Assalamualaikum dan salam sejahtera. Lama betul saya tak buat posting baru. Sibuk sikit tahun ni.
Kali ini saya nak bagi ulasan tentang jentera yang belum pun setahun memasuki pasaran Malaysia. Benelli Leoncino 500. Ia mula diperkenalkan kepada umum dalam acara EICMA 2015 yang lalu. Liputan mengenai kemunculan jentera ini telah dilakukan oleh blog-blog terkemuka Malaysia antaranya Paul Tan dan Pandu Laju pada 17 Oktober 2017 dan Bikes Republic pada 29 Januari 2018.
2018 Benelli Leoncino 500 Photo Credit: http://derestricted.com |
Pilihan Scrambler:
Dalam arena permotoran dua roda di Malaysia, scrambler style bukanlah favourite di kalangan penunggang muda. Lagi pun tak banyak model mampu milik yang ada di pasaran. Antara model-model scrambler yang ada antaranya BMW R nineT Scrambler, Moto Guzzi V7 Stornello, Triumph Scrambler dan Ducati Scrambler. Scrambler biasanya dimonopoli oleh jenama-jenama Eropah.
2017 Triumph Street Scrambler:
2017 Triumph Street Scrambler Photo Credit: https://www.topspeed.com |
Triumph Street Scrambler menggunakan enjin Parallel Twin 900 cc, DOHC, 5 Speed. Kuasa yang dihasilkan hanya 55 hp @ 6000 rpm. Harga sekitar RM 66,000.
2017 Ducati Scrambler:
2017 Ducati Scrambler Icon |
Ducati Scrambler Icon menggunakan enjin 4 Stroke Longitudal Twin (L-Twin) 803 cc, Air Cooled, 6 Speed dan menghasilkan kuasa sebanyak 75 hp. Harga sekitar RM 60,000.
2018 Benelli Leoncino 500:
2018 Benelli Leoncino 500 |
Dengan perbandingan secara visual dengan beberapa model abang besar di atas, adakah Benelli Leoncino 500 ini menepati kriteria sebagai sebuah scrambler? Bagi saya, ia memang sebuah Scrambler kecuali bentuk tangka minyak yang agak tinggi.
Harga? Sekitar RM 30,000. Boleh beli 2 biji kalau dibanding dengan Ducati Scrambler..
2018 Benelli Leoncino 500 Trail:
2018 Benelli Leoncino 500 Trail |
Jentera di atas adalah Benelli Leoncino 500 Trail. Setakat blog ini ditulis, model ni belum masuk Malaysia. Perbezaan model di atas adalah pada saiz dan jenis tayar iaitu menggunakan rim bersaiz 19" di hadapan dan 17" di belakang. Tayar pula menggunakan jenis knobies atau islilah kampungnya tayar jagung.
2018 Benelli Leoncino 500 Sport:
2018 Benelli Leoncino 500 Sport |
Jentera di atas pula adalah Benelli Leoncino 500 Sport. Jentera yang sama juga, tetapi dilengkapi aksesori berbeza seperti Fairing, Tool Box di bahagian kanan, Muffler kembar, sarung tempat duduk penumpang, handle ala Café Racer dan skim warna lebih sporty. Cantik juga kan? Tapi macam Leoncino 500 Trail juga, belum masuk Malaysia.
Spesifikasi:
Mari kita tengok Benelli Leoncino 500 ni dengan lebih terperinci lagi.
2018 Benelli Leoncino 500 |
2018 Benelli Leoncino 500 |
Pada pandangan saya, jentera ini betul-betul nampak humble dan minimalist. Kecik tak kecik, besar tak besar. Ia bukan dibina untuk kelajuan dan bersaing dengan sesiapa. Ia berada dalam kelasnya tersendiri.
Dengan enjin 2 cylinders in-line berkapasiti 499.6 cc (500 cc), 4 strokes, liquid cooled, DOHC, 4 valves each cylinder dan dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan membayangkan ia adalah enjin yang bersaiz sederhana. Rated output sebanyak 35 kW (47.6 hp) @ 8500 rpm dan Max. Torque 45 Nm @ 6000 rpm lebih dari cukup untuk rider yang santai-santai. Enjin Leoncino 500 ini menepati piawaian Euro 4 - CO2 emissions. Bore x stroke piston adalah 69 x 66.8 mm.
Untuk pengetahuan, dengan kuasa sebanyak 48 hp, Benelli Leoncino 500 sekufu untuk jalan seiringan dengan Harley Davidson Iron 883!! .........errr.......itu pun kalau mereka sudilah.
Benelli Leoncino 500 menggunakan system EFi dengan Throttle Body bersaiz 37 mm dan spark Plug NGK CR8E.
2018 Benelli Leoncino 500 |
Classic look pada pandangan hadapan. Nampak compact. Radiator tu memang kena pasang grille dengan segera, saya fin kalau kena batu atau serangga-serangga yang boleh menyebabkan fin blocked.
2018 Benelli Leoncino 500 |
2018 Benelli Leoncino 500 |
2018 Benelli Leoncino 500 |
2018 Benelli Leoncino 500 |
Benelli Leoncino 500 Photo Credit: http://derestricted.com |
Frame yang digunakan adalah dari jenis Steel-tube Trellis yang menjadi identiti jentera-jentera Italy.
2018 Benelli Leoncino 500 |
2018 Benelli Leoncino 500 |
2018 Benelli Leoncino 500 |
2018 Benelli Leoncino 500 |
Fuel Consumption dikatakan sekitar 25 km/L. Maknanya dengan tangki berkapasiti 13.5 L boleh jalan sejauh 337.5 km. Ibarat kita menunggang dari KLCC ke Bandaraya Johor Bahru dengan setangki penuh. Bagi rider di Sarawak yang bercadang nak buat Blowpipe Run, nak cover Serian - Sarikei (291 km) tanpa membawa spare tank tiada masalah!
Usable tank capacity 13.5 liter dengan reserve 3 liter mungkin bermakna lampu amaran isian semula petrol akan menyala setelah digunakan 10.5 liter atau sejauh 262.5 km. Teori saya saja.
2018 Benelli Leoncino 500 |
Bagi yang sukakan exhaust bising, sekarang dah banyak exhaust aftermarket. Alang-alang motor dah masuk kategori abang besar, pakailah muffler original dari jenama terbaik. Tapi jangan tak sedar diri pulak, enjin 2 cylinders nak bunyi macam 3 atau 4 cylinders, memang tak dapatlah.
Brek belakang dilengkapi cakera tunggal 260 mm diameter, single piston floating caliper dengan ABS.
2018 Benelli Leoncino 500 |
Tail Light ni memang cantik. Simple tapi praktikal. Mungkin suatu hari nanti ada Tail Light aftermarket dengan integrated Signal Light.
2018 Benelli Leoncino 500 |
Emblem singa ni, nama dia Lion of Pesaro, nampak macam tak sesuai je duduk kat situ kalau motor parking di tempat awam. Tahu-tahu sajalah, orang yang gatal tangan ni ramai. Nanti dorang ambil buat keychain pulak.
2018 Benelli Leoncino 500 |
Pandangan dari saddle agak ringkas. Kalau saya mungkin tukar Side Mirror yang capang tu. Tinggikan sikit handle.
2018 Benelli Leoncino 500 |
Upside Down Fork 50 mm diameter, antara ciri-ciri idaman bikers masa kini. Kalau dia bagi fork tu kaler gold tentu lebih menyerlah.
Brek hadapan dilengkapi dengan cakera berkembar 320 mm diameter, radial 4 piston semi floating caliper dengan ABS. Mantap?
Tayar hadapan dilengkapi rim bersaiz 17" x MT 3.5" DOT dan tayar 120/70-ZR17-M/C 58W.
2018 Benelli Leoncino 500 |
Tayar belakang pula dilengkapi rim bersaiz 17" x MT 4.5" DOT dan tayar 160/60-ZR17-M/C 69W.
Splash Guard tu....hmmmm......biar basah asalkan hensem......kena tanggalkan Splash Guard baru nampak lebih ganas.
2018 Benelli Leoncino 500 |
Monoshock ni boleh dilaras kepada Soft dan Hard ikut keselesaan tunggangan. Pusing saja knob tu.
2018 Benelli Leoncino 500 |
2018 Benelli Leoncino 500 |
Seat penunggang yang lebar nampak selesa. Ketinggian Pilot Seat adalah 815 mm.
Pillion mungkin agak seram duduk di belakang. Silap-silap boleh tercicir. Kalau bawa awek suruh dia peluk kuat-kuat......tapi.......saya tak suruh haaaa......dosa tanggung sendiri.
2018 Benelli Leoncino 500 |
Kalau on the road, nampak biasa saja. Kurang wow factor yang buat orang tertoleh. Bunyi standard pun malu-malu. Sangat sesuai untuk mereka yang low profile.
2018 Benelli Leoncino 500 |
Kalau kena dengan jenis tayar dan cuaca yang bagus, memang sedap layan lap ni.
Pilihan Warna:
2018 Benelli Leoncino 500 |
Terdapat 4 warna pilihan yang ditawarkan oleh Benelli Malaysia iaitu Frozen Silver, Jet Black, Korosi Red dan Matt Khaki Green.
Konklusi:
Dengan review serba ringkas di atas, sudi tak pakai motor ni? Walau pun semua orang tahu Benelli kini milik China, saya percaya , jenama Benelli masih berdarah Italian.
Kalau saya beli jentera ni, saya akan tukar sistem exhaust bagi bising sikit (loud pipe saves live!), pasang Tool Box Leonchino 500 Sport, tukar handle bar lebih tinggi ala tracker, tukar side mirror lebih rendah, cabut splash guard, pasang Engine Guard......good to go!
Saya suka Benelli Leoncino 500 ni.
Komen dari pemilik Leoncino 500 sangat dialu-alukan!
Sekian.
Memang betul semua tu..saya dah beli..puas hati...tuan kata utk santai2..tp utk kelajuan memang best jgk..terbaik..
ReplyDeleteSantai2 dia pon laju juga
DeleteSya pun dah beli...masih kekalkan standard..penulis kta kurang wow factor sebab xbyk org pakai lagi...depa terus mai tanya..bukan setakat toleh
ReplyDeleteslm..
ReplyDeletenak tanya sikit selama menggunakan jentera ni ade masalah tak..macam mane dengan spare part dia.? murah ke mahal or so so je?
Saya baru nak order, booking dah bayar.. nak tanya dia punya handling senang ke tidak? Maklum la tak berapa tinggi...
ReplyDeleteaslmkm..saya dh guna anak singa ni genap setahun..prestasi memang wow..handling pun ok jer (sementara nak biasakan diri)..spare part biasa la ori memang mahal tpi sekarang dh banyak after market..(betul ke bahasa aqu ni)..ikut kemampuan poket owner..hehehe..apepun leoncino 500 ni memang best pada kelas dia sendiri..oh ya..boleh view fb sahabat leoncino malaysia utk lebih info..tq
ReplyDeleteassalamualaikum..alhamdulillah sy dah guna leoncino ni genap setahun juga...telah lakukan sedikit ubahsuai (masuk aksesori leoncino je)..handling mantap..keraskan sikit monoshock tu kalau nak layan corner (klu lembut berbuai)..so far untuk spare parts sy sarankan beli terus dari China..lebih murah dan confirm ori..moto ni masa gear 5 paling sedap tarik..tapi bila masuk gear 6 top speed akan drop sikit..braking power mantap..sbb ada abs dan tidak mengecewakan..bg yg kurang inci bole rendahkan sikit fork utk lebih kuasa pengendalian..overall memang best dan x rugi memilikinya..ia ada kelas yang tersendiri..
ReplyDeletenak tanya selain trunkan fork, boleh rendahkan seat lg x? mcm psg lowering kit. sy kurang inci dan masa pakai xj6 dulu saya modified pakai lowering kit baru boleh bawak... tq in advance.
DeleteAder yg dah pkai leoncino 250 ker?
ReplyDeleteSaya baru nak beli.. tlg beri pencerahan..
ReplyDeleteSaya baru nak beli.. tlg beri pencerahan..
ReplyDeleteyang dah pakai lama ada problem tak motor ni kalau jarang naik? baru plan nak beli tp saya jenis jarang guna...memang untuk ride ke border thailand shj naik motor setahun 2-3 kali shj. :- youtube channel :aseee razali
ReplyDeleteSaya dok compare benelli 500 dgn Honda cb500x. Nmpk ben cuting cantik
ReplyDeleteberapa meter kelajuan maksimum motor ni.TQ
ReplyDeleteTerbaik blog ko bro. Puas hati bile baca. Brgkli Leoncino akan ku dtg merisikmu esok hari. Harhar
ReplyDeleteterbaik... nak ke kedai jap.. dah lama dok perati motor ni.. geram je.. by the way, berapa harga dia ek
ReplyDeleteHarga atas jalan lepas tolak rebet 29400. Benelli tepi hughway nak ke juru. Baru tadi pi survey. Cantik juga motor ni. Interest kedai tinggi , AEON 5.28%.
ReplyDeleteMana nak beli tail light Benelli 500?
ReplyDeleteMana nak Cari engine guard
ReplyDeleteLawo ho
ReplyDeletemaaf nak tanya, selain turunkan fork, boleh lowerkan seat dan psg lowering kit tak? sbb saya ni kurang inci dan minat dengan leoncino ni.. dulu masa pakai xj6 saya kena psg lowering kit baru boleh bawak..
ReplyDeleteIzin promo ya Admin^^
ReplyDeleteBosan gak tau mau ngapain, ayo buruan gabung dengan kami
minimal deposit dan withdraw nya hanya 15 ribu rupiah ya :D
Kami Juga Menerima Deposit Via Pulsa & E-Money
- Telkomsel
- XL axiata
- OVO
- DANA
segera DAFTAR di WWW.AJOKARTU.CC ....:)
Semua yg dah try ni lelaki ke? Utk perempuan sesuai tak? Sbb mcm tak tinggi sangat
ReplyDeletePuas dok cari review utk Benelli 502c tak jumpa2. Sya tumpang sini boleh ya tuan tanah. Tngh confuse nak ambil Leoncino atau 502c ni.. Ramai review Leoncino mpuas hati dah. 502c mcmana lah ye.. Hurmmm..
ReplyDeleteleoncino 500 memang terbaik! tak rugi beli...tetiba jadi hensem.
ReplyDeleteAbg mmg hensem
DeleteLeoncino 500 gambar enjin merah naik bila berhenti. Bole terangkan?
ReplyDeleteTerbaik
ReplyDeleteSape ingin merasa hensem & bergaya pakai lah leoncino...walaupun poket tu biasa2, kita sembang bukan kayangan disini.. hihihi gurau, lg ramai pakai lebih senang dpt brg x ghitu tuan2
ReplyDelete