Nuffnang Adv

Friday, 9 November 2018

Sejarah > Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada tahun 2013, sebuah filem cinta dari Indonesia bertajuk Tenggelamnya Kapal Van der Wijck berjaya mencapai tahap Box Office dengan kutipan kasar USD 4.6 juta. Cerita ini adalah berdasarkan karya asal yang diambil dari sebuah novel karya pengarang terkenal Buya Hamka yang juga bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Tenggelamnja Kapal Van Der Wyck).

Apakah itu Kapal Van der Wijck?


Kapal Van der Wijck.

Kapal Van der Wijck merupakan sebuah kapal penumpang dan kargo yang dibina pada tahun 1921 oleh Maatschappij voor Scheeps en Werktuigbouw Fijenoord N.V., sebuah syarikat pembinaan kapal di Rotterdam, Netherlands.

Van Der Wijck
Photo Credit: https://www.shipsnostalgia.com

Kapal ini menggunakan enjin wap 3 silinder. Boleh belayar dengan kelajuan 13 knots. Berat kasar 2633 tan. Panjang kapal Van der Wijck sekitar 97.5 m, lebar 13.4 m dan tinggi 8.5 m. Kapal ini terbahagi kepada 3 kelas iaitu Kelas 1 dengan kapasiti sebanyak 60 penumpang, Kelas 2 sebanyak 34 penumpang dan geladak boleh menampung seramai 1022 penumpang.

Nama kapal penumpang ini diberi sempena penghormatan atas jasa seorang Gabenor Jenderal Hindia Belanda, Jonkheer Carel Herman Aart van der Wijck. Carel Herman berbangsa Belanda, tetapi dilahirkan di Ambon pada 29 Mac 1840 dan meninggal dunia di Baarn pada 8 Julai 1914. Semasa hayatnya, Carel Herman pernah melaksanakan tugas  dan operasi dalam Perang Lombok di bawah perintah Ratu Emma van Waldeck-Pymont. Dalam operasi tersebut, Belanda membantu Lombok melakukan serangan terhadap Istana Cakranegara di Ampenan. Setelah pihak istana berjaya dikalahkan, Lombok diletak di bawah kekuasaan Belanda. Carel Herman juga terlibat dalam serangan ke atas kerajaan Acheh.

Carel Herman Aart van der Wijck
Photo Credit: https://id.wikipedia.org


Kapal Van der Wijck tenggelam.

Kapal Van der Wijck tenggelam berhampiran selat antara Pulau Madura dan Surabaya pada 20 Oktober 1936. Ketika itu kapal belayar dari Surabaya menuju ke Semarang dan dikemudi oleh B.C. Akkerman, seorang nakhoda berpengalaman selama 25 tahun.

Kapal Van der Wijck baru beroperasi selama 15 tahun ketika kemalangan itu berlaku. Diberitakan seramai 153 orang penumpang berjaya diselamatkan, 58 penumpang lemas dan 42 orang hilang. Angka sebenar tidak dapat dipastikan. Punca kejadian ini masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.


Tugu peringatan.

Pihak Belanda telah mendirikan sebuah tugu peringatan di Lamongan, Surabaya bagi memperingati tragedi malang ini. Tugu setinggi 15 m ini mempunyai catatan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha menyelamat.


Novel; Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck - Buya Hamka (1938).

Novel ini tidak berkait secara langsung dengan tragedi Kapal Van Der Wijck. Novel hanyalah sebuah fiksyen, mengisahkan tentang kisah percintaan sepasang kekasih, Zainudin dan Hayati yang terpisah akibat perbezaan darjat dan keturunan.

Tenggelamja Kapal Van Der Wyck (1938)
Photo Credit: http://sapbro.blogspot.com


Hayati telah dipaksa benikah dengan orang lain. Zainudin yang kecewa akibat pinangannya ditolak, berasa sangat tertekan dan hampir gila. Beliau telah membawa diri ke Jakarta dan Surabaya. Beliau menjadikan kerja-kerja penulisan sebagai kerjaya sepenuh masa. Hasil-hasil karangan beliau menjadi sangat popular di zamannya menyebabkan beliau menjadi masyhur dan kaya-raya.

Masa berlalu, suami Hayati telah membunuh diri akibat ekonomi keluarga yang meruncing.

Hayati yang telah menjadi janda masih menyimpan cinta pada Zainudin. Tetapi Zainudin masih menyimpan rasa kecewanya dan belum dapat menerima Hayati kembali.

Tiada pilihan lain, atas cadangan Zainuddin, Hayati membawa diri pulang ke kampong dengan menaiki kapal Van der Wijck.

Dalam masa yang sama, Zainudin akhirnya berubah fikiran dan bersedia menerima Hayati semula. Hajatnya menanti ketibaan Hayati tidak kesampaian apabila kapal Van der Wijck ditimpa kemalangan dan tenggelam bersama Hayati di dalamnya. Hayati meninggal dunia di hospital dalam dakapan Zainuddin.


Filem; Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2013)


Filem terbitan Ram Soraya dan diarahkan oleh Sunil Soraya ini telah mula di tayangkan di pawagam pada 19 Disember 2013. Filem ini mendapat sambutan hangat dan berjaya mendapat kutipan tiket sebanyak USD 4.6 juta.


Sekian.

1 comment:

  1. Izin promo ya Admin^^

    Bosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
    minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
    Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
    - Telkomsel
    - XL axiata
    - OVO
    - DANA
    segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.CC ....:)

    ReplyDelete