Nuffnang Adv

Tuesday, 13 January 2015

Autism > Kad OKU JKM.

Pengenalan:

Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.


Objektif pendaftaran OKU:
  1. Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
  2. Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
  3. Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

Definisi OKU:

Menurut Akta 685, Akta Orang Kurang Upaya 2008:-
"Orang Kurang Upaya" termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.



Kategori OKU:

Autisme menurut takrifan Jabatan Kebajikan Masyarakat dimasukkan di bawah kategori Masalah Pembelajaran.

Masalah Pembelajaran:

Masalah Pembelajaran bermaksud masalah kecerdasan otak yang tidak selaras dengan usia biologikalnya. Mereka yang tergolong dalam kategori ini ialah Lewat Perkembangan Global, Sindrom Down dan kurang upaya intelektual. Kategori ini juga merangkumi keadaan yang menjejaskan kemampuan pembelajaran individu seperti autisme (autistic spectrum disorder), Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) dan masalah pembelajaran spesifik seperti (dyslexia, dyscalculia dan dysgraphia).


Kad OKU:

Kad OKU adalah suatu tanda pengenalan diri yang dikeluarkan kepada orang kurang upaya yang berdaftar dengan Jabatan bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang berkenaan.

Menurut Undang-undang Malaysia, Akta 685, AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008,

Seksyen 2: "Kad OKU" ertinya kad yang dikeluarkan di bawah seksyen 25.
Seksyen 25 (1): Pendaftar hendaklah mengeluarkan Kad OKU kepada seseorang yang berdaftar sebagai orang kurang upaya.

Berikut adalah panduan untuk mendapatkan kad OKU:

1. Pastikan anak-anak mempunyai ciri-ciri Autisme (atau ciri-ciri kurang upaya yang lain) berdasarkan simptom-simptom tertentu.

2. Dapatkan nasihat dan pandangan doktor pakar kanak-kanak (Swasta atau Kerajaan).

3. Setelah disahkan mengalami Autisme atau kategori Kurang Upaya yang lain, isi Borang BPPOKU (Pindaan 1/2012). Untuk mengisi borang ini, sila dapatkan nasihat dari pejabat JKM terdekat, mungkin prosedur pengisian borang dan pengesahan berbeza-beza mengikut pemahaman pegawai JKM di tempat masing-masing. Apa pun, paling penting adalah mendapatkan pengesahan Doktor. Sesetengah tempat mungkin hanya menerima pengesahan dari Doktor Kerajaan sahaja.

Contoh Borang BPPOKU (Pindaan 1/2012) yang telah mendapat pengesahan doktor.

4. Borang yang telah lengkap dan disahkan beserta sekeping gambar berukuran passport dan salinan dokumen sokongan seperti Sijil Kelahiran dan MyKid diserahkan kepada pegawai JKM.

5. Kad OKU akan diproses dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh pegawai JKM (bergantung kepada kecekapan pegawai JKM di tempat masing-masing).


Syarat-syarat pendaftaran:
  1. Warganegara yang bermastautin di Malaysia
  2. Telah disahkan / diperakui oleh Pegawai Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri atau Pakar Perubatan Swasta.

Penukaran kad OKU:

Penukaran kad OKU boleh dilakukan di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian disebabkan :

  1. Kad OKU hilang;
  2. Kad OKU rosak;
  3. Mencapai umur 18 tahun; dan
  4. Perubahan kategori ketidakupayaan.

Sumber rujukan: Portal Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Tahukah anda? Status permohonan Kad OKU boleh disemak secara dalam talian. Sila klik di sini. Segala butir-butir yang ditulis di dalam Borang BPPOKU (Pindaan 1/2012) telah dikemaskini secara dalam talian.

38 comments:


  1. Assalam...saya baru mahu memohon dan telah berhubung dengan JKM Daerah cucu saya tiggal. Terima kasih kerana maklumat yang dicatatkan!BarakaAllah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Terima kasih sudi singgah. Biasanya 3 bulan siaplah kad tu. Lepas 3 bulan call je Pejabat JKM Tanya.

      Pemegang kad OKU boleh buat Passport Antarabangsa secara percuma. Kalau masuk tempat-tempat awam berbayar contohnya Zoo, atau taman2 berbayar, cuba tanya pihak kaunter ada tak diskaun utk pemegang kad OKU, kebanyakan tempat termasuk tempat2 persendirian bagi masuk percuma.

      Delete
  2. Assalam.
    Utk penukaran kad oku baru..kena sedia gambar pasport or akn ambil kat sana mcm buat ic tu ?

    ReplyDelete
  3. Assalam.
    Utk penukaran kad oku baru..kena sedia gambar pasport or akn ambil kat sana mcm buat ic tu ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Saya tak pasti puan. Seeloknya puan call pejabat JKM tempat puan nak buat tu. Kadang-kadang, perkara remeh mcm ni lain pejabat, lain SOP dia. As a start, cuba call JKM Putrajaya, 03-80008000.

      Delete
  4. Assallammualaikum..saya nk bertanya..anak sy baru je mohon kad oku..bila saya check online.. Dekat situ tulis belum terima apa2.. Mcm mna yea tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Lebih baik call saja terus ke JKM. Sistem online ni selalunya indah khabar dari rupa. Berurusan dengan agensi kerajaan mmg memerlukan kesabaran luarbiasa. Harap ketika ni kad anak puan dah siap.

      Delete
    2. Kad OKU boleh siap kurang dari sebulan bagi pejabat-pejabat JKM yang moden. Kalau pejabat JKM berada di kawasan pedalaman mungkin mengambil masa sehingga 3 bulan.

      Delete
  5. Assalam ganti kad oku kna byar rm100 btol ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Setahu saya kad OKU adalah percuma.

      Delete
  6. Assalammualaikum maaf nk tnya,adk sy dilahirkn sempurna ms umor 4 or 5 thn dia kena demam panas,skrng umor dia 25,ms sekolah dia xtau menulis,tulis pn terbalik2,kira2 pn xtau,keputusann peperiksaan memang xdpt nk gmbrkn tu dikira ketegori oku k?atau perlu dptkn pengesahan hospital,mohon pencerahan,terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Ye, beliau perlu dirujuk dengan doctor. Late is better than never. Kesian beliau, mungkin banyak hak beliau yang telah dinafikan kerana kekurangan beliau dan kecuaian pihak yang menjaganya. Pada pandangan saya, beliau mungkin masuk kategori Masalah Pembelajaran. Kalau betul caranya, ada bantuan kerajaan yang khusus untuk beliau. Sila buat research. Semoga Berjaya!

      Delete
  7. Assalamualaikum.. anak sy dah di sahkan autisme beberapa bulan lepas.. tapi pakar kanak² tak bagi apply kad OKU sbb dia kata kad/tittle OKU adalah seumur hidup. maksudnya tak boleh reverse semula walaupon anak saya dah hilang ciri² autisme satu hari nanti.. soalan saya betul ke sekali pegang title OKU, mmg akan pegang utk seumur hidup?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Kad OKU memang tiada expiry, kecuali bila dia dah berusia 18 tahun dan perlu ditukar baru. Tiada apa yang ditakutkan dengan mempunyai kad OKU. Kad ini selalu berguna di waktu yang tak dijangka. Orang lain tak akan tahu sama ada seseorang individu itu pemilik kad OKU melainkan diberitahu. So, no worry.

      Kad ini percuma, tiada kos maintenance atau yuran2 tertentu yang perlu dibayar. Dengan kad Ini, melayakkan pemilik untuk mendapatkan Passport Antarabangsa secara percuma, discounted price untuk perkhidmatan awam dan sebagainya. Shopping di Mydin pun boleh dapat discounted price dengan kad OKU. Why not?

      Delete
    2. saya nak tanyalah kalau beli kat mydin tu brng apa jea yg boleh dpt discount untk glngan oku.maaf btya sb sya pun bru thu 😂😂

      Delete
    3. Ada barang tertentu saja yang boleh dapat diskaun, tapi memang berbaloi-baloi. Saya ada buat perbandingan gunakan Kad OKU vs gunakan Kad Ahli Mydin. Dengan Kad OKU kita dapat potongan harga on the spot, tapi dengan Kad Ahli kita perlu kumpul Rewards Point, dan setiap tahun kena renew pula kad ahli, kena bayar.

      Delete
  8. terima kasih atas jawapan.. di dom borang permohonan ada bahagian utk diisi oleh doktor.. boleh sy tau doktor apa y patut isi di situ.. paediatrician? psikitri kanak2? atau doktor biasa jugak boleh? satu lagi, perlu doktor dari klinik/hospital kerajaan atau hospital swasta juga boleh? terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. "It has been verified / certified by the Medical Officer of the Government Hospital / Physician Psychiatrist or private hospital"

      Kalau ikut terms secara am, tiada masalah sama ada doctor kerajaan atau swasta. Tapi untuk mengelakkan karenah birokrasi dan menjimatkan masa kita berulang-alik, dapatkan pengesahan dari doctor kerajaan. Sila rujuk di Jabatan Kerja Sosial Kebajikan, setiap hospital ada seksyen ni khusus untuk membantu perkara-perkara selain dari rawatan.

      Saya punya kes, saya refer anak saya ke hospital swasta. Report lengkap saya bawa ke hospital kerajaan untuk direview dan seterusnya pengesahan doctor kerajaan untuk permohonan kad OKU. Sejak itu tiada lagi saya rujuk ke mana-mana hospital.

      Delete
    2. ok mcm tu.. tq ye atas pencerahan..

      Delete
  9. Salam..bolehkah kita menukar kad OKU kpd kad pengenalan biasa?Contohnya seperti LD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Kad OKU adalah unik, tiada yang biasa setahu saya. Tiada kena-mengena dengan kad pengenalan JPN. So kalau seseorang itu tidak lagi menjadi OKU, beliau boleh membatalkan kad OKU bila-bila masa.

      LD tu apa? ;p

      Delete
  10. Salam Encik saya nak tanya.Says ade seorang murid yg telah disahkan oleh doktor sebagai oku masalah pembelajaran.tetapi masalahnya parent tidak dapat menerima anak sebagai okudan nk masukan anaknya ke kelas normal parentnya nk membatalkan kad oku.mcm mana caranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Kesian anak beliau dinafikan haknya. Kad OKU boleh dibatalkan bila-bila masa. Memang ada peruntukan untuk membatalkan Kad OKU bila seseorang tidak lagi menjadi OKU. Tapi dalam kes ini, akan menyusahkan anak beliau di masa hadapan. Banyak kelebihan memiliki Kad OKU.

      Delete
    2. Mcm mana nk membatalkan kad oku ?

      Delete
  11. Salam..Bile mohon kad oku adkah kad ni ganggu untuk sy mohon kerje kerajaan or kerja swasta??adkah kad ni ganggu sy untuk mndpatkan kerja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Kad OKU kita simpan dalam wallet saja. Tiada siapa tahu seseorang ada kad OKU atau tidak sekiranya kita tidak beritahu.

      Dalam borang permohonan kerja biasanya kita perlu mengisi borang pengesahan apa penyakit atau apa-apa kecacatan yang kita ada. Dengan adanya Kad OKU, mungkin akan memudahkan lagi permohonan kita. Ada sesetengah syarikat mendapat faedah apabila menggajikan orang OKU seperti pengecualian cukai dan sebagainya.

      Delete
  12. HELLO, ADAKAH PERLU SERTAKAN DGN REPORT ASSESSMENT DARI DOCTOR SEMASA MENGHANTAR BORANG PERMOHONAN PERDAFTARAN OKU ? APAKAH DOCUMENT SAYA PERLU SEDIAKAN ?
    SEKIAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello, secara asasnya tidak perlu sertakan report. Paling penting adalah pengesahan doctor pada borang permohonan itu. Tapi bawa saja salinan report dari doctor kalau ada, in case pegawai JKM nak tengok.

      Delete
  13. Sy ingin bertanya,,selalunya brapa lama kad oku akn siap dproses,kerana sy dh menunggu selama 3bulan,tp tiada khabar berita,sy jga telah merujuk ke jabatan kebajikan,tp diaorg ckp kad masih dlm proses,sy ada jga btanya pada org lain,kdg diaorg menunggu hampir setahun utk mndapat kad oku tersebut

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum
    Sebelum ni sy bukan oku dan didaftar oku tahun 2018
    Nak tanyaboleh tak saya minta elaun pekerja oku
    Dengan majikan saya kerana ada kad oku.
    Ada tak surat dari jkm untuk majikan saya

    ReplyDelete
  15. Salam..saya nak tanye.klu kad oku hilang mcm mne ye..sy kne pergi ke mana ye...

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum.. sy nk tnya. Macam mna nk membatalkan kad oku ?

    ReplyDelete
  17. As salam.. macam mana cara nak dapatkan kad OKU.. anak saya didiagnosis disleksia masa buat ujian di pusat disleksia kl... 2 x saya buat keputusan tetap sama (ketika umur 9tahun) dan 12 tahun...

    Skrg anak dah tingkatan 4, masih belum buat kad OKU... pihak sekolah telah serahkan surat utk rujukan pihak berkenaan... kemana perlu saya tuju dahulu.. hospital pakar psikitri or ke JKM? Tq in advance

    ReplyDelete
  18. bagaimna jika kad oku hilang nk buat di mna

    ReplyDelete
  19. Salam sya nak tanya cara nak mohon kad gantian oku secara online ... macam mana ye .. sebab sekarang musim pkp

    ReplyDelete
  20. assalamualaikum.. sy ad ad memohon kad oku.. berapa lama proses dia.. sebab belum dapat lagi kad oku

    ReplyDelete
  21. Salam.. saya baru nak mohon kad oku utk ank saya. Sebelum dia disahkan doktor sebagai Autisme + Adhd, saya sudah daftarkan dia di darjah satu aliran perdana. So sekarang saya nak tukar dia ke masuk pendidikan khas, salinan kepada PPD daerah, saya nak hantar ke unit ape ye?

    ReplyDelete