Nuffnang Adv

Monday, 8 August 2016

Kamus Melayu Malaysia - Melayu Brunei - Inggeris.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Suatu kompilasi Kamus Ringkas Melayu Malaysia - Melayu Brunei - Inggeris sebagai rujukan sekiranya anda baru berpindah ke Brunei.

Saya pernah tinggal di Brunei antara 2003 - 2006.


Photo Credit: http://borneoadventure.com

Friday, 1 July 2016

Motosikal > Yamaha Y15ZR "MyZaRa" Ep. 3.

Salam sejahtera.

Entry kali ini saya nak kongsikan serba-sedikit tentang parts yang terdapat pada jentera Yamaha Y15ZR. Tujuan utama post ini adalah sebagai rujukan peribadi di masa hadapan, walau bagai mana pun, kita kongsi ilmu sama-sama.

Harap tuan-tuan yang melawat blog ini tidak bertanya soalan-soalan teknikal. Saya seperti anda juga, pengguna kapcai newbies kubis baru saja berjinak-jinak dengan jentera dua roda.

Satu lagi, minta maaf atas bahasa rojak yang saya gunakan. Kalau saya tulis sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia, dengan saya-saya sendiri tak faham.

Bismillahirrahmanirrahim. Mari kita mulakan.

Selepas setiap gambar, saya berikan nombor rujukan dari gambar, diikuti dengan Parts Number dan Description. Kalau ada komen tambahan saya akan terus berikan selepas setiap Parts Description.


Cylinder Head.




Cylinder Head

Wednesday, 22 June 2016

Motosikal > Yamaha Y15ZR "MyZaRa" Ep. 2.

Salam sejahtera.

Ini adalah laporan ke dua tentang MyZaRa.

MyZaRa
Photo Credit: Naza


Fuel Consumption (FC) Review.

Sebaik saja keluar dari kedai motor pada 10 Oktober 2015 yang lalu, tangki petrol terus diisi penuh dengan RON95. Mengikut spesifikasi, isian penuh tangki adalah sebanyak 4.2 liter. Saya gunakan setiap hari pergi dan balik kerja memandangkan jentera CRF250L saya terpaksa direhatkan buat sementara kerana menunggu Stator Coil dan Rectifier baru dari Thailand.

Wednesday, 20 January 2016

Kebajikan > Infaq Buku Ilmiah kepada SRIITIZ.

Assalamualaikum.

Bagi mereka yang ada lebihan rezeki berupa bahan bacaan seperti buku-buku baru atau terpakai, majalah kanak-kanak, buku rujukan dan sebagainya bolehlah diinfaqkan kepada Sekolah Rendah Islam Integrasi Tahfiz (SRIITIZ), Bintulu.

Untuk pengetahuan, SRIITIZ baru memasuki tahun ke dua penubuhannya. Kelas tertinggi setakat 2016 adalah murid tahun 2. Sebagai sebuah sekolah tahfiz swasta dan masih baru, sudah tentulah banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

Selaras dengan perkembangan sekolah, sebuah perpustakaan mini akan diwujudkan untuk keperluan para pelajar. Bahan bacaan yang diperlukan hendaklah bersesuaian dengan murid-murid tahun 1 hingga 6, walau bagaimana pun keutamaan sehingga tahun 2 bagi tahun 2016.

Semoga setiap sen yang kita keluarkan ke jalan Allah akan mendapat ganjaran yang besar di akhirat kelak.

Thursday, 31 December 2015

Sejarah > Hikayat Ahmad Maslan ( - 2015).

Assalamualaikum.

Sebuah koleksi khas buat seorang insan istimewa, satu-satunya di Malaysia. belum pernah ada dalam sejarah Malaysia, ada menteri sehebat ini. Sila komen yang murni-murni sahaja.

Entri ini hanyalah koleksi Mutiara Kata semata-mata, tiada kaitan dengan mana-mana pegangan parti politik. Siapa tahu suatu hari nanti beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, di sini ada segala Mutiara Kata beliau untuk dijadikan panduan......errrr.......

Wednesday, 30 December 2015

Tips > Jimatkan Data Internet Smart Phone Anda.

Salam sejahtera.

Tips ringkas untuk dikongsi bersama.

Jika Smart Phone anda menggunakan aplikasi WhatsApp, Telegram, We Chat dan sebagainya, seringkali rakan-rakan anda menghantar gambar atau video yang sama atau sesuatu yang anda tidak mahu lihat pun. Sekiranya Smart Phone anda berada dalam setting Media Auto Download, ini sangat merugikan kerana apabila media tersebut sampai ke Smart Phone anda, terus auto download, lantas menggunakan kuota data yang ada dan juga memenuhkan memory Smart Phone anda.

Monday, 28 December 2015

Petua > Mengatasi Bisa Sengatan Tebuan.

Assalamualaikum.

Pos ini mungkin menjadi talian hayat kepada mereka-mereka yang memerlukan disaat kecemasan. Kalau sebut sengatan serangga berbisa, tebuan antara yang paling legend. Kalau anda pernah disengat tebuan, bisa sengatan lipan, penyengat, lebah, semut api dan sebagainya mungkin tak terasa dah.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya dan petua yang saya aplikasikan untuk meredakan kesengsaraan tersebut.

Credit to: www.deviantart.net