Nuffnang Adv

Thursday 18 July 2019

Kisah Lagu > Seroja.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau sebut lagu Seroja, mesti ramai yang pernah dengar, atau segera terbayang Jamal Abdillah menyanyikan lagu ini. Bagi yang berjiwa rockers dan terbayang lagu kumpulan Search, sorry, bukan lagu yang itu. Pos kali ini saya ingin membincangkan latar belakang dan perjalanan lagu "berhantu" yang berasal dari Indonesia ini.

Sebelum itu, mari kita kenali secara ringkas bunga Seroja dulu.

Bunga Seroja
Photo Credit: Google

Bunga Seroja dan bunga Teratai adalah dua jenis bunga yang selalu orang terkeliru. Asal nampak terapung atas air je dipanggil bunga Teratai. Ada yang kata Bunga Seroja dan Teratai tu sama.

Sebenarnya kedua-dua bunga Seroja dan Teratai adalah dari keluarga atau genus berbeza. Bunga Seroja (genus Nelumbo) atau dalam Bahasa Inggeris dipanggil Lotus adalah sejenis tumbuhan air. Daun Seroja mempunyai lapisan lilin di atas permukaannya lantas menyebabkan air yang terjatuh di atasnya membentuk butiran. Teratai (genus Nymphaea) pula dalam Bahasa Inggeris dipanggil Waterlily. Daun Teratai tidak mempunyai lapisan lilin, kuntum bunga dan bentuk daun juga lain.

Ok, back to our topic.


Lagu: Seroja

Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja ah... ah...
 
Rupa yang elok
Di manja jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia oh saja
Sekadar saja
 
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Mengapa kau bermenung
Oh adik berhati binggung
Janganlah engkau percaya dengan asmara
Janganlah engkau percaya dengan asmara
 
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari bersama oh adik memetik bunga
 
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
Sekarang bukan bermenung zaman bermenung
 
Mari bersama oh adik memetik bunga
Mari bersama oh adik memetik bunga
 
Mari menyusun seroja
Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja
Puteri remaja

Pencipta.

Tidak akan wujud sesuatu tanpa ada yang menciptanya. Ramai yang tidak tahu lagu ini dicipta oleh Husein Bawafie, seorang seniman terkenal Indonesia. Selalunya lagu Seroja hanya dikaitkan dengan S. Effendi sebagai penyanyi asal, merangkap pencipta lagu.

Husein Bawafie


Penyanyi.

Tidak dipastikan siapa yang pertama kali menyanyikan lagu ini. Berikut adalah penyanyi-penyanyi yang pernah merakam dan mempopularkan lagu ini mengikut keunikan suara masing-masing. Umum mengetahui lagu ini dipopularkan oleh S. Effendi pada tahun 1960an.

Penyanyi: S. Effendi (1925 - 1983).
Album: Tiada maklumat (sekitar tahun 1959).

S. Effendi


Pada pendengaran saya, lagu Seroja versi S. Effendi agak menyeramkan.


Penyanyi: Eddy Silitonga (1949 - 2016).
Album: Tiada maklumat.


Eddy Silitonga

Saya belum dapat maklumat tahun berapa lagu Seroja dirakamkan oleh beliau.


Penyanyi: Al Jawaher (1979 - ____).
Album: Perjalanan (1981).

Al Jawaher, Perjalanan (1981)
Photo Credit: www.muziknusantara.com


Kumpulan Nasyid terkenal dari Singapura, Al Jawaher telah merakamkan lagu ini dan dimuatkan di dalam album Perjalanan (1981).


Penyanyi: Sharifah Aini (1953 - 2014).
Album: Irama Dari Sekeping Hati (1983).


Sharifah Aini, Irama Dari Sekeping Hati (1983)
Photo Credit: www.discogs.com


Persembahan lagu ini ada iras-iras lagu nasyid. Tapi bila suara Sharifah Aini masuk....memang woww!!


Penyanyi: Ibnor Riza (1961 - ____).
Album: Seindah Budimu (1990).

Rohayu & Ibnor Riza, Seindah Budimu (1990)
Photo Credit: www.discogs.com

Alunan muzik lagu Seroja versi Ibnor Riza sangat lembut dan menenangkan, ditambah dengan suara emas beliau.


Penyanyi: Jamal Abdillah (1959 - ____).
Album: Aku Penghibur (2005).

Jamal Abdillah, Aku Penghibur (2005)

Jamal Abdillah merakam lagu ini di dalam album Aku Penghibur pada tahun 2005 dan menjadi antara lagu popular nyanyian beliau. Part chorus dia terbaik!


Penyanyi: Akhil Hayy (1969 - ____).
Album: Nasyid Legenda (2006).

Akhil Hayy, Nasyid Legenda (2006)

Penyanyi Akhil Hayy telah mengubah lirik lagu ini menjadi lagu berunsur ketuhanan.


Sekian. Lepas sudah hajat di hati nak kompilasikan penyanyi-penyanyi Seroja ni. Mungkin ada lagi yang saya terlepas pandang. Versi live Mawi dalam Akademi Fantasia tak kira ya.

2 comments:

  1. Memang duk tertanya² kisah lagu ni, ...terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  2. Numpang promo ya Admin^^
    ajoqq^^com
    mau dapat penghasil4n dengan cara lebih mudah....
    mari segera bergabung dengan kami.....
    di ajopk.club....^_~
    segera di add Whatshapp : +855969190856

    ReplyDelete