Nuffnang Adv

Tuesday, 22 September 2015

Motosikal > Yamaha Y15ZR.

Assalamualaikum.

Dah lama saya tak update blog ni. Kali ni nak bercerita tentang sesuatu yang bersarang dalam kepala sekarang ni. Yamaha Y15ZR. Cinta pandang pertama......he he he.....orang upgrade, saya downgrade!


Yamaha Y15ZR teaser.

Ok, siapa yang sedang membaca blog ini sekarang, ini bukanlah review Yamaha Y15ZR. Ini hanyalah sebuah preview sebelum saya membelinya. Nawaitu dulu.

Walaupun sejak 2013 dah ada Honda CRF250L yang di"convert" sepenuhnya menjadi sebuah Supermoto yang comel, tetapi kecintaan terhadap jentera-jentera underbone sejak dibangku sekolah tetap berkembang mekar. Kalau dah nama biker la kan......sentiasa je rambang mata.....Harley Davidson pun minat juga....ahhh...itu cerita lain.

Thursday, 30 July 2015

Petua > Menghindari cicak dari kediaman.

Assalamualaikum.

Hari ni kita cerita pasal cicak ok...saya ni walaupun gagah perkasa, saya tak boleh pegang reptilia berdarah sejuk. Minta maaf banyak-banyak. Itu semua anugerah tuhan.

Kehadiran cicak di kediaman kita memang menyusahkan. Siapa tak geli dengan tahi cicak warna hitam putih tu, kalau dia dapat makan serangga besar lagilah besar tahi dia. Uwekkkk!!!


Sunday, 7 June 2015

Petua > Kembalikan sinar lampu kereta yang kusam.

Assalamualaikum...

Lampu hadapan kereta zaman sekarang hampir semuanya diperbuat dari plastik. Masalahnya, selepas beberapa tahun digunakan, permukaan lampu menjadi kusam dan memberikan sedikit kesan kepada tahap sinaran dan sudah tentunya memberi impak kepada rupa paras kereta.

Kereta ini telah berusia 7 tahun, lihatlah lampunya yang kusam!

Thursday, 4 June 2015

Pelaburan > Emas.

Assalamualaikum....

Emas ialah suatu komoditi yang sangat berharga. Ia dihasilkan dalam pelbagai rupa sama ada barang kemas, Gold Bar, Gold Bullion dan sebagainya.

Fine Gold 999.9

Wednesday, 27 May 2015

Motosikal > Cafe Racer.

 
Cafe Racer mengikut definasi yang mudah difahami adalah sebuah motosikal berenjin kecil tetapi dioptimakan kuasanya, ringan dan ditala mengikut spesifikasi perlumbaan era awal 1960an. Pada asalnya Cafe Racer dipopularkan oleh remaja-remaja di Eropah di mana jentera-jentera domestik mereka ditala ala jentera perlumbaan untuk memudahkan mereka berpindah dari satu kafe ke kafe yang lain untuk tujuan melepak dan minum minuman keras.


Wednesday, 1 April 2015

Petua > Menghalau anai-anai di rumah.


Pengenalan.

Anai-anai adalah serangga perosak yang paling ditakuti oleh semua pemilik bangunan berkayu. Bila sesuatu bangunan atau binaan kayu telah di serang anai-anai, amatlah sukar untuk menghalangnya.


Sunday, 15 February 2015

Autism > Tanda-tanda visual anak Autisme.

Diagnosis awal Autisme secara pengamatan visual.





Di bawah ini adalah tanda-tanda visual seseorang kanak-kanak yang menghidap Autisme. Tanda-tanda ini boleh kelihatan seawal usia 2 tahun atau kurang. Seelok-eloknya, apabila tanda-tanda ini mula disedari, dapatkan nasihat doktor pakar kanak-kanak yang kompeten untuk membuat pengesahan dan tindakan susulan.