (G5, BR Open)

104. Ah Meng (Sarawak, Malaysia).
09/03/17 BMW R1200GSA, 12H 27M, KCH - KK, (G2, BR Open)
20/03/17 BMW R1200GSA, 17H 05M, KCH - KK, (G2, BR Open)
21/03/17 BMW R1200GSA, 14H 55M, KK - KCH, (G2, BR Open)
22/03/17 BMW R1200GSA, 14H 18M, KCH - KK, (G2, BR Open)
23/03/17 BMW R1200GSA, 15H 00M, KK - KCH, (G2, BR Open)

105. Danny Lee (Sarawak, Malaysia).
20/03/17 BMW R1200GS LC, 17H 05M, KCH - KK, (G2, BR Open)
21/03/17 BMW R1200GS LC, 14H 55M, KK - KCH, (G2, BR Open)
22/03/17 BMW R1200GS LC, 14H 18M, KCH - KK, (G2, BR Open)
23/03/17 BMW R1200GS LC, 15H 00M, KK - KCH, (G2, BR Open)

BR Graduate #104 dan #105 adalah misi BR paling gila setakat ini. Mereka berulang-alik dari Kuching ke Kota Kinabalu selama 4 hari berturut-turut dan menamatkan misi dalam waktu yang singkat, dan paling penting selamat. Mereka memang gila!

106. Nor Shaiful Abd Hamid (Pahang, Malaysia).
21/03/17 KTM Duke 200, 20H 12M, KCH - KK (G3, BR3).

107. Benn Paul (Sarawak, Malaysia).
21/03/17, Benelli TNT300, 20H 12M, KCH - KK, (S, BR2).

108. Boeng Arisya (Sarawak, Malaysia).
14/04/17, Yamaha Y15ZR, 21H 27M, KCH - KK, (G2, BR3).

109. Cambline Joejoe (Sarawak, Malaysia).
14/04/17, Yamaha Y15ZR, 21H 27M, KCH - KK, (G2, BR3).

110. Majid PaintWorks (Sarawak, Malaysia).
08/05/17, Yamaha RXZ, 17H 03M, KK - KCH, (G2, BR3).

111. Md Nur Zahiruddin (Sarawak, Malaysia).
08/05/17, Yamaha RXZ, 17H 03M, KK - KCH, (G2, BR3).

BR Graduate #110 dan #111 adalah jentera 2 Lejang pertama (dan kedua) berjaya menamatkan cabaran BR setelah cubaan-cubaan sebelum ini gagal.

112. Jaxx Zaxx Zakaria (Sarawak, Malaysia).
12/05/17, Kawasaki Versys 650, 13H 28M, KCH - KK, (S, BR2).

113. Timothy SJ (Sarawak, Malaysia).
27/05/17, Honda CB500X, 18H 38M, KK - KCH, (S, BR2).

114. Azman Kepli (Sarawak, Malaysia).
12/07/17, Kawasaki Z800, 12H 19M, KK - KCH, (S, BR Open).

Misi Azman agak mendebarkan seluruh Borneo di mana beliau mencatatkan masa yang sangat baik di sepanjang perjalanan. Walau bagaimana pun, beliau gagal memecahkan rekod BR Open Solo yang dibuat oleh Silas (#3) pada 05/01/2015 dengan catatan masa akhir 11H 34M, Azman hanya ketinggalan 45 minit di belakang. Nota: Masa terbaik BR Open Solo adalah 11H 26M (Chan Wei, 01/10/17).

115. Alfred Wong (Sabah, Malaysia).
16/09/17, BMW R1200GS, 16H 40M, KK - KCH, (G2, BR Open).

116. Stephen Ting (Sarawak, Malaysia).
16/09/17, BMW F800GS, 16H 40M, KK - KCH, (G2, BR Open).

117. Bobby Ban (Sarawak, Malaysia).
27/09/17, Kawasaki Versys 650, 17H 42M, KCH - KK, (G2, BR Open).

118. Piere Jam El (Sarawak, Malaysia).
27/09/17, Honda CB650F, 17H 42M, KCH - KK, (G2, BR Open).

119. Umar Arafiq (Sarawak, Malaysia).
03/10/17, Yamaha R25, 16H 07M, KCH - KK (S, BR3).

120. Hazwan Muhammad (Sarawak, Malaysia).
03/10/17, Yamaha R25, 16H 20M, KCH - KK, (S, BR3).



Solo = (S), Duo = (G2), Trio = (G3), Quartet = (G4) and so on. With Pillion = (WP).
BR Open: More than 601 cc and above.
BR2: Up to 600 cc.
BR3: Up to 250 cc.
BR Cub: Up to 125 cc.

Kemaskini terakhir: 10/10/2017.

10 comments:

  1. Replies
    1. Thanks kak......nanti saya fikir lagi apa mau touch up.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tunggu ada rezeki....sya mau bikin BR3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go ahead....size cc bukan segalanya....asal kau tahan.....saya pun mau try kapcai pulak.

      Delete
  4. I want... But don't know how to register!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Very easy. First, join "Borneo Motorcycle Group" in FB. Then scroll down and see how other Blowpipers do it on line, from registration, start, during the journey and finishing line. No paperwork needed. Just wait for the BR Committee to respond, you are in.

      Where is your location? Perhaps I can help to connect you with the nearest BR Graduate for quick guidance.

      Delete
  5. no. 27 dh melakukan BR Open beberapi kali sebelum tuh dgn GSXR750 ngn GS1200, tapi cuma register as the FIRST BR Cub sbb nk promote yg bukan motor besar je bole buat BR.

    ReplyDelete