Nuffnang Adv

Saturday, 24 January 2015

Motosikal > Pitsterpro LX450.


Senario permotoran di Malaysia dan peminat-peminat jentera Off Road dan Supermoto khasnya merasa sangat teruja apabila Pitsterpro (M)Sdn Bhd melancarkan model terbaru Pitsterpro LX450 pada 26 Ogos 2013 yang lalu. Jentera dengan enjin 449 cc ini mampu menjana sehingga 43.5 hp ditawarkan pada harga mampu milik, sekitar RM 22,123.43 atas jalan. Walau bagaimana pun, sikap berhati-hati rakyat Malaysia terhadap jentera model baru ini agak merencatkan jumlah jualan di seluruh Malaysia.


Pitsterpro LX450


Thursday, 22 January 2015

Tahukah Anda? > Kereta Proton dan Sukan Bermotor.


Pasukan: PETRONAS EON Racing Team (PERT) - 1987


PERT


Jentera: Proton PERT

Proton Motorsport menggunakan Mitsubishi Lancer Evolution III (lebih dikenali dengan nama Proton 1784 di mana Karamjit Singh memenangi 2002 Production Car WRC) dan Mitsubishi Lancer Evolution VII sebagai Proton PERT di dalam pelbagai perlumbaan di Asia-Pacific Rally Championship dan siri APAC rally.


Autism > Akta 685: AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008.


Assalamualaikum.

Entri kali ini adalah berkenaan hak-hak Orang Kurang Upaya, khasnya Autism menurut Undang-undang Malaysia. Tidak ramai yang sedar bahawa anak-anak OKU mereka mempunyai hak-hak istimewa dan dilindungi. Saya akan cuba mengemaskini entri ini dari masa ke semasa.



Berikut saya ringkaskan hak-hak anak Autism mengikut Undang-undang Malaysia, Akta 685, AKTA ORANG KURANG UPAYA 2008.

Thursday, 15 January 2015

Tahukah Anda? > Buaya Lagenda Sarawak.


Sarawak memang terkenal dengan buaya. Faktor muka buminya yang memiliki banyak sungai yang berliku-liku dan populasi penduduk di tepi sungai yang jarang menjadikan ia habitat buaya yang baik. Kes-kes serangan buaya sehingga membawa maut memang tidak asing lagi. Kebanyakan buaya yang mengganas adalah dari jenis buaya air masin atau nama saintifiknya Crocodilus porossus.

Bujang Senang (1992):


Bujang Senang

Wednesday, 14 January 2015

Autism > Buku-buku rujukan dan panduan.


Salam sejahtera, di tunjukkan di sini hanyalah maklumat ringkas berkenaan buku-buku rujukan yang ada di pasaran berkenaan masalah anak-anak Autisme. Tajuk-tajuk buku disusun mengikut keluaran terbaru dan akan dikemaskini dari masa ke semasa.


DIY Terapi Pertuturan Di Rumah - Aishah Kassim

Tuesday, 13 January 2015

Tahukah Anda? > Ikan Terubuk Tempatan vs Import.


Ikan Terubuk


Ikan Terubuk sangat terkenal dan begitu sinonim dengan Bandaraya Kuching. Siapa yang tau makan ikan yang banyak tulang ni, memang dia akan sentiasa menyimpan stok!

Tahukah anda kebanyakan Ikan terubuk yang dijual di Pasar Satok atau Kubah Ria adalah Ikan Terubuk yang diimport dari Bangladesh, Myanmar dan India?

Autism > Kad OKU JKM.

Pengenalan:

Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat secara sukarela di seluruh negara. Agensi yang terlibat dalam pendaftaran adalah Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Pendaftaran OKU hendaklah dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian.


Objektif pendaftaran OKU:
  1. Untuk mengetahui bilangan, taburan dan kategori OKU di negara ini bagi maksud merancang program berkaitan dengan pencegahan, pendidikan, habilitasi dan rehabilitasi, latihan serta perkhidmatan.
  2. Untuk merancang penyediaan kemudahan yang bersesuaian dengan keperluan OKU.
  3. Untuk membolehkan OKU yang berdaftar mendapat perkhidmatan yang bersesuaian menurut keperluan berdasarkan tahap kefungsian / ketidakupayaan mereka.

Definisi OKU:

Menurut Akta 685, Akta Orang Kurang Upaya 2008:-
"Orang Kurang Upaya" termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat.