Nuffnang Adv

Friday 9 November 2018

Sejarah > Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada tahun 2013, sebuah filem cinta dari Indonesia bertajuk Tenggelamnya Kapal Van der Wijck berjaya mencapai tahap Box Office dengan kutipan kasar USD 4.6 juta. Cerita ini adalah berdasarkan karya asal yang diambil dari sebuah novel karya pengarang terkenal Buya Hamka yang juga bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Tenggelamnja Kapal Van Der Wyck).

Apakah itu Kapal Van der Wijck?


Kapal Van der Wijck.

Kapal Van der Wijck merupakan sebuah kapal penumpang dan kargo yang dibina pada tahun 1921 oleh Maatschappij voor Scheeps en Werktuigbouw Fijenoord N.V., sebuah syarikat pembinaan kapal di Rotterdam, Netherlands.

Van Der Wijck
Photo Credit: https://www.shipsnostalgia.com

Friday 2 November 2018

Motosikal > Benelli Leoncino 500.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama betul saya tak buat posting baru. Sibuk sikit tahun ni.

Kali ini saya nak bagi ulasan tentang jentera yang belum pun setahun memasuki pasaran Malaysia. Benelli Leoncino 500. Ia mula diperkenalkan kepada umum dalam acara EICMA 2015 yang lalu. Liputan mengenai kemunculan jentera ini telah dilakukan oleh blog-blog terkemuka Malaysia antaranya Paul Tan dan Pandu Laju pada 17 Oktober 2017 dan Bikes Republic pada 29 Januari 2018.

2018 Benelli Leoncino 500
Photo Credit: http://derestricted.com

Sunday 4 February 2018

Numismatik > Wang Kertas Negeri-negeri Selat; Straits Dollar.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buat pertama kalinya, saya ingin kongsikan koleksi numismatic saya yang saya simpan sejak beberapa tahun lalu. Seingat saya, saya mula mengumpul koleksi numismatic sewaktu tinggal di Brunei dulu, iaitu antara tahun 2003 - 2006. Tak banyak mana pun, tapi amat bermakna dan saya rasa teruja setiap kali membeleknya.

Saya mulakan dengan satu-satunya Straits Dollar dalam simpanan, One Dollar keluaran 1935 (berusia 83 tahun pada 2018).


One Dollar, 1 Januari 1935.

One Dollar, hadapan.

Thursday 18 January 2018

Motosikal > Benelli RFS 150i; Alat Ganti.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Susulan post saya yang terdahulu (Motosikal > Benelli RFS 150i), kali ini saya kompilasikan senarai alat ganti Benelli RFS 150i sebagai rujukan online kepada para riders.


Benelli RFS 1501

Bagi yang rajin membaca, info yang saya kongsikan di sini mungkin berguna terutama bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan jentera Fuel Injection. Saya harap informasi ini berguna untuk 20 tahun akan datang. Gambarajah dan Parts Number diambil dari Parts Catalogue Benelli.

Semoga bermanfaat.

Monday 15 January 2018

Motosikal > Benelli RFS 150i.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Post ini saya tujukan khas buat sahabat saya, abam Faisal yang baru saja memulakan 'semula' dunia permotoran 2 roda di bumi Borneo ni. Jentera pilihan beliau adalah Benelli RFS 150i.


Benelli RFS 150i

Jentera ini dijangka mencabar kehebatan Supercub sedia ada iaitu Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R. Dilancarkan di Malaysia secara rasmi pada 2 April 2017.

Mari kita tengok apa yang hebat sangat dengan jentera jenama ni.