Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan COVID-19 antara 18 Mac hingga 14 April 2020 sekarang ni, saya ada sedikit masa terluang untuk membuat penulisan ringkas tentang jentera SYM Bonus 110.
Alkisahnya, pada 9 Mac 2020 saya baru saja report duty ke Melaka. Kiranya outstation la ni. Oleh kerana saya bosan naik Grab Car setiap hari, saya beli sebuah motosikal terpakai yang pada kiraan saya dengan harga berpatutan dan senang dijaga. Takde motor patah kakilah. Setelah beberapa ketika mencari di Mudah.my, akhirnya saya buat keputusan untuk membeli sebuah jentera terpakai, SYM Sport Bonus SR 110 buatan 2014. Saya beli dengan harga RM 2200 tunai. Mileage lebih kurang 10750 km.
Disebabkan model yang saya beli adalah SYM Sport Bonus SR 110, maka sumber rujukan blog ini juga berdasarkan model ini melainkan dinyatakan dengan jelas dari model lain.
|
Sym Sport Bonus SR 110 |