Nuffnang Adv

Sunday 15 February 2015

Autism > Tanda-tanda visual anak Autisme.

Diagnosis awal Autisme secara pengamatan visual.





Di bawah ini adalah tanda-tanda visual seseorang kanak-kanak yang menghidap Autisme. Tanda-tanda ini boleh kelihatan seawal usia 2 tahun atau kurang. Seelok-eloknya, apabila tanda-tanda ini mula disedari, dapatkan nasihat doktor pakar kanak-kanak yang kompeten untuk membuat pengesahan dan tindakan susulan.



Saya cuba kaitkan tanda-tanda visual yang disyorkan oleh Action for Autism (AFA) The National Center for Autism, India ini dengan anak saya, AzMi. Mungkin tidak semua tanda-tanda ini ada pada AzMi, tetapi sebahagian yang ditunjukkan sudah cukup meyakinkan bahawa dia mengalami Autism. AzMi telah disahkan menghidap Mild Autisme ketika dia berusia lebih kurang 4 tahun, agak lambat disedari kerana kami suami isteri juga kurang pengetahuan tentang Autisme sebelum ini.


Credit to: Action for Autism (AFA) The National Center for Autism, India.


Tanda pertama:




AzMi tidak peduli siapa yang berada di sekelilingnya. Dia hanya akan berurusan dengan sesuatu yang menarik minatnya.

Tanda ke 2:





Ketika berada di luar contohnya, di saat kanak-kanak lain teruja dengan suasana baru, AzMi lebih suka memerhati dan memegang tiang-tiang, lubang-lubang di jalan, permukaan yang tidak rata dan sebagainya yang budak sebaya dia tidak ambil kisah.

Sila lihat di sini: AzMi and the Pole - the Series.

Tanda ke 3:





Memanggil AzMi tanpa pergi kepadanya agak perlahan tindakbalasnya, melainkan kita pergi dan menarik tangannya. Semasa AzMi berusia 2 tahun, ibunya banyak kali memanggil nama tetapi AzMi seakan tidak mendengar dan leka dalam 'dunia'nya sehinggalah ibunya mendekati untuk menarik perhatiannya. Masa tu disangkakan AzMi ada masalah pendengaran, rupanya tidak.

Tanda ke 4:





Ada kalanya dia ketawa dengan bersungguh-sungguh dan berlarutan tanpa sebab. Bagi orang yang tidak tahu, ia memang sesuatu yang menghairankan dan juga mungkin 'menyeramkan' lebih-lebih pada waktu malam.



Tanda ke 5:





Eye contact memang sangat minimal. juga tiada istilah lambaian ketika dia kecil dulu. Tiada respond!

Tanda ke 6:





AzMi boleh berada bersama kawan-kawannya, cuma jiwanya tidak berada di situ. Dia bermain dengan caranya tersendiri dan itu sudah cukup menggembirakannya.

Tanda ke 7:





AzMi banyak menggunakan bahasa isyarat sekiranya dia berkehendakkan sesuatu, sehingga ke tahap tantrum bila kita gagal memahami apa yang dimaksudkan.

Tanda ke 8:





Adakala kami kagum dengan kebolehannya. Ia sesuatu yang mengujakan. Dia agak cekap menyelesaikan "Puzzle" walaupun dalam keadaan menangis. Dia boleh melakukan sesuatu dengan cermat dan teratur. Tetapi itu semua atas inisiatif dia sendiri, bukan arahan rasmi yang dia perlu dia ikuti.

Tanda ke 9:





Kami memang tidak pernah melepaskannya berjalan sendirian. Dia pernah menekan "Emergency Button" ketika melepasi "Body Scanner" di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. ketika berada di tempat sesak dan asing sekalipun, dia tanpa rasa takut akan menjelajah tempat itu. Setakat ini dia belum pernah hilang kerana kami sentiasa memberi perhatian atas keselamatannya.

Tanda ke 10:





Dia sangat gemar mengajuk dialog-dialog di dalam cerita yang ditontonnya. Sebagai contoh, dia boleh mengajuk dialog di dalam cerita Upin & Ipin seumpama membaca skrip penuh dan berupaya mengingati setiap babak dengan baik. Juga berupaya menyambung kembali skrip cerita yang belum dihabiskan.

Tanda ke 11:





Setiap permainan binaan yang dia lakukan adalah kerja serius. Hanya dia yang boleh membina dan dia sendiri yang boleh meruntuhkannya bila dirasakan perlu. Setiap kerja yang terhenti pada waktu pagi akan disambung semula pada waktu petang ketika pulang dari rumah pengasuh.

Tanda ke 12:





Pada usianya setahun, kami telah membelikannya sebuah kereta kayuh. Tetapi dia lebih banyak bermain dengan tayar kereta tersebut berbanding mengayuhnya. Beberapa percubaan membelikannya permainan kereta ternyata gagal. Apa saja model kereta tidak menarik minatnya kecuali tayar kereta tersebut.

Tanda ke 13:





Seperti mana yang diterangkan pada Tanda ke 7 tadi, dia menggunakan bahasa isyarat sekiranya berkehendakkan sesuatu.

Tanda ke 14:





Selalu kanak-kanak Autisme dikaitkan dengan Hyperactive. AzMi tidaklah sampai ke tahap Hyperactive, tapi dia memang sentiasa bertenaga. Tidak boleh duduk diam tanpa melakukan sesuatu kecuali ketika dia sedang menonton Dora the Explorer, Upin & Ipin, Kampung Boy, atau ketika sudah tidur. Alhamdulillah menjangkau umurnya 7 tahun, AzMi telah dilatih untuk masuk tidur pada pukul 10.00 malam, walaupun perlu diingatkan setiap malam, tapi agak mudah untuk dia terus tidur pada masa yang ditetapkan. Cuma sebelum usianya menjangkau 6 tahun, AzMi memang selalu tidur pada lewat malam.

Tanda ke 15:





Tantrum memang perkara biasa. Tapi bagi AzMi selalunya bersebab. Dia akan tantrum sekiranya dia gagal melakukan sesuatu mengikut spesifikasi yang dia kehendaki.

Tanda ke 16:





Untuk tanda ini, kami tidak pasti. AzMi jarang mengalami kecederaan.

Tanda ke 17:





Bagi AzMi, setiap hari adalah sama. Sebagai contoh dari segi makanan, makanan harian dia adalah roti, susu, Coco Crunch, nasi tanpa lauk ataupun lauk ayam. Selalu juga makanan yang diberi oleh cikgu di sekolah seperti bihun dan  roti tidak disentuh langsung. Semasa memakai stokin contohnya, dia akan pastikan garisan stokin mesti sama tinggi. Permainan wajib setiap hari adalah basikal, seawal bangun tidur sehingga ke waktu tidur. Lain-lain permainan adalah yang berbentuk penciptaan dan modifikasi. Secara konklusinya, dia tidak memerlukan permainan yang canggih atau spesifik, cukup dengan barang terbuang, masking tape, tali, gunting, segalanya boleh direka sendiri mengikut moodnya.

Tanda ke 18:





AzMi tak seperti kanak-kanak lain semasa dia masih kecil. Dia memang tidak suka dipeluk, pakai selimut pun tak suka. Kini pada usianya hampir 7 tahun, semakin kurang sensitiviti kepada
sentuhan.

Tanda ke 19:





Untuk bahagian ini, memang agak sukar untuk diterangkan. AzMi kini di Tahun Satu di Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz (SRIITIZ). Guru-gurunya telah dimaklumkan tentang masalah Autisme yang dihadapinya. Alhamdulillah setakat ini masih lagi bertahan. Memang dia tidak fokus ketika belajar secara formal, tetapi dia ada kelebihan tersendiri iaitu mudah menghafal. Harap dia akan berjaya laluinya di masa akan datang.

Sila lihat di sini: AzMi-> Bermulanya episod baru.

Tanda ke 20:





Ketika Azmi berusia 2 tahun ke atas, dia mula suka membuat pusingan (tawaf) di dalam rumah tanpa mengenal penat. Tidaklah setiap masa, tetapi bila dia mula membuat pusingan, tiada siapa dapat menghalangnya walaupun ketika lampu telah ditutup di waktu malam. Sampai sekarang AzMi masih menggoyangkan jari telunjuknya tanpa sebarang sebab. Juga masih suka mundar-mandir mengikut sesuatu garisan.

Sekiranya telah berpuashati dengan tanda-tanda di atas, sila rujuk kepada pakar kanak-kanak. Seterusnya dapatkan Kad OKU untuk anak kita, itu hak dia seperti yang termaktub di dalam Akta 685: Akta Orang Kurang Upaya 2008.

Sila klik di sini untuk panduan membuat Kad OKU: Kad OKU JKM

28 comments:

  1. As salam puan mohon sharenya.

    ReplyDelete
  2. As salam puan mohon sharenya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Silakan....mmg utk dikongsi bersama. ;p

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.

    Terima kasih untuk perkongsian ilmu dan pengalaman. Boleh cadangkan doktor pakar kanak-kanak mana yang bagus untuk dirujuk?

    Terima kasih.

    zamri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumussalam. Saya tak dapat nak menjawab soalan ni. Tuan boleh rujuk ke hospital terdekat dan dapatkan nasihat dari doctor untuk rujukan pakar kanak-kanak terbaik.

      Kita duduk di Malaysia ni hati kena kering sikit. Buat research sendiri. Buat langkah pro-aktif untuk anak-anak kita. Kadang2, kita dah rujuk kpd pihak berkaitan pun, tak cukup dgn apa yg sepatutnya.

      Delete
  5. Maaf sy tnya ya,anak sy mungkin ada ciri2 diatas.. tp sy belum cnfmkan lagi.. tp knp kita kna ambik kad oku?

    ReplyDelete
  6. Maaf sy tnya ya,anak sy mungkin ada ciri2 diatas.. tp sy belum cnfmkan lagi.. tp knp kita kna ambik kad oku?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ciri-ciri anak autism mungkin berbeza-beza, ada yang terlebih dan terkurang di sana sini. Tapi kalau puan yakin ciri-ciri tu ada, eloklah dirujuk kepada yang pakar untuk tindakan susulan.

      Kad OKU adalah voluntary. Tidak diwajibkan untuk memohon. Tapi kalau betul-betul peduli dengan hak-hak anak, eloklah kita ada kad tu, supaya masa depannya lebih terjamin. Tak banyak, sedikit pun ada membantu. Dalam kebanyakan urusan bantuan dari pihak kerajaan, kad OKU diperlukan sebagai pengenalan diri. Anak saya telah dikecualikan dari bayaran 100 % untuk Passport Antarabangsa. Sesetengah tempat pelancongan berbayar juga mengecualikan bayaran untuk anak OKU.

      Takut untuk memiliki kad OKU? Ia hanyalah sekeping kad yang diselitkan di dalam wallet, tak perlu digantung dileher. Hanya perlu ditunjukkan bila perlu. Hak dan masa depan anak kita lebih utama. Kan?

      Delete
  7. Terima kasih atas perkongsian..sekarang saya lebih yakin utk hantar Anak saya ke sekolah rendah agama..dia Cepat menghafal Dan mengenal cuma dia masih x boleh bercakap ayat penuh. Sy tidak pernah rujuk doktor pakar..tapi saya diagnose sendiri melalui bacaan dalam internet.
    Cuma sy sgt bersyukur kerana banyak perubahan positif pada diri dia yang Makin hampir dgn kanak2 normal. Alhamdulillah..Semoga Allah permudahkan urusan Kita dlm membantu Anak2 syurga Kita..Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami pun tak pernah hantar anak buat therapy. Dari kecil, kami pastikan dia bergaul dan bermain dangan kanak-kanak normal. Dengan exposure yang lama, kawan-kawan pun dah biasa dengan kekurangan dia.

      Anak kami bakal memasuki tahun empat pada tahun 2018. Kini dia dalam kelompok top 5 dalam hafazan, peperiksaan yang lepas pun dapat anugerah Bahasa Arab terbaik. However, pelajaran akademik masih ke laut. Kami akan cuba atasi sebaiknya. Kanak-kanak normal pun belum tentu dapat kuasai akademik, apa lagi anak-anak kita.

      Jangan pernah berhenti berusaha.

      Delete
    2. Bgi Saya x bawak ke pakar kalau pandai didik, faham keadaan dia, memberi kasih sayang, bimbingan, sokongan YG kuat, kakak2, abang2 YG lain, memberi kasih sayang, sokogan, Tak pandang rendah, tiada lah masalah, kau ajar YG baik2, dengan penuh positive xpe InsyaAllah anak istemewa tu jadi anak yg berguna,Dan dia boleh
      Berkomukasi dengan org, Dan berjaya, apa2 pun Kau kena Ada
      "ILMU" menjaga anak istemewa

      Kalau kau sebagai perentn didik dengan kekeras, Mendera Emosi, saudara YG lain Dera Emosi, sorok indetiti ank istemewa
      biarkan urus sendiri,
      Nak anak belajar berdikari
      Tp Tak tolong, kasih sayang tiada, sokogan Tak Ada ,
      Pujian tak Ada, Hidup Tak harmoni, kalau kau boleh buat
      Semua benda tu
      Aku sarangkan kau bwk g pakar
      Jangan sampai anak tu
      Tak kenal keluarga dia

      Sekian
      Saya Saya anak sedara senasib mcm tu

      Delete
  8. Salam nak tanya..anak sy 2thn 8bln...mungkin ada 1 atau 2 ciri2 sahaja anak autis...adakah anak sy jgak autis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa alaikumusalam. Setakat menunjukkan 1 atau 2 ciri-ciri autism, belum lagi dapat diklasifikasikan anak puan sebagai autistic. Teruskan observation.

      Delete
  9. Adakah ok klau kita x refer dokter pakar @ pakar terapi andai ada satu dua ciri diatas pd ank kita? Ank sy umur 3 tahun 5 bulan dia maseh blum bleh merangkai kata.. masih lg byk bercakap mnggunakan bahasa asing dia ja... sy sgt susah hati dan ingin membawa dia ke pemeriksaan autism di klinik swasta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga dia bukan autistic, mungkin hanya Speech Delay dan memerlukan bantuan pakar dengan Speech Therapy. Rujuk pakar kanak-kanak adalah jalan terbaik. Apa yang kita baca di internet hanya sebagai panduan saja.

      Delete
    2. azmin mirip anak saya.. x tau nk di ketegori ape..

      Delete
    3. ank saya 5 thun msih pki bahasa asing jgk tp blh la jgk perkataan yg btl..dan phm .sy pnh anta klas speech trapi tp dia x focus..poneng raso🤣

      Delete
  10. artikel yg sgt informative dan membantu..terima kasih.

    ReplyDelete
  11. assalam puan anak sulung saye jg Mild autism doc dr cara kerja beritahu ... dia masih dlm berusrusan dgn appoiment utk audio n speech .... semoga anak kita sentiasa diberi kemudahan ...

    ReplyDelete
  12. Salam.. sye nak tanya. Mcm mne puan potty train azmi ye ? Ank sye berusia 2 tahun 11 bulan.. msih becakap bahasa asing dan dan pkai pampers.. skrg tgah potty train tapi agak susah.. kalau mengira dan baca abjad pun x fluent sgt. Ciri2 yang puan tulis tu ade jgk dkt dia.. almost semua ciri yg ada..

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum.
    Saya ingin bertanya kat mana nak bawa anak untuk check samada ada autism atau tidak? Kena call hospital ke atau kena pergi klinik kesihatan ke? Mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  14. kalau kita mohon kad oku ank kita perlu hantar sekolah aliran khas @sekolah biasa

    ReplyDelete
  15. Kalau cuma Ada tanda 15 Dan 18? Tanda 18 tu kdg2 ja.. Dia bkn x suka langsung dipeluk.. Selalu dia sendiri yg dtg kt mak ayah dia.. Dtg peluk.. Bila kita peluk dia kdg2 ja dia Suka.. Pastu Kalau ada perkataan yg dia tahu, Dia Suka ckp berulang atau tnya kita berulang benda yg sama tiap2 hari to Ada juga benda2 Baru yg dia tanya.. Anak sy usia 2y6m..

    ReplyDelete
  16. Kalau cuma Ada tanda 15 Dan 18? Tanda 18 tu kdg2 ja.. Dia bkn x suka langsung dipeluk.. Selalu dia sendiri yg dtg kt mak ayah dia.. Dtg peluk.. Bila kita peluk dia kdg2 ja dia Suka.. Pastu Kalau ada perkataan yg dia tahu, Dia Suka ckp berulang atau tnya kita berulang benda yg sama tiap2 hari to Ada juga benda2 Baru yg dia tanya.. Anak sy usia 2y6m..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama dengan anak sulung saya bab cakap berulang, tanya kita berulang benda yg sama. Anak saya umur 4 tahun 3 bulan.

      Delete
  17. Assalamualaikum... Blh bg pncerahan x ,,ank kwn sy mild autism ... Skrg 7thun .. bru ge hospital tpi hospital xkn trima ank sy ... hospital di sah kn mild autism ..tpi pndgran ok ... 7tahun blh ckp spatah 2 patah je ...

    ReplyDelete