Nuffnang Adv

Wednesday 20 January 2016

Kebajikan > Infaq Buku Ilmiah kepada SRIITIZ.

Assalamualaikum.

Bagi mereka yang ada lebihan rezeki berupa bahan bacaan seperti buku-buku baru atau terpakai, majalah kanak-kanak, buku rujukan dan sebagainya bolehlah diinfaqkan kepada Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz (SRIITIZ), Bintulu.

Untuk pengetahuan, SRIITIZ baru memasuki tahun ke dua penubuhannya. Kelas tertinggi setakat 2016 adalah murid tahun 2. Sebagai sebuah sekolah tahfiz swasta dan masih baru, sudah tentulah banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

Selaras dengan perkembangan sekolah, sebuah perpustakaan mini akan diwujudkan untuk keperluan para pelajar. Bahan bacaan yang diperlukan hendaklah bersesuaian dengan murid-murid tahun 1 hingga 6, walau bagaimana pun keutamaan sehingga tahun 2 bagi tahun 2016.

Semoga setiap sen yang kita keluarkan ke jalan Allah akan mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak.


Bagi mereka yang berhajat untuk menghantar bahan bacaan, bolehlah berhubung dengan wakil pihak sekolah:

Mohd Sazlan (019-835 5036), Cikgu Izra (014-879 9794) atau Ustazah Yati (012-804 2204).

Untuk menyalurkan bantuan berupa kewangan pula, bolehlah dimasukkan terus ke akaun:

Nama Bank: Bank Islam
No Akaun: 11031022091130
Pemilik Akaun: Tetuan Jemaah Ibu Bapa dan Guru (JIBG) SRIITIZ

3 comments:

  1. Salam bang,saya masih confuse nk amik y15 atau rs,sbb y15 x da kick starter,jadi klau jdi apa2 kna tolak la jwbnya,lagi satu btri ni cm mna nk tahu yg dia nak hampir hbis,trima kasih,hrp boleh bntu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maklumlah saya baru hbis skola,msa skola dlu balik naik bas ja,kwn2 smua superbike pon ade,skrang dh ada lesen kaki tak bokeh nak diam,tapi memang tak tahu nk bawa moto clutch ni😂

      Delete
    2. Wa alaikumussalam. Salah tempat tuan pos ni, tapi tak apalah, saya cuba jawab.

      Y15ZR VS RS150R kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

      Y15ZR tak ada Kick Starter bukan masalah besar. Ciri-ciri asas sebuah Superbike. Tolak sajalah. Battery life span biasanya 2 tahun. Kalau satu hari tiba-tiba battery dah hilang charge, just tukar baru. Jentera guna Fuel Injection tak dapat beroperasi dengan flat battery.

      Tak tahu bawa motor clutch no problem. Semua orang ada harinya dia mula2 belajar perkara baru.

      Delete