Nuffnang Adv

Thursday, 19 November 2015

PERKESO > Faedah Orang Tanggungan.


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Seringkali kita menerima info layang melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Whatsapp dan sebagainya mengenai hak-hak atau faedah orang tanggungan pencarum Social Security Organization (SOCSO) atau Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang MENINGGAL DUNIA AKIBAT BENCANA KERJA. Jangan ada yang tak tau SOCSO dan PERKESO adalah entiti yang sama.

Berikut adalah print screen dari laman web PERKESO dari rujukan asal PERKESO: Faedah Orang Tanggungan:


Monday, 26 October 2015

Numismatik > Kepingan Bersadur Emas Replika Wang Kertas Malaysia.

Salam sejahtera.

Gold Banknote katanya. Siap ada Certificate of Authenticity lagi!

Ini bukan kali pertama orang bercerita tentang Wang Emas atau Gold Banknote menyerupai Wang Kertas keluaran Bank Negara Malaysia (BNM). Gold Banknote ni banyak dijual di atas talian samada melalui Facebook, mudah.net dan sebagainya. Dah lama saya tahu tentang perkara ini, tapi buat tak endah saja sebab saya tau memang tiada nilai pun melainkan dibeli dan dimiliki untuk suka-suka sebagai kenangan. Cantik Gold Banknote tersebut sebenarnya. Saya tergerak nak tulis ni pun bila saya lihat ada orang mengiklankan replika tersebut dgn harga sehingga RM 100. Siap ada yang tulis caption boleh diguna sebagai wang hantaran perkahwinan! Maka berbondong-bondonglah mangsa meminta "pm".

Kepingan Bersadur Emas dengan denominasi RM 100

Saturday, 10 October 2015

Motosikal > Yamaha Y15ZR "MyZaRa" Ep. 1.

Salam sejahtera.

Susulan entri dalam blog saya yang terdahulu (Motosikal > Yamaha Y15ZR), saya kini dengan rasminya telah memiliki jentera ini. Saya namakan dia MyZaRa. Ini kali pertama saya beri nama kepada jentera saya.

Dalam banyak-banyak warna yang ada, warna hitam menjadi pilihan sebab senang untuk saya olah sesuai dengan imaginasi saya kemudian hari. MyZaRa saya beli secara tunai, hasil dari penyertaan saya dalam ARBA Network. Alhamdulillah!

Gambar-gambar berikut bukan gambar sebenar MyZaRa, tapi sama saja. 100 % seperti dalam gambar. Kalau anda terima jentera anda tidak seperti di bawah, mungkin ada sesuatu yang tidak kena.

Yamaha Y15ZR

Tuesday, 22 September 2015

Motosikal > Yamaha Y15ZR.

Assalamualaikum.

Dah lama saya tak update blog ni. Kali ni nak bercerita tentang sesuatu yang bersarang dalam kepala sekarang ni. Yamaha Y15ZR. Cinta pandang pertama......he he he.....orang upgrade, saya downgrade!


Yamaha Y15ZR teaser.

Ok, siapa yang sedang membaca blog ini sekarang, ini bukanlah review Yamaha Y15ZR. Ini hanyalah sebuah preview sebelum saya membelinya. Nawaitu dulu.

Walaupun sejak 2013 dah ada Honda CRF250L yang di"convert" sepenuhnya menjadi sebuah Supermoto yang comel, tetapi kecintaan terhadap jentera-jentera underbone sejak dibangku sekolah tetap berkembang mekar. Kalau dah nama biker la kan......sentiasa je rambang mata.....Harley Davidson pun minat juga....ahhh...itu cerita lain.

Thursday, 30 July 2015

Petua > Menghindari cicak dari kediaman.

Assalamualaikum.

Hari ni kita cerita pasal cicak ok...saya ni walaupun gagah perkasa, saya tak boleh pegang reptilia berdarah sejuk. Minta maaf banyak-banyak. Itu semua anugerah tuhan.

Kehadiran cicak di kediaman kita memang menyusahkan. Siapa tak geli dengan tahi cicak warna hitam putih tu, kalau dia dapat makan serangga besar lagilah besar tahi dia. Uwekkkk!!!


Sunday, 7 June 2015

Petua > Kembalikan sinar lampu kereta yang kusam.

Assalamualaikum...

Lampu hadapan kereta zaman sekarang hampir semuanya diperbuat dari plastik. Masalahnya, selepas beberapa tahun digunakan, permukaan lampu menjadi kusam dan memberikan sedikit kesan kepada tahap sinaran dan sudah tentunya memberi impak kepada rupa paras kereta.

Kereta ini telah berusia 7 tahun, lihatlah lampunya yang kusam!

Thursday, 4 June 2015

Pelaburan > Emas.

Assalamualaikum....

Emas ialah suatu komoditi yang sangat berharga. Ia dihasilkan dalam pelbagai rupa sama ada barang kemas, Gold Bar, Gold Bullion dan sebagainya.

Fine Gold 999.9