Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Baru-baru ini ada ternampak perkongsian Ustaz Nazrey Johani tentang Masjid Al-Hidayah, sebuah masjid tinggal di kawasan Sabah Tea Garden, Ranau di laman Facebook kepunyaan beliau. Agak menarik untuk disiasat kisahnya.
Masjid yang diberi nama Masjid Al-Hidayah ini sebenarnya berstatus surau. Ketika ia dibina dulu mungkin nampak besar dan selesa. Sehingga kisah masjid ini diceritakan semula di dalam blog beberapa tahun dahulu, ia hanyalah sebuah bangunan yang telah ditinggalkan dan keadaan struktur bangunan yang agak daif.
Masjid Al-Hidayah, Ogos 2015 Photo Credit: Blog Sabah Up 2 Date |
Blog Sabah Up 2 Date, 4 Ogos 2015.
Mengikut ceritanya, bangunan masjid ini direka oleh seorang berbangsa Australia bernama John Salmi. Ia mula dibina ketika era Koperasi Pembangunan Desa (KPD) oleh Datuk (kini Tan Sri) Harris Salleh untuk kegunaan para pekerja ladang. Masjid ini dibuka secara rasmi pada tahun 1983, tetapi ditinggalkan beberapa tahun kemudian akibat kekurangan dana (atau kekurangan orang yang bersolat?). Lama-kelamaan masjid ini terus dilupakan, akibat bilangan pekerja yang semakin berkurangan dari masa ke semasa lantaran kedudukannya yang jauh dari penempatan penduduk kampung. Penduduk setempat lebih selesa menggunakan masjid baru yang dibina di Kampung Luanti.
Tan Sri Datuk Seri Panglima Harris Bin Mohd Salleh adalah mantan Ketua Menteri Sabah yang ke 6 (1976 - 1985).
Masjid Al-Hidayah, September 2015 Photo Credit: Blog I Love Sabah |
Masjid Al-Hidayah, September 2015 Photo Credit: Blog I Love Sabah |
Masjid Al-Hidayah, September 2015 Photo Credit: Blog I Love Sabah |
Masjid Al-Hidayah, September 2015 Photo Credit: Blog I Love Sabah |
Rujukan:
Blog I Love Sabah, 28 September 2015.
Blog I Am Mohd Sham, Jun 2016.
Terdapat 2 buah lagi masjid yang mempunyai rekebentuk yang sama iaitu Masjid Nurul Huda di Kampung Kuala Tomani, Tenom dan di Balung River Eco Resort, Tawau.
Masjid Nurul Huda, Kampung Kuala Tomani, Tenom Photo Credit: http://masjid.islam.gov.my |
Jarak antara Masjid Al-Hidayah dan Masjid Nurul Huda adalah 212 km. Siapa agaknya yang bertanggungjawab atas kesamaan ini? Pada pendapat saya, mungkin berkaitan dengan mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Harris Salleh kerana terdapat Skim Penempatan Getah Kuala Tomani dilaksanakan ketika era beliau lebih 30 tahun lalu.
Surau yang terletak di Balung Eco Resort, Tawau di bawah ini walaupun mempunyai reka bentuk bumbung yang berbeza, terdapat persamaan dari segi saiz, susun atur, struktur dinding, dan yang paling ketara, ia masih berkait dengan mantan Ketua Menteri Sabah yang ke 6, Datuk Harris Salleh.
Balung River Eco Resort Photo Credit: http://balungusa.com |
Baru-baru ini, sekumpulan sukarelawan yang terdiri dari para jurugambar dari Sandakan telah bekerjasama dengan AJK Masjid Al-Hidayah untuk membaikpulih masjid dengan kosnya ditanggung oleh peserta sendiri.
Pautan berita:
Utusan Borneo, 15 April 2017.
Sekiranya ada pihak yang ingin membantu membina semula masjid ini, bolehlah berhubung dangan GM Sabah Tea Plantation iaitu Mr. Martin Kong di talian 088-440882 (2015).
Koordinat Masjid Al-Hidayah: 5.9555242,116.7799569
Koordinat Masjid Nurul Huda: 4.853093, 115.889641
No comments:
Post a Comment