Nuffnang Adv

Wednesday 6 March 2019

Sejarah > Evolusi Bendera dan Jata Negeri Sarawak.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Negeri Sarawak merupakan negeri terbesar di Malaysia. Tahukah anda? Sebelum kedatangan James Brooke pada tahun 1939 - 1940, keseluruhan tanah Sarawak dari Tanjung Datu ke Lawas asalnya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Brunei. Asalnya keluasan Sarawak hanya meliputi Bahagian Kuching termasuk Bau dan Muara Sungai Samarahan (masa kini) sahaja sebelum perluasan jajahan kuasa oleh James Brooke dan Charles Brooke.


Sarawak

Penduduk asal Sarawak terdiri dari kaum Melayu, Dayak, Melanau dan banyak lagi sub-etnik pribumi. Kaum Cina  mula datang ke Sarawak pada awal abad ke 19 sebagai pelombong emas dan peniaga. Pada penghujung abad ke 19 mereka di bawa masuk ke Sarawak secara besar-besaran oleh Charles Brooke sebagai tenaga kerja. Populasi kaum Cina di Sarawak kini melebihi populasi kaum Melayu yang merupakan penduduk asal Sarawak.

Saya ingin kongsikan di sini bendera-bendera dan jata yang pernah berkibar di Sarawak sebelum adanya bendera dan jata yang digunakan sekarang.

Bendera dan Jata (Coat of Arms):

24 September 1841 - 20 September 1848; Saint George's Cross.

Saint George's Cross, 1841 - 1848

Bendera ini digunakan semasa pemerintahan James Brooke. Ketika ini Sarawak meliputi Tanjung Datu sehingga ke Sungai Samarahan dan Bau di pedalaman Sarawak.


Sarawak Coat of Arms, 1841 - 1946.

Dum Spiro Spero diambil dari Bahasa Latin bermaksud "While I breath, I Hope" atau Selagi Aku Bernafas, Aku Berharap". Moto ini sangat popular di seluruh dunia.


21 September 1848 - 6 Mei 1870; Kingdom of Sarawak.


Kingdom of Sarawak, 1848 - 1870

Bendera ke 2 yang digunakan semasa pemerintahan James Brooke. Luas Sarawak ketika ini sudah meliputi sebahagian Tanjung Kidurong di Bintulu membawa ke Belaga di Kapit.

James Brooke meninggal dunia pada 1868. Tempatnya sebagai Rajah of Sarawak digantikan oleh anak saudaranya, Charles Anthoni Johnson Brooke atau dikenali sebagai Charles Brooke.


7 Mei 1870 - 23 Disember 1941; Kingdom of Sarawak.


Kingdom of Sarawak, 1870 - 1941

Bendera ini digunakan semasa pemerintahan Charles Brooke dan Charles Vyner Brooke sehingga tahun 1941.

Coat of Arms of Charles Brooke.


24 Disember 1941 - 14 Ogos 1945; Hinomaru.

Ini bukan bendera Sarawak. Tetapi bendera Jepun semasa mereka menjajah dan menakhluki bumi Sarawak antara tahun 1941 hingga 1945.


Japan, 1941 - 1945

Pada tahun 1941, Sarawak jatuh ke tangan Jepun.

Ini sudah pasti bukan bendera Sarawak. Semasa pendudukan Jepun, bendera Jepun dikibarkan di Sarawak sehinggalah Jepun menyerah kalah pada 14 Ogos 1945.


11 September 1945 - 15 April 1946; Australia.

Ini juga bukan bendera Sarawak, tetapi bendera Australia semasa mereka memerintah sementara mewakili pihak British.


Australia, 1945 - 1946

Selepas Jepun menyerah kalah, Sarawak di perintah sementara oleh pasukan tentera Australia di bawah British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU).


1 Julai 1946 - 21 Julai 1963; British Crown Colony of Sarawak.



British Crown Colony of Sarawak, 1946 - 1973

Pada 1 Julai 1946, Charles Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak kepada British kerana beliau tidak mampu membangunkan semula Sarawak kesan dari kemusnahan semasa pendudukan Jepun. Selain dari itu, masalah dalaman di kalangan keluarga Brooke juga menjadi salah satu penyebab penyerahan ini.

Sarawak Coat of Arms, 1946 - 1973.

22 Julai 1963 - 30 Ogos 1973; Sarawak.

Sarawak, 1963 - 1973

Pada 22 Julai 1963, Sarawak berjaya mendapat kemerdekaan dari British dan pada 16 September 1963, Sarawak bersama Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia.

Bendera Sarawak versi 1870 - 1941 yang digunakan semula sebelum digantikan dengan Trisakti pada 31 Ogos 1973.


31 Ogos 1973 - 30 Ogos 1988; Trisakti.


Trisakti, 1973 - 1988



Jata Negeri Sarawak, 1973 - 1988.

Ciri-ciri jata ini adalah:

1. Burung kenyalang dari species Buceros rhinoceros sebagai mascot.
2. 9 helai bulu pelepah di bahagian sayap kanan, kiri dan ekor.
3. Bendera Sarawak (Trisakti) di bahagian dada.
4. Bunting bertulis Sarawak di bawah bendera.
5. Bunga Raya di bahagian kanan dan kiri.
6. Kaki burung menggenggam bunting bertulis "HIDUP SELALU BERKHIDMAT".


31 Ogos 1988 - kini; Sarawak.

Sarawak, 1988 - kini.

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak.

Warna kuning melambangkan kedaulatan undang-undang dan peraturan, perpaduan serta kestabilan dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Warna hitam melambangkan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.

Bintang berbucu Sembilan melambangkan 6 bahagian dalam Sarawak di mana rakyatnya hidup dalam harmonis. Simbol bintang juga melambangkan cita-cita rakyat Sarawak dan hasrat perjuangan untuk meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.


Jata Negeri Sarawak, 1988 - kini.

Jata yang baru ini mula digunakan pada 31 Ogos 1988 menggantikan jata yang lama. Secara asasnya hanya bendera Sarawak di dada burung kenyalang dan juga moto negeri ditukar baru.

Subjek utama jata ni adalah seekor burung enggang atau burung kenyalang (Buceros rhinoceros) yang menjadi mascot negeri Sarawak. Setiap sayap kanan, kiri dan ekornya terdiri dari 13 bulu pelepah yang mewakili 13 buah negeri dalam Malaysia.

Terdapat sepasang bunga raya yang juga bunga kebangsaan Malaysia. Moto jata Sarawak yang baru ini ialah BERSATU, BERUSAHA, BERBAKTI.

Salah satu sebab penukaran jata lama kepada yang baru adalah kerana bendera Trisakti terlalu mirip dengan bendera Czechoslovakia.


 

1 comment:

  1. mari gabung bersama kami di Aj0QQ*c0M
    BONUS CASHBACK 0.3% setiap senin
    BONUS REFERAL 20% seumur hidup.

    ReplyDelete