Nuffnang Adv

Friday 9 November 2018

Sejarah > Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada tahun 2013, sebuah filem cinta dari Indonesia bertajuk Tenggelamnya Kapal Van der Wijck berjaya mencapai tahap Box Office dengan kutipan kasar USD 4.6 juta. Cerita ini adalah berdasarkan karya asal yang diambil dari sebuah novel karya pengarang terkenal Buya Hamka yang juga bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Tenggelamnja Kapal Van Der Wyck).

Apakah itu Kapal Van der Wijck?


Kapal Van der Wijck.

Kapal Van der Wijck merupakan sebuah kapal penumpang dan kargo yang dibina pada tahun 1921 oleh Maatschappij voor Scheeps en Werktuigbouw Fijenoord N.V., sebuah syarikat pembinaan kapal di Rotterdam, Netherlands.

Van Der Wijck
Photo Credit: https://www.shipsnostalgia.com

Friday 2 November 2018

Motosikal > Benelli Leoncino 500.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama betul saya tak buat posting baru. Sibuk sikit tahun ni.

Kali ini saya nak bagi ulasan tentang jentera yang belum pun setahun memasuki pasaran Malaysia. Benelli Leoncino 500. Ia mula diperkenalkan kepada umum dalam acara EICMA 2015 yang lalu. Liputan mengenai kemunculan jentera ini telah dilakukan oleh blog-blog terkemuka Malaysia antaranya Paul Tan dan Pandu Laju pada 17 Oktober 2017 dan Bikes Republic pada 29 Januari 2018.

2018 Benelli Leoncino 500
Photo Credit: http://derestricted.com