Nuffnang Adv

Friday 18 August 2017

Jalan-jalan > Brunei: Sungai Tujuh Check Point ke Kuala Lurah Check Point.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Untuk menggunakan jalan darat dari Sarawak ke Sabah, kita perlu merentasi Negara Brunei Darussalam sebanyak 2 kali iaitu (dari Miri) kita akan melalui daerah Belait, Tutong, Brunei-Muara, kemudian kita masuk ke Limbang (Malaysia), akhir sekali kita masuk ke daerah Temburong, sebahagian lagi Negara Brunei sebelum masuk ke Lawas (Sarawak) dan Sindumin (Sabah). Keseluruhannya ada 10 Pos Kawalan Imigresen dan Kastam untuk dilalui.

Panduan ini saya sediakan khas bagi mereka yang baru pertama kali, atau dah banyak kali tetapi masih was-was untuk merentasi Brunei Darussalam dari Sungai Tujoh ke Kuala Lurah dan sebaliknya. Kalau ada GPS atau peta di tangan, mungkin tiada masalah.


Sungai Tujoh ke Kuala Lurah
Photo Credit: Google Maps

Friday 4 August 2017

Kebajikan > Rumah Anak-anak Yatim dan Miskin di Sarawak.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah lama saya berhajat untuk mengkompilasikan semua lokasi dan alamat rumah anak-anak yatim dan miskin di seluruh Sarawak. Tujuan asal hanyalah sebagai rujukan sendiri. Bila-bila ada rezeki lebih, senang nak cari mereka. Sekampit beras pun mungkin sangat bermakna, terutama sekali bila bulan Ramadhan semakin menjauh dan Ramadhan akan datang lambat lagi.


Anak Yatim
Photo Credit: Unknown.


Saya pun tak tahu nak kata apa, biasanya rumah anak yatim ni orang cari bila bulan Ramadhan je. Bulan-bulan lain mereka tak wujud kot. Sila terasa....he he he.......just kidding.