Nuffnang Adv

Tuesday, 7 March 2017

Motosikal > Alat Khas Servis dan Baikpulih.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak saya kembali ke dunia permotoran dua roda 6 tahun lalu, saya semakin addicted untuk melakukan sendiri kerja-kerja servis dan baik pulih jentera saya. Mana-mana yang senang, saya buat sendiri, mana yang susah dan memerlukan peralatan khas, baru saya hantar ke kedai. Tapi antara perkara yang menyusahkan ialah ketiadaan alat yang betul bila diperlukan. Paling best, nak tanya orang, nama pun tak tau.....he he he.....

Photo Credit: www.wheelsthroughtime.com


Berikut antara alat-alat yang penting, tapi jarang digunakan.


Chain Breaker:

Alat ni tak semestinya kena ada. Tapi kalau ada terutama sekali ketika berkonvoi........alangkah bahagianya. Gunanya untuk memutus dan menyambung rantai motosikal. Alat ni ada macam-macam bentuk dan gred. Risiko kalau beli yang murah, senang patah. Kalau setakat rantai saiz 428, kacang je. Tapi kalau rantai saiz 520 Heavy Duty, mesti pakai Chain Breaker Heavy Duty juga.



Motion Pro Chain Breaker


Chain Breaker in Action

Feeler Gauge:

Feeler Gauge ni ada macam-macam bentuk dan style, tapi yang paling penting adalah ketebalan setiap Gauge yang kita nak guna sebagai reference mesti standard.

Photo Credit: http://toolnook.com


Tappet clearance check.

Spark Plug clearance check.
Photo Credit: www.lasertools.co.uk


Hook Wrench / Spanner.

Alat ni ada dua tempat je nak pakai. Satu untuk buka Steering Stem atau Shaft, satu lagi nak adjust Monoshock. Hari tu saya cabut Steering Shaft untuk tukar Cone Bearing, cari alat ni di kedai hardware tak jumpa pulak. Sudahnya pakai Hammer je. Jadi memang jadi, tapi salah guna alat. Nasib baik tak rosak.


Photo Credit: www.td-customs.com
 
Hook Wrench


Torque Wrench.

Kalau jumpa mekanik yang bekerja guna Torque Wrench ni, mmg respect la. Benda ni wajib bagi mereka yang mementingkan precision. Bukan cincai main agak-agak ketat je.

Photo Credit: www.dutch.alibaba.com



Photo Credit: www.kingtony.com



Photo Credit: http://img.directindustry.com


Sekian.

No comments:

Post a Comment