Nuffnang Adv

Wednesday, 1 April 2020

Motosikal > SYM Sport Bonus SR 110; Alat Ganti.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Post kali ini saya share parts list dan beberapa informasi tambahan sebagai panduan kita semua semasa mencari alat ganti dan aksesori SYM Sport Bonus SR 110 di pasaran.

SYM Sport Bonus SR 110

Wednesday, 25 March 2020

Motosikal > SYM Sport Bonus SR 110.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sempena Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19 antara 18 Mac hingga 14 April 2020 sekarang ni, saya ada sedikit masa terluang untuk membuat penulisan ringkas tentang jentera SYM Bonus 110.

Alkisahnya, pada 9 Mac 2020 saya baru saja report duty ke Melaka. Kiranya outstation la ni. Oleh kerana saya bosan naik Grab Car setiap hari, saya beli sebuah motosikal terpakai yang pada kiraan saya dengan harga berpatutan dan senang dijaga. Takde motor patah kakilah. Setelah beberapa ketika mencari di Mudah.my, akhirnya saya buat keputusan untuk membeli sebuah jentera terpakai, SYM Sport Bonus SR 110 buatan 2014. Saya beli dengan harga RM 2200 tunai. Mileage lebih kurang 10750 km.

Disebabkan model yang saya beli adalah SYM Sport Bonus SR 110, maka sumber rujukan blog ini juga berdasarkan model ini melainkan dinyatakan dengan jelas dari model lain.

Sym Sport Bonus SR 110

Thursday, 30 January 2020

Kebajikan > Jualan Lot Tanah Wakaf Pembangunan Pusat Pendidikan Darul Hana'.


Assalamualaikum.

Sekolah Rendah Tahfiz Darul Hana' (SRITDHA) Bintulu telah membeli sebidang tanah berkeluasan 6.426 hektar di Sungai Semab, Jalan Ulu Sebauh, Bintulu, Sarawak. Pembelian tanah ini adalah sebahagian daripada perancangan Pusat Pendidikan Darul Hana' di bawah Koperasi Amal Bintulu Berhad (Q-4-0859) untuk membangunkan pusat pendidikan Islam yang menyeluruh di Bintulu dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Sekolah Rendah Islam Tahfiz Darul Hana' (SRITDHA) ingin menawarkan kepada pihak tuan / puan untuk membeli lot tanah tersebut untuk diwakafkan kepada Pusat Pendidikan Darul Hana' bagi tujuan tersebut. Semua tanah yang diwakafkan akan didaftarkan dengan Tabung Baitulmal Sarawak.



Thursday, 18 July 2019

Kisah Lagu > Seroja.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau sebut lagu Seroja, mesti ramai yang pernah dengar, atau segera terbayang Jamal Abdillah menyanyikan lagu ini. Bagi yang berjiwa rockers dan terbayang lagu kumpulan Search, sorry, bukan lagu yang itu. Pos kali ini saya ingin membincangkan latar belakang dan perjalanan lagu "berhantu" yang berasal dari Indonesia ini.

Sebelum itu, mari kita kenali secara ringkas bunga Seroja dulu.

Bunga Seroja
Photo Credit: Google

Wednesday, 6 March 2019

Sejarah > Evolusi Bendera dan Jata Negeri Sarawak.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Negeri Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Tahukah anda? Sebelum kedatangan James Brooke pada tahun 1939 - 1940, keseluruhan tanah Sarawak dari Tanjung Datu ke Lawas asalnya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Asalnya keluasan Sarawak hanya meliputi Bahagian Kuching termasuk Bau dan Muara Sungai Samarahan (masa kini) sahaja sebelum perluasan jajahan kuasa oleh James Brooke dan Charles Brooke.


Sarawak

Penduduk asal Sarawak terdiri dari kaum Melayu, Dayak, Melanau dan banyak lagi sub-etnik pribumi. Kaum Cina  mula datang ke Sarawak pada awal abad ke 19 sebagai pelombong emas dan peniaga. Pada penghujung abad ke 19 mereka di bawa masuk ke Sarawak secara besar-besaran oleh Charles Brooke sebagai tenaga kerja. Populasi kaum Cina di Sarawak kini melebihi populasi kaum Melayu yang merupakan penduduk asal Sarawak.

Saya ingin kongsikan di sini bendera-bendera dan jata yang pernah berkibar di Sarawak sebelum adanya bendera dan jata yang digunakan sekarang.

Friday, 8 February 2019

Motosikal > Honda CRF250L; Alat Ganti.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tujuan utama saya kongsikan senarai Alat Ganti jentera Honda CRF 250L di sini adalah untuk rujukan peribadi, saya tiada kompetensi untuk menceritakan lebih lanjut apa-apa masalah teknikal berkaitan jentera ini. Sekiranya perkongsian ini bermanfaat kepada anda, sila gunapakai apa-apa maklumat seadanya.

Sebahagian maklumat juga boleh dijadikan rujukan untuk jentera Honda CRF250M dan CRF250 Rally.



Honda CRF250L

Semua ilustrasi saya ambil dari Parts Catalogue Honda CRF250L 2012 - 2017.

Wednesday, 9 January 2019