Nuffnang Adv

Thursday 18 July 2019

Kisah Lagu > Seroja.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau sebut lagu Seroja, mesti ramai yang pernah dengar, atau segera terbayang Jamal Abdillah menyanyikan lagu ini. Bagi yang berjiwa rockers dan terbayang lagu kumpulan Search, sorry, bukan lagu yang itu. Pos kali ini saya ingin membincangkan latar belakang dan perjalanan lagu "berhantu" yang berasal dari Indonesia ini.

Sebelum itu, mari kita kenali secara ringkas bunga Seroja dulu.

Bunga Seroja
Photo Credit: Google

Wednesday 6 March 2019

Sejarah > Evolusi Bendera dan Jata Negeri Sarawak.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Negeri Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Tahukah anda? Sebelum kedatangan James Brooke pada tahun 1939 - 1940, keseluruhan tanah Sarawak dari Tanjung Datu ke Lawas asalnya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Asalnya keluasan Sarawak hanya meliputi Bahagian Kuching termasuk Bau dan Muara Sungai Samarahan (masa kini) sahaja sebelum perluasan jajahan kuasa oleh James Brooke dan Charles Brooke.


Sarawak

Penduduk asal Sarawak terdiri dari kaum Melayu, Dayak, Melanau dan banyak lagi sub-etnik pribumi. Kaum Cina  mula datang ke Sarawak pada awal abad ke 19 sebagai pelombong emas dan peniaga. Pada penghujung abad ke 19 mereka di bawa masuk ke Sarawak secara besar-besaran oleh Charles Brooke sebagai tenaga kerja. Populasi kaum Cina di Sarawak kini melebihi populasi kaum Melayu yang merupakan penduduk asal Sarawak.

Saya ingin kongsikan di sini bendera-bendera dan jata yang pernah berkibar di Sarawak sebelum adanya bendera dan jata yang digunakan sekarang.

Friday 8 February 2019

Motosikal > Honda CRF250L; Alat Ganti.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tujuan utama saya kongsikan senarai Alat Ganti jentera Honda CRF 250L di sini adalah untuk rujukan peribadi, saya tiada kompetensi untuk menceritakan lebih lanjut apa-apa masalah teknikal berkaitan jentera ini. Sekiranya perkongsian ini bermanfaat kepada anda, sila gunapakai apa-apa maklumat seadanya.

Sebahagian maklumat juga boleh dijadikan rujukan untuk jentera Honda CRF250M dan CRF250 Rally.



Honda CRF250L

Semua ilustrasi saya ambil dari Parts Catalogue Honda CRF250L 2012 - 2017.

Wednesday 9 January 2019